Memarahi anak adalah tindakan pertama yang akan dilakukan oleh kebanyakan ibu ayah bila anak buat salah. Ia normal tapi kawal kata-kata semasa memarahi anak kerana bimbang bila terlajak kata ia bertukar menjadi doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT pula.

Bukankah kata-kata ibu dan ayah itu satu doa kepada si anak. Jadi, berhati-hati dengan apa yang anda ucapkan semasa sedang marah.

Perkongsian bermanfaat dari Puan Nalizan Ahmad ini boleh dijadikan panduan kepada semua ibu ayah supaya jangan ikutkan nafsu amarah dan sentiasa beristighfar semasa mulut hendak bercakap yang bukan-bukan semasa marahkan anak.

 

Salah satu sifat manusia ialah marah. Oleh sebab itu, ibu bapa manalah yang tidak pernah marahkan anak. Biarpun marah, lakukanlah ia dalam keadaan waras di mana perasaan dan kata-kata yang diucapkan di bawah kawalan dan tidak dikuasai oleh emosi dan nafsu diri.

1. Ketahuilah, setiap perkataan yang keluar daripada lidah ibu bapa adalah doa untuk anaknya. Jadi, seboleh mungkin, kawal kata-kata apabila marah.

2. Jangan sesekali menyebut perkataan-perkataan negatif kepada anak. Sebaliknya, tuturkan kata-kata yang baik-baik sahaja. Jadikannya sebagai kata-kata psikologi berbalik kepada anak yang dimarahi.

Mama, Kawal Kata-Kata Semasa Memarahi Anak. Bimbang Bertukar Jadi Doa Pula

IKLAN

3. Berhentilah daripada marah dengan cara berleter panjang kepada si anak. Cukuplah dengan hanya menyatakan kemarahan menerusi sepatah dua kata yang terkawal.

4. Jika berleter panjang pun, ia tidak membawa kebaikan, melainkan melukakan hati kedua-dua belah pihak.Lebih membimbangkan sekiranya kata-kata itu dimakbulkanNya.

5. Perasan bukan, reaksi pertama anak apabila dimarah adalah merajuk. Jika dia asyik dimarahi sepanjang masa, jangan terperanjat apabila membesar, dia menjadi individu yang tidak yakin kepada diri sendiri, tidak berani mencuba perkara baru dan sentiasa keliru dengan setiap apa yang dilakukannya.

IKLAN

Bukan bermakna anda tidak boleh marahkan anak. Dia masih perlu ditegur dan dimarahi atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Namun, pastikan anda sentiasa mengawal kata-kata yang bakal diluahkan.

Apabila hati sudah terluka, anak tentu sahaja akan memendam kata-kata negatif yang pernah terlontar daripada mulut anda yang sedang dilanda amarah.

Kak Nally

IKLAN

Founder G-Star Kids

Founder Susu Kambing G-Star R-Rayyan

Founder Cereal Bayi G-Star ComCom

Sumber: Nalizan Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI