Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah & Jaga Anak Ada Caranya, Boleh Cuba Tip Ni
Mama kalau nak ajak papa kemas rumah dan jaga anak, kena pakai petua. Lelaki biasalah ada egonya. Bila disuruh-suruh, seolah-olah macam isteri ‘memerintah’ pula. Itu yang ramai suami-suami rasa tercabar.
Memang ada suami-suami yang ibunya tidak pernah mengajar membuat kerja-kerja rumah. Bagaimanapun apabila sudah berkahwin,sikap menjadi ‘raja’ itu perlu diubah. Di sinilah peranan isteri amat penting dalam ‘mendidik’ suami.
Apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ialah mulakan seawal mungkin ketika di awal perkahwinan. Jangan mengeluh, mungkin si suami rasa janggal untuk membuat kerja orang perempuan atau penat pulang dari tempat kerja.
Untuk elak berlakunya salah faham, apa kata anda mencuba LIMA cara paling lembut dan mesra ini, siapa tahu suami akan terus rajin membantu tanpa diminta apa lagi dipaksa.
Ads
1. MULAKAN SEAWAL PERKAHWINAN
Kalau baru berkahwin, elok mulakan rutin seawal perkahwinan agar terbiasa dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Di awal perkahwinan adalah masa yang sesuai kerana setiap pasangan mula untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat.
Mungkin si suami tidak diasuh untuk melakukan tugas-tugas mengurus rumah oleh keluarga. Haaa.. inilah tanggungjawab anda, ajak pasangan mengurus rumah. Tapi jangan paksa, bagi dia masa. Gunakanlah perkataan “tolong” setiap kali anda meminta bantuan si suami. Elak daripada ayat yang berunsurkan mengarah atau memaksa.
2. SERAHKAN TUGAS YANG SESUAI
Nak suami membantu, jangan pula kita berikan tugasan yang dia tak suka. Kenal pasti tugas yang sesuai dengannya seperti membuang sampah, membersihkan kipas dan siling, membersihkan longkang, membersihkan tingkap, kemas meja selepas makan, dan sebagainya.
Ads
Zaman sekarang ramai suami yang membantu menguruskan anak-anak seperti memberi makan anak, mandikan dan pakaikan baju anak-anak dan ada juga yang memasak.
3. JANGAN SINDIR, BUAT BERSAMA
Agak tengok suami macam tak yakin untuk melakukan tugas-tugas itu, awal-awal elok anda teman. Misalnya, memasak sama-sama, mengemas meja selepas makan bersama, mandikan dan pakaikan baju anak bersama. Bukan sahaja anda dan pasangan anda menguruskan rumah, malah hubungan yang terjalin antara anda berdua akan bertambah erat.
Paling penting, jangan sesekali bandingkan caranya dengan cara kita buat kerja. Mungkin suami kurang teliti berbanding anda atau sebaliknya. Terimalah seadanya dan beri masa buat suami, suatu hari nanti pasti akan biasa melakukannya.
Ads
4. BERIKAN GANJARAN UNTUK SEMANGAT
Berikan hadiah atau ganjaran kepada si suami? Haa… ini akan membuatkan si suami rasa dihargai. Anda boleh memberikan ganjaran dengan memasakkan makanan kegemarannya, belanja menonton wayang atau membelai dengan urutan setelah penat membantu anda memasak di dapur dan mengemas meja makan selepas makan. Eh, tapi jangan sampai mengungkit, ya!
5. PUJILAH PASANGAN
Ya, suami akan rasa dihargai dan buat si dia rasa rela hati untuk tolong anda kemudian hari.
Owh ya, jangan lupa selit motivasi padanya, walaupun si dia membantu dalam menguruskan rumah tangga, dia tetap macho dan lelaki yang gagah perkasa kerana membantu kaum hawa yang lemah. Membantu anda di rumah bukan bermakna si suami dayus atau anda ‘queen control’.
Macam mana kaum wanita, agak-agak boleh tak ‘pancing’ suami untuk tolong kerja rumah selepas ini? Moga ada salah satu tip ini yang boleh dekatkan suami ke dapur dan kemas rumah. Bukan nak suruh buat semua, janji dia ada tolong. Itu lebih dari syukur!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang kata lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yang tak jangka sentiasa dekat dengan kita. Ibaratnya duit yang kita bagi tu dapat semula dalam bentuk lain. Hebatkan!
Itu sebabnya bila kita tak berkira dengan ahli keluarga atau bersedekah pada orang yang memerlukan hati rasa lapang. Walaupun gaji kecil, masih mencukupi untuk tunggu gaji seterusnya. Inilah kuasa sedekah.
Bagaimana kita nak pastikan duit yang kita peroleh tu berkat. Perkongsian dari Puan Hana Shahadan ini cukup mudah.
Tip Elak Kebocoran Wang
Contohnya kan, baru dapat duit gaji ni, tiba-tiba tayar motor pancit. Tengok-tengok kereta rosak, eh kena bayar itu ini. Duit pun habis lagi. Kena tunggu gaji bulan depan pula.
Pesanan unggul Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, nak sedekah paling baik adalah waktu subuh. Dan setiap kali nak beri sedekah, niatkan dalam hati “ya allah supaya mengalir pahala sedekah ini, saya niatkan untuk diriku, pasanganku, mak ayah ku, keluargaku, adik beradikku, guru guru ku dan seluruh umat Islam.
Setiap kali dapat rezeki pula, “Ya Allah berilah berkat dalam setiap rezeki yang saya dapat”. Amin Ya Rabb.
So ini tipsnya, dahulukan mana yang penting dan mana paling perlu. Dengan kita gembirakan isteri, Allah turunkan rezeki. Dengan kita bahagiakan mak ayah, Allah beri rahmat.
Dengan kita belanja anak-anak, Allah beri kita rezeki berkasih sayang. Dengan kita bersedekah, hati jadi lapang. Jiwa pasti tenang. Mereka mendoakan kita kembali. Dengan kita bayar orang makan atau belanja orang makan itu juga adanya berkah dan gembirakan orang.
Amalkan 5 tip ini untuk dapatkan keberkatan rezeki
1) jangan berkira dengan isteri.
2) jangan berkira dengan mak ayah.
3) jangan berkira dengan anak2.
4) jangan berkira untuk sedekah tak kira berapa sen. Lagi lagi kepada orang tua dan anak yatim.
5) selalu bagi orang makan/ bayar orang makan.
*buat tabung sedekah subuh*, masukkan duit tak kira berapa setiap kali subuh. Dan hari Jumaat, pergi masjid masukkan dalam tabung masjid. Jumaat yang baraqah. Insyaallah, memberilah.
#share perkongsian ini juga adalah sedekah ilmu untuk ramai orang belajar.
Ibu bapa mana yang tidak runsing jika anak mereka sering sahaja tidak sihat. Demam, selesema dan batuk selalu sahaja ‘menyerang’ si manja. Selain persekitaran yang kurang bersih dan berdebu, anak-anak mudah jatuh sakit kerana kekurangan nutrisi dalam badan. Bukan mudah untuk kita menggalakkan anak makan sayur dan buah, tetapi inilah antara sumber khasiat yang menguatkan sistem imunisasi mereka. Jika anak jatuh sakit, ia akan mengganggu jadual kerja ibu bapa kerana mereka tidak dapat ke pejabat. Kita tidak dapat mengelak anak daripada jatuh sakit, tetapi sekurang-kurangnya jika sistem imunisasi anak kuat, mereka lebih mudah sembuh.
Kebanyakan ibu bapa merasakan anak kecil tidak pelu bersenam. Sebenarnya mereka boleh melakukannya mengikut kemampuan tubuh. Bukanlah bersenam seperti orang dewasa, tetapi menggalakkan mereka untuk membuat aktiviti kecergasan dapat membantu menguatkan sistem kawalan tubuh mereka. Bukan itu sahaja, anak-anak mudah sakit jika mereka kurang mendapat perhatian dari ibu bapa. Emosi yang tidak stabil juga mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Cara paling mudah untuk membuatkan anak-anak mendapat nutrisi secukupnya adalah dengan menggalakkan mereka untuk minum susu kambing! Salah satu jenama susu kambing yang diyakini adalah Karihome dari New Zealand. Ia satu-satunya jenama yang mempunyai maklumat klinikal dan sudah dipasarkan ke negara-negara seperti Malaysia, Australia, Korea, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Singapura.
KEBAIKAN SUSU KAMBING KARIHOME
Bagusnya susu kambing Karihome ini adalah kerana ia mempunyai dua laporan maklumat klinikal dari New Zealand dan Eropah. Turut mendapat kod kelulusan dari Malaysia dan Singapura untuk dijual di pasaran. Karihome dijamin selamat untuk diminum kerana ia mengandungi nutrisi semula jadi yang cukup lengkap dan rumusannya dibuat mengikut kesesuaian keperluan nutrisi kanak-kanak berdasarkan umur mereka.
Susu kambing Karihome diformulasi dengan bio aktif semula jadi yang mengandungi nukleotida, asid sialik, selenium dan zink semula jadi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Satu lagi kelebihan Karihome adalah protein curd dalam susu kambing ini halus dan mudah dihadam tiga kali lebih cepat berbanding susu lembu. Untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema, pengambilan susu kambing Karihome dapat membantu mengurangkannya.
Jika anda ingin mengetahui lebih lagi tentang susu kambing Karihome, jangan lupa layari laman web mereka di www.karihome.com.my atau ke laman Facebook dan Instagram.
Melihat baju sekolah anak yang kehitam-hitaman di bahagian tengkuk dan lengan buat ibu mula rasa stress. Mana tidaknya, mulalah mak-mak memikirkan terpaksa menyentalnya dengan sepenuh tenaga demi menjadikan baju kembali putih bersih.
Rupanya tak perlu sental berlebih-lebihan, ada cara dan petua mudah yang dikongsikan oleh Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.
Memang mudah, hanya gunakan sedikit serbuk percuci, Cif sahaja untuk diletakkan pada bahagian berdaki. Memang bersih!
Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.