Mama Kena Selalu Masakkan Untuk Suami & Anak. Air Tangan Ibu Mampu Ikat Kasih Sayang Keluarga.

Share

Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan akar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.  Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya. Namun ibu haruslah beringat tiga perkara ini setiap kali menyediakan masakkan untuk keluarga.

Menjaga hubungan dengan Allah

Solat adalah talian hayat antara Allah dengan hambaNya. Umum mengetahui meninggalkan solat dengan sengaja adalah dosa besar. Solat adalah kayu pengukur pertama kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab apabila kita di padang Mahsyar kelak. Betapa beratnya amalan solat ini dapat dilihat di mana Allah mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israk Mikraj sedangkan kewajipan ibadah yang lain hanya diutus melalui malaikat Jibril. Ketika Rasulullah hampir dengan kewafatannya, baginda berpesan kepada Saiyidina Ali  yang bermaksud “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungan mu..” Wahai para ibu, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah agar doa kita dimakbulkan dengan mudah. Apatah lagi ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

 

Halal

Anda perlu memastikan makanan yang hendak dimasak datang daripada sumber halal dan suci kerana ia kelak akan menjadi darah daging. Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu” (Surah Al-Baqarah, ayat 168).

 

Sajian sihat

Kata orang, sebuah keluarga akan bahagia jika mempunyai seorang isteri atau ibu yang membahagiakan. Besarnya impak seorang wanita dalam pembentukan sebuah keluarga. Maka, penting bagi anda menyediakan sajian yang sihat dan tidak memudaratkan setiap ahli keluarga. Seperti mana firman Allah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada Nya kamu menyembah” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

 

11 zikir dan doa semasa memasak

  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
  2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
  3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
  4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
  5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
  6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
  7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
  8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
  9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
  10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
  11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Published by
Wan Erni Liza