“Thea anak yang sempurna..Mama reda tapi kehilangan Thea benar-benar buatkan hati mama rasa sebak. Namun ketentuan ilahi mama akan cuba kuatkan hati ini.” Luah seorang ibu yang kehilangan bidadari syurganya akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menerusi Facebook Bunga Js Reena, ibu ini memuat naik perkongsian luahan hatinya kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan dan pergi ketika usianya 10 bulan.
Bukan mudah untuk melupakan segala kenangan selama 10 bulan kerana setiap gelagat Thea akan sentiasa diingat sampai bila-bila.
Berikut adalah luahan hati seorang ibu yang benar-benar meruntun hati..
Allah pinjamkan Thea sekejap untuk mama
Dengan penuh rasa berat hati dan dukacita dimaklumkan puteri kesayangan kami Airisthea Nur Inara binti Wirman 31/07/2020-08/06/2021 bidadari kecil syurga yang singgah sebentar dalam hidup mama selama 10 bulan 8 hari. Thea seorang anak yang sangat sempurna. Putih, gebu, comel pipi merah, tinggi.
Ads
Setiap mata yang memandang thea mesti akan geram dengan kecomelan thea..tempat thea bukan di sini, tempat thea sana di syurga.. mama tau thea penat.. thea kuat dan bertahan pun untuk mama.
10/05/2021 thea dimasukkan ke ICU thea sesak nafas disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Mama ingat itulah kali terakhir mama jumpa thea.. tapi thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga thea selama 3 minggu dalam wad.
Thea tetap kuat walaupun sakit
Sepanjang dalam wad thea sama-sama mama thea Sihat dan Happy ja dengan mama. Thea tak tunjuk pun thea sakit. Rupanya thea mahu luangkan masa dengan mama, manja-manja dengan mama sebelum thea pergi jauh tinggalkan mama.
Ads
Mama redhakan thea pergi nakkk. Mama tau sudah cukup thea menanggung sakit dan terseksa. Mama halalkan rahim mama.. mama halalkan susu mama.. mama halalkan semua makan minum thea.. Damailah thea di sana. Tunggu mama di pintu syurga.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha”. Ya Allah ampuni dia,rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi. Sampaikan ada anak meraung-raung macam kena dera semata-mata terpaksa makan ubat. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari doktor tentang cara yang betul untuk pujuk anak makan ubat tanpa perlu berperang.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.
2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.
6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Ibu ayah dah tersengguk-sengguk mengantuk. Anak pula tak menunjukkan sebarang tanda yang dia mahu tidur. Mahu dibiarkan bahaya pula. Mahu tak mahu terpaksa melayan karenah si manja sepanjang malam. Esoknya, rabak mata! Kenapa anak sukar tidur malam?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir.
Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Biasakan bayi didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Ibu ayah perlu mewujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini untuk mengelakkan ‘berperang’ untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara diantaranya dengan menggunakan botol plastic BPA-Free, botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu BPA-Free. Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat dari bahan BPA-FREE. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polycarbonate. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. BPA boleh melarut ke dalam susu apabila ia didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah dari bahan BPA-FREE. Kebiasaannya jangka hayat botol BPA-FREE adalah sekitar 6 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
#1 Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar dan sekaligus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
#2 Warna Botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia dari plastik.
#3 Bau Botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu dari ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!