Sekuat mana pun seorang ibu, jika diuji dengan anak sakit atau pemergian anak, pasti akan jatuh juga air mata. Mulut mungkin boleh berkata sabar tapi dalam hati hanya Allah yang tahu kesedihan itu.
Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook Nur Lydia Rose Hafieza, dia berkongsi momen sedih tetapi terpaksa reda apabila Allah jemput anak lelakinya kembali ke sisinya pada pada malam Arafah.
Difahamkan Abid menghidap kanser dan sel kanser tersebut sudah pun merebak sebelum meninggal dunia.
ARTIKEL MENARIK [Ibu Meninggal Keguguran, Kakak Jadi Tempat Adik-Adik Menumpang Kasih & Bermanja]
“Mama korbankan kasih sayang mama, pulangkan pada Allah”
Menurut ibu ini, anaknya dijemput pada hari yang penuh istimewa dan barakah iaitu pada malam Hari Arafah. Kongsinya, dia sudah pun reda dengan apa yang telah terjadi dan berasa ‘lega’ kerana sempat menguruskan sendiri jenazah arwah anaknya.
Alhamdulilah Abid pergi di malam Arafah & malam raya korban. Boyfriend mama, Selamat Hari Raya Sayang. Handsome Abid pakai baju raya raya korban. Mama korbankan kasih sayang mama untuk pulang balik Abid pada yang BerHak. Bermain di syurga yer sayang tunggu mama ayah. Tarik mama ayah ikut Abid yerr.
Mama reda, puas jaga adik sampai akhir hayat
Mama ikhlas mama reda adik balik pada kekasih abadi. Mama puas jaga adik sampai hujung nyawa adik. Mama puas sebab tangan mama sendiri yang uruskan adik dekat hospital dekat rumah. Mama kesian tengok adik sakit lama-lama. Sebab tu mama bagi adik balik ke tempat asal adik.
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Silap Saya, Lepas Tukar Baju Baby, Tinggal Atas Meja”. Najdi Bekas Ahli UNIC Kesal Bayi Terjatuh]
Tempat yang akan kita sekeluarga berkumpul kelak insyallah. Bila kita reda ikhlas dan puas dengan apa kita buat insyallah. Kita mampu senyum kadang-kadang menangis tu sebab rindu.
Tambah ibu ini lagi dia tidak sanggup lagi melihat anak tersayangnya menanggung kesakitan dan yakin ada hikmah atas apa yang telah berlaku.
Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya ketika proses pengebumian dilakukan.
Mama bukan mama yang terbaik untuk adik. Tapi mama semampu mungkin korbankan hidup mama untuk uruskan adik. Tapi perancangan Allah S.W.T. sebaliknya Allah S.W.T. nak bagi tiket mudah untuk kita semua ke syurga melalui Abid.
Terima kasih sayang untuk ganjaran ni. Mama sayang Abid dunia & akhirat. Abid memang tiada ganti, semoga mama diberi kekuatan untuk jalani hari-hari selepas ini tanpa Abid di sisi mama. Terima kasih pada yang terlibat.
Kredit: Nur Lydia Rose Hafieza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)