Mama jangan stres bila bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja. Mama tentu rasa tak selesa, lenguh bila posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan bayi akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
5 TIP BANTU BAYI ATASI MASALAH MENYUSU SEBELAH PAYUDARA SAHAJA
Rita mencadangkan lima cara untuk mengatasi masalah ini;
#1 SUSUKAN KETIKA DIA SEDANG MENGANTUK
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.?
#2 MULAKAN PADA PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain?
#3 SUASANA SELESA
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
#4 GERAKAN
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.?
#5 URUTAN
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
SABAR DAN GIGIH
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenis Tangisan Bayi Sebenarnya Cara Tentukan Bagaimana Dia Perlu Dididik. Gunakan Corak Keibubapaan Ini
Ramai ibu bapa yang tidak faham tentang apa beza tangisan bayi yang easy going, high need baby ataupun infantile colic. Sebagai ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahaya mata tentu sekali tidak dapat membezakan tangisan mereka. Ada yang melihat anak baru menangis terus dianggap high demand baby.
Sebenarnya tangisan bayi diketegori kepada beberapa jenis tangisan dan tangisan bayi juga menentukan bagaimana kita sebagi ibu bapa perlu memahami mereka untuk mendidik mereka. Daripada tangisan bayilah ibu bapa akan belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan bayi.
1. EASY GOING
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Menangis sekitar 2 jam/24 jam.
📍Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka.
📍Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar.
📍 Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh ‘bermain’ sendiri.
😴 Stail Tidur 😴
📍 ‘Sleep anywhere, anytime’ kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga.
📍 Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.
2. HIGH DEMAND
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Tegang (intense)
📍Sangat aktik
📍Pengekstrak tenaga penjaga
📍Kerap menyusu
📍Mahu respon segera (menggesa)
📍Kerap terjaga
📍Sukar di puaskan
📍Tidak terjangkakan
📍Sangat sensitif
📍Tidak suka di letakkan
📍Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri
📍Adaptasi rendah terhadap perkara baru
📍Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.
😴 Stail Tidur 😴
📍 Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu ‘tidur sendiri’. Perlu dibantu setiap kali.
📍Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.
3. SAWAN TANGIS (INFANTILE COLIC)
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Kumpulan paling lemah adaptasi pada perkara baru
📍Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma suka nangis.
📍Sangat sukar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.
😴 Stail Tidur 😴
📍 Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise ‘on’ sepanjang tidur + hayunan ‘on’ sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.
👪Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori👪
🚩Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham ‘jenis’ bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.
🚩’Baik’ dan ‘Buruk’ anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.
🚩 Bayi ‘easy going’ memang ‘sempoi’ dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu ‘easy’ boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak ‘easy’ lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai pula ‘buat hal’ sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.
🚩Bayi high demand dan colic memang ‘menyusahkan’. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.
Kajian pasukan Sweden yang diterbitkan Acta Paediatrica, mengkaji 50 bayi colic bersama 100 bayi bukan colic. Bayi-bayi di jejaki hingga usia mereka 4 tahun. Hasilnya? Tiada beza ketara dalam corak tidur, makan dan perangai normal kanak-kanak kesemua mereka kecuali ; majoriti kanak-kanak bekas bayi colic sangat beremosi dan bertantrum. Ibubapa pula di kehendaki melengkapkan borang kaji selidik yang mengandungi lebih 50 soalan dan corak jawapan mendapati kanak-kanak bekas bayi colic yang sangat beremosi ini mempunyai persekitaran membesar yang berputar sekitar rasa tak puas hati dikalangan ahli dan rutin hariannya.
Dalam kajian lain oleh pasukan Anne Stright ke atas 1300 kanak-kanak Amerika dari lahir hingga usia gred 1 pula mendapati, pelajar paling cemerlang sikap, ketrampilan diri serta akademik di dalam kelas adalah bekas bayi-bayi colic yang dibesarkan dengan corak keibubapaan yang betul dan positif.
Mengapa ini terjadi? Ini kerana bayi high demand dan colic lebih peka dengan respon dan layanan ibubapa kepada mereka. Maka, mereka paling terkesan dengan apa yang di terima dari ibubapa mereka. Jika apa yang mereka terima itu bersifat positif, maka rasa saling percaya dan hormat akan di bina. Bila ia ada, maka sikap mereka lebih mudah diselaraskan ke arah yang ibubapa mahukan.
Oleh;
Uswatun Hasanah Mohd Habib
Konsultan Tangisan Bayi
Penulis Buku Mengapa Bayi Anda Menangis
THB Edu Assc USA
Sumber:
The Happiest Baby on the Block, MD Harvey Karp
Difficult Babies Can Turn Into Super Kids, Gwen Dewar, PHD
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Terus Gigih Menyusukan Bayi Walaupun Jadual Kerjanya 15 Jam Sehari. Patut Jadi Inspirasi!
Kegigihan wanita bergelar ibu untuk terus menyusukan bayi walaupun mempunyai jadual kerja terlalu padat sehari semalam patut dijadikan kisah insipirasi oleh ibu-ibu bekerjaya lain.
Semua ibu mesti menyimpan impian untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun bagaimana nak terus gigih menyusukan bayi bila jadual kerja bermula seawal 5.30 pagi dan pernah balik rumah lebih pukul 12 tengah malam?
Kisah pengalaman yang dilalui oleh Doktor Marlyana Termizi, seorang doktor pelatih dan ibu menyusu diharap dapat memberi semangat kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Jika dia boleh mengapa anda tidak?
DOKTOR PELATIH (HO) DAN MENYUSUKAN ANAK
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum ni saya rasa keberatan sebab rasa tak layak mahu berkongsi sebab susu cukup-cukup makan.
Sejak ayyash 5 bulan setengah dah terpaksa campur dgn susu formula sebab jadual kerja yang terlalu pack sampai tak cukup makan
Tapi alhamdulillah sampai sekarang (7 bulan) saya masih lagi teruskn pam susu
Harapnya perkongsian ni dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu diluar sana
JADUAL YANG PADAT!
Jadual harian saya sebagai doktor pelatih
- setiap hari perlu sampai di hospital sblum pukul 7 pagi. Paling awal saya pernah smpai pukul 5.30 pagi
- pulang ke rumah kebiasaannya sekitar jam 10 malam, paling lambat pernah punch out pukul 12++ midnight (average working hours per day 15 hours)
- jadual oncall : 7 pagi smpai 12 tgh hari esoknya utk posting surgical….berbeza ikut posting
- Kerja malam Pediatrik 7mlm – 7 pagi
MENTAL PREP
- sebelum masuk kerja, semasa tempoh berpantang kene ada aim yg kuat nak exclusively BF for 6 month dn sampai 2 tahun nak breastfeed
- TAHU kenapa nak teruskan bf?
*saya niatkn susu yg anak saya dapat akan menjadi darah daging dia dan saya akn dapat pahala berterusan
* manfaat susu ibu itu sendiri dari segi antibodi, IQ baby lebih tinggi, mengurangkan risiko jangkitan paru-paru pada tahun pertama dan macam-macam lagi
KNOWLEDGE PREP
- frequency pump, latching(lekapan) bayi, direct feed, cara penyimpanan susu, power pumping semua boleh google atau boleh jumpa pakar laktasi
- yang ni PENTING, Kene banyak membaca sewaktu tempoh mengandung
- waktu menyusu anak pertama, saya struggle utk latch(lekapan) perfectly sampai jadi sore and irritated nipple, tapi saya teruskan penyusuan, tahan je sakit sampai nangis-nangis
After 2 weeks, dah tak sakit dan dah tahu teknik yang betul
- menyusu waktu malam penting utk ransangan pengeluaran susu sebab hormon prolactin dikeluarkan pada waktu malam
- jadi saya gagahkan juga waktu malam bangun 2-3 kali untuk menyusu
- kalau penat sangat balik pukul 12 tgh malam, dan kerja esok harinya saya akan pump sebelum tidur dan mak mentua saya yang bangun untuk bagi susu (saya masih pjj dengan suami; suami masih di India)
PERSEDIAAN BARANG-BARANG KELENGKAPAN PENYUSUAN
1. BREAST PUMP
saya ada dua pump susu. satu pump susu yang bulky dan tahan untuk heavy work untuk letak di rumah sahaja
- satu lagi yang handfree dan sangat mobile
- dua-dua jenis dual pump, jimat masa
– knapa saya perlukan dua?
- untuk jimatkan masa
- pump susu mobile memang letak je dalam beg utk ke tmpat kerja, so takde peluang utk tertinggal
- sebelum pergi kerja, saya akan pump sekali,
- sebelum tidur kalau tak tidur dgn anak selepas balik kerja saya akan pump sekali
- bila ada dua pump,dapat jimat masa untuk sterilize, boleh bawa terus pump yang dah siap sterilize ke tempat kerja
– tapi kalau ad satu sahaja pun dah cukup sebenarnya
2. STERILIZER
- ini sangat-sangat penting!
- alhamdulillah, dapat hadiah sterilizer avent yang besar waktu bersalinkan anak first di India (terima kasih sgt pada adik-adik yang bagi, sampai sekarang masih berfungsi dan berguna setiap hari).
- jimat masa utk sterilize banyak botol sekaligus
- basuh botol-botol yang banyak dan pump susu equipment ambil masa juga, yang part ni sangat-sangat penting. MINTA TOLONG suami/ pembantu
- saya masih PJJ dengan suami tak duduk dengan suami sekali, jadi pembantu sangat-sangat diperlukan bagi situasi saya
MACAM MANA BAHAGIKAN MASA
- Saya WAJIBKAN diri paling minimum perlu pump sekali di tempat kerja, kalau dapat dua kali, sekali waktu solat zohor dan sekali waktu solat maghrib
2. Kebanyakannya saya dapat pump waktu tengah hari, saya tetapkan SETENGAH jam untuk solat, makan dan pam. Sambil makan, sambil pump…jimat masa banyak kat situ. Pending ward work yg tak settle had to be settle down before pm round sekitar pukul 2. Selalu je rasa mcm x sempat, tpi paksa juga pump, HAK ANAK LEBIH PENTING. Kalau kene marah sbb buat kerja lambat… telan je. Macam solat, tanggungjawab kita terhadap allah lebih penting. Xkan kita rela tuhan yang menciptakan kira marah berbanding pakar/specialist marah
3. WAJIBKAN JUGA setiap kali sebelum pergi kerja pump sekali, masa diperlukan sekitar 10-15 minit utk pump. Jadi perlu bangun awal. Kalau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja jauh… mungkin boleh pump dlm kereta kalau ad suami/ siapa2 yg hantarkan
Sebelum pergi kerja pun wajib pump, tpi pernah jugak terbabas tidur tak sempat pump. Paling lambat bangun pukul 5.40 pagi
Kalau dah lebih, tak sempat dah pam sebab saya perlu sampai ke tempat kerja sebelum pukul 7 pagi untuk am review sebelum pakar round sekitar pukul 8.30 pagi
Ayah mentua saya akan hantar dan ambil kalau jadual habis pukul 10 malam sebab takut saya mengantuk
Jadi, selalu kalau pagi-pagi dah tak sempat untuk pam, saya akan pam dalam kereta walaupun perjalanan ambil masa dalam 10-15 minit sahaja ke hospital
INFORM
- untuk HO2 kalau pergi pump susu, inform colleague, saya nak pergi pump susu
- kalau oncall lagi penting untuk inform, sebab kita akan menghilang minimum setengah jam
- kalau MIA(missing in action) tak inform, silap-silap perlu mengadap HOD(head of department)
- kalau hospital tempat anda bekerja hospital rakan bayi means hospital tu, sangat menggalakkan penyusuan, kalau ada siapa-siapa mempersoalkan selalu MIA untuk pump susu, balas balik
CUKUP MINUM AIR DAN MAKAN
- tak perlu milk booster, jaga minum air sehari lebih 2 liter
- makan on time ( bagi saya susah sikit, tapi saya cuba curi-curi masa untuk makan)
- sambil makan sambil pump. Jimat masa!
Akhir sekali, setiap orang ada pengalaman dan cabaran berbeza-beza. Saya respect setiap ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan dengan bersusah payah.
Dan sokongan dari ahli keluarga sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu badan
Harapnya perkongsian ni dapat memberikan idea dan semnagat untuk saya dan ibu-ibu di luar sana meneruskan penyusuan
Wa’allahu a’lam
Sumber: Marlyana Termizi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idzham Ismail Muat Naik Gambar Anak Sakit Jantung Berlubang Masa Lahir, Bagi Semangat Kepada Rakan Artis
Aktor Idzham Ismail telah berkongsi gambar anaknya, Sofea Inara semasa di hospital selepas dilahirkan. Ia bertujuan untuk memberikan semangat kepada rakan artis.
ANAK CHOT XOXO
Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih di mana bayi kecil Hazmeer Hassan ahli kumpulan lawak, XOXO masalah jantung semasa lahir. Anaknya Muhammad Sher Harraz telah dilahirkan dengan 3 kelainan pada jantungnya.
A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on
KINI MEMBESAR DENGAN CERIA
Anak Idzham kini membesar dengan sihat seperti kanak-kanak seusianya yang lain dan sangat comel, ceria dan berisi. Jika dilihat, tiada siapa menyangka anak ini pernah mengalami masalah jantung.
Berikut ialah perkongsian Idzham yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut di Instagram.
Saya sebenarnya teragak-agak nak share gambar Sofea Inara masa dihospital , tapi terpanggil untuk memberi semangat kepada @chotxoxo
Chot , tabah , usaha , tawakal , doctor akan beri terbaik untuk setiap pesakitnya.
JANGAN STRES DAN LEMAH
Allah S.W.T akan sentiasa beri jalan untuk selesaikan masalah diberi. Jangan stress atau lemah , sentiasa minta untuk dipermudahkan walaupon yang tahu peritnya yang merasakannya
Kenapa kita dipilih ? Aku pon tak tahu , aku pon tanya soalan sama , tapi yang aku tahu , kita diberi AMANAH dari NYA.
Kau kuat bro , lagi kuat dari aku , masih boleh tenang dan bekerja dalam keadaan ni. Aku shooting pon tak tentu arah dulu. Haha
HARAP DAPAT BERIKAN SEMANGAT
Aku harap gambar anak aku ni dari awal sampai sekarang ni boleh bagi kau dan isteri kau semangat. Kenapa aku tulis untuk kau , sebab aku rasa sampaikan semangat dekat kau.
BE STRONG
Be strong bro ! Ingat Allah ada dengan kita bantu kita dan sentiasa akan beri jalan.
Kepada siapa-siapa yang nak beri sumbangan untuk pembedahan anak @chotxoxo yang mengalami komplikasi injap jantung terbalik boleh buka account instagram miliknya.
Aku harap dapat membantu kau walaupon tak seberapa pertolongan aku ni.
A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Para follower memberikan reaksi positif dan ada yang berkongsi cerita tentang pengalaman mereka. Ramai juga yang memuji kecomelan Sofea Inara.
Sumber: Idzham Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI