Mama Dan Papa Jangan Jerit-jerit Bila Marah Anak, Kesannya Sama Macam Pukul
Mama dan papa ketahuilah bahawa jika anda terlalu kerap menjerit-jerit pada anak kesannya sama buruk seperti memukul mereka. Hentikan perbuatan ini pada anak-anak anda. Memang kebanyakan papa dan mama selalu menjerit-jerit pada anak jika sedang marah atau geram.
Diharap selepas baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Sultan Idris (UPSI) ini kita boleh sama-sama muhasabah diri dan lakukan perubahan demi kebaikan masa depan anak-anak.
IBU BAPA/GURU, TOLONG JANGAN MENJERIT-JERIT
Semasa saya menjalankan placement di salah sebuah sekolah di West Midlands, tugas utama saya sebagai Teacher Assistant (TA) di bawah pantauan supervisor, Mrs. Eve. Disebabkan ini kali pertama saya berhadapan dengan persekitaran yang berbeza dan tidak membesar persekitaran tersebut, maka semua adalah baru bagi saya.
Bahasa, kurikulum, ruang bilik darjah, bahan bantu mengajar, pedagogi guru, management dan sebagainya, semuanya adalah benda baru untu saya sesuaikan diri. Masih mentah.
Saya memerhati Mrs. Eve dari setiap sudut. Lagaknya sebagai seoarang guru yang berpengalaman, tidak pernah menaikkan suara atau menjerit kepada kanak-kanak. Penuh santun. Mata saya kadangkala terjegil keluar jika ada kanak-kanak yang tidak mendengar kata atau terlalu bising. Tetapi, tidak bagi Mrs. Eve. Setiap anak diberikan perhatian, dan mendengar kata. Pantas matanya melilau menjaga jika ada si kecil perlukan bantuan.
Ketika ada si kecil memanjat kerusi dan melompat, tidak pula dijerkahnya.
Satu kelas bising dan menjerit, tidak pula dibalas jeritan untuk mendiamkan mereka.
Kanak-kanak bergaduh berebut warna, dileraikan mereka dengan penuh keibuan.
Tiada langsung jeritan, tengkingan mahupun bebelan yang menyakitkan.
Langsung tiada.
Katanya,
“YELLING (MENJERIT) KEPADA KANAK-KANAK SAMA BURUK DENGAN SPANKING (MEMUKUL) KEPADA MEREKA. MALAH LEBIH TERUK.” AKU MENGANGGUK TANDA SETUJU.
Masyarakat terlalu taksub dengan penderaan secara fizikal tetapi terlupa penderaan emosi. Lebih teruk, penderaan emosi mampu memberikan kesan jangka masa yang panjang sehingga dewasa berbanding fizikal.
Ia jatuh di dalam kategori ‘Harsh Verbal Discipline’ yang sama kesannya jika menyumpah atau memberi kata-kata kesat kepada kanak-kanak. Menurut kajian dari Pittsburgh dan Michigan*, kanak-kanak yang kerap di jerit (yelling) pada waktu kecil, akan meningkatkan masalah behavior ketika dewasa.
Kajian pada tahun 2013, nearly average 90% ibu bapa akan yelled, menjerit, menyumpah, mencarut (yang sama dengannya) kepada anak-anak seawal usia 6 tahun.
Menurut Amy Morin, psyikoterapi yang muncul di dalam TEDx Talk yang mengkaji tentang mental manusia katanya yelling merupakan salah satu strategi yang tidak efektif untuk mendisiplinkan kanak-kanak, malah menerukkan lagi keadaan. Sebabnya?
Penyebab masalah behavior yang lagi teruk. Ia akan menjadikan perpetuating cycle, maksudnya lagi banyak kita jerit, lagi rebel kanak-kanak. Lagi tidak mendengar kata.
Tak alah (desentized) dengan volum suara. Kali pertama ibu bapa/guru yelling adalah untuk memberi perhatian.
Tapi jika ‘nasihat’ yang selepas-selepas itu pun dalam keadaan menjerit, maka kanak-kanak sudah lali dan tidak sensitive dengan teguran tersebut.
Ibu bapa makin frust. Sebab kanak-kanak sudah biasa dengan keadaan yelling, mereka tidak akan berubah. Kita yang dewasa ini yang rasa penat.
Mereka belajar secara tidak sengaja yelling ini adalah pendekatan yang baik. Ibu bapa memberi role model kepada mereka. Jangan marah jika kanak-kanak yelling balik kepada kita ya.
Yelling adalah bukan satu bentuk mengajar. Sepatutnya, jika kita melihat kanak-kanak membuat salah, kita harus memberi suggestion dan option apa yang betul. Bukan tinggalkan dalam terpinga-pinga.
Ia menunjukkan ibu bapa hilang control pada kanak-kanak. Kanak-kanak ini kadangkala nak perhatian dan nak test reaksi ibu bapa. Jika kita hilang kawalan, macam mana kita nak didi mereka.
Alternatif lain selain yelling adalah negative reinforcement. Iaitu ambil keistimewaan yang kita berikan kepada mereka untuk pastikan mereka berkelakuan baik. Contoh, rampas mainan sampai dia dengar cakap, dan beri mainan semula kepada mereka.
Saya tahu, sebagai ibu bapa dan guru, kita sedaya upaya untuk tidak meninggikan suara. Tetapi terlepas juga. Jadikan habit, lama-lama sudah biasa. Jangan tak cuba langsung ya.
Bila saya observe student praktikal dan mendengar guru kelas sebelah menjerit-jerit kepada anak murid kelasnya, saya teringat Mrs. Eve bagaimana beliau memberi dimensi baru kepada saya dalam mendidik kanak-kanak secara hikmah.
Saya juga pernah buat silap dulu, tapi tidak terlambat nak betulkan balik. Kan?
*“Longitudinal Links Between Fathers’ and Mothers’ Harsh Verbal Discipline and Adolescents’ Conduct Problems and Depressive Symptoms,”
Sumber: Facebook Hazhari Ismail Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI