Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang bayi melainkan perkara asas seperti makan atau minum, bermain dan tidur. Paling penting adalah tidur kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak anda.

Waktu tidur yang baik  untuk bayi 0-6 bulan rata-rata dianggarkan 16 jam sehari. Semakin bertambah usianya, maka waktu tidurnya menjadi semakin berkurangan.

Pun begitu, ada sesetengah ibu ayah yang mengalami kesukaran kerana bayi mereka tidak mahu tidur malam. Mungkin anda boleh meneliti faktor-faktor ini yang mungkin menjadi penyebab si manja susah mahu tidur dan asyik meragam pada waktu malam.

Artikel Menarik: [Banyak Cakap, Letih Melayan. Tapi Kalau Dia Tak Ada, Mulalah Ibu Rindu Teruk]

Kenapa anak saya susah sangat nak tidur malam?

1. Kelaparan

Bayi juga manusia biasa, malahan lebih lemah sifat fizikal mereka jika dibandingkan dengan seseorang dewasa. Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan ia juga kerap terasa lapar.

Artikel Menarik: [Bayi Lebih Suka Tengok Individu Cantik. Dapat Bantu Bayi Kenal Dunia Sosial]

Sebagai ibu, susukanlah anak anda sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Sebelum tidur, susukanlah anak anda secukup-cukupnya, pasti masalah bayi anda yang susah tidur ini akan mula berkurangan.

 

#Jika anak anda menyusu menggunakan susu tepung, anda hendaklah pantau apabila menyusukannya. Elakkan anak anda menyusu sehingga matanya terlelap kerana khuatir akan tersedak.

2. Suasana Yang Tidak Selesa

Tidur memerlukan relaks dan ketenangan sendiri. Jadi, jauhkan bilik tidurnya dari suasana bising dan lampu yang terlalu terang. Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk menjaga keselesaan serta kesihatan bayi.

Suhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika menggunakan penghawa dingin,  suhunya jangan sampai bayi menggigil kesejukan.

 

3. Tidak Selesa Dengan Pakaiannya

Pakaian yang tidak selesa di tubuh bayi, seperti tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menganggu tidur bayi. Sebaiknya, pakaikanlah baju tidur yang ukurannya sesuai dengan tubuh bayi (jangan terlalu besar/kecil), serta diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.

4.  Mula Tumbuh Gigi

Tumbuh gigi bagi bayi amat menyakitkan sehingga tidurnya menjadi kurang nyenyak. Gigi yang baru hendak tumbuh akan membuatkan bayi berasa tidak selesa kerana gusinya terasa gatal.

Usia bayi di mana gigi pertamanya mula tumbuh  adalah berbeza-beza, namun rata-rata bayi mulai tumbuh gigi pada sekitar enam bulan. Kebanyakan bayi yang tumbuh gigi akan menunjukkan tanda-tanda seperti mengeluarkan air liur dan suka menggigit benda keras.

Cara terbaik untuk melegakan ketidakselesaan anak anda ialah dengan picit gusinya dengan lembut. Pastikan anda membasuh tangan sebelum melakukannya untuk mengelakkan pembiakan kuman di dalam mulut anak anda.

5. Penyakit Atau Gangguan Kesihatan

Biasanya bayi kalau ada sesuatu yang tidak selesa di tubuhnya seperti adanya penyakit atau gangguan kesihatan seperti demam dan batuk pasti akan kerap menangis.

Jika perlu, segeralah jumpa doktor kerana gangguan pernafasan pada setiap bayi adalah berbeza-beza.

6.Terlalu Akrab Dengan Ibu bapa

Menemani bayi sehingga benar-benar lena adalah kunci kesalahan yang utama. Bayi akan terbiasa dengan kehadiran anda sehingga saatnya terjaga, dan tidak melihat anda, dia akan berasa gelisah.

Artikel Menarik: [Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu!]

Temani bayi anda sehingga hampir tidur dan bukannya sehingga terlelap! Ketika bayi sudah terbiasa dengan dunia sendirinya, maka dia tidak akan lagi merengek minta ditemani kala terbangun di tengah malam.

Secara tidak langsung anda telah mendidik anak anda untuk mengatasi kegelisahan dan membuatkannya lebih berkeyakinan pada kemudian hari.

Sumber: www.wom.my