“Maafkan mama dik..tak tahu nak kata apa selepas kejadian ngeri buat adik Haqq minggu lepas, mama trauma nak masak. Tengok benda panas jadi sebak kat dada. Seumur hidup salahkan diri sendiri sebab cuai.”
Menurut Fatinlyana Badrull menerusi Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, walaupun diri dah sentiasa sangat beringat, benda nak jadi sekelip mata. Selalu nasihatkan orang lain supaya hati-hati dengan anak kecil bila di dapur. Tapi kejadian ni tetap jadi pada keluarga saya.
Anak tarik tudung saji, sup panas tumpah
Selesai masak makan malam, saya hidang lauk (sup) atas meja makan dan tutup tudung saji. Meja tu di ruang makan bukan di dapur. Selesai semua mula ajar anak yang lain PDPR. Papanya mandi. Jadi adik Haqq ni main mainan dia. Tak jauh dari saya. Belakang saya je mainnya. Terlalu pantas benda nak jadi. Entah macam mana dia tarik tudung saji tu lalu tumpah kuah sup yang baru je saya siap masak.
ARTIKEL MENARIK [Baru Tahu ‘Strawberry Mark’. Awal Lahir Tak Nampak, Dari Sehari Ke Sehari Makin Merah]
Tak sanggup nak ingat, tapi tujuan saya nak minta doa pada semua untuk Muhammad Izny Haqq bin Mohd Suhaimi untuk kembali ceria, dapat semangat yang luar biasa dan kuat selalu untuk lalui sesi cuci luka.
Sehari lepas kejadian tu, dia dapat pula alahan. Habis gatal 1 badan dan sembab muka-mukanya. Bertimpa-timpa. Mohon semua doakan adik Haqq kuat dan tak trauma dengan kejadian ni.
Maafkan mama dik..
Mama cuai dik, mama lalai. Seminggu dah tak masak sebab takut campur 24jam dia nak berdukung. Tahap lecur adalah tahap ke 2. Jika dalam masa 2 minggu Haqq tak sihat, maka akan dilakukan pembedahan pindahan kulit. Terima kasih semua yang mendoakan.
Tip jika anak melecur
Saya nak kongsi sikit tip jika berlaku kejadian macam ni di rumah. Pada yang masih tak tahu apa nak kena buat. Masa Haqq jadi hari tu, itulah perkara yang saya lakukan dan betul tindakkannya. Jika tak, luka Haqq pasti lebih dalam.
Bila jadi, perkara pertama bawa diri atau anak/mangsa lecur ke toilet atau sink untuk jirus air ke tempat lecur. Pastikan air kena pada seluruh tempat yang jadi. Sekurangnya 10 minit air mesti mengalir dibadan. Bertujuan untuk matikan rebakkan lecuran lebih dalam. Jangan guna tepung atau apa-apa benda asing yang lain kerana boleh lebih memudaratkan kesihatan dan kesan lecuran.
Kalau dia berbaju, tanggalkan baju lepas jirus air tu dan balut dengan plastik atau kain bersih yang basah untuk elak kena jangkitan kuman. Jika luka teruk serta ada gelembung air, terus bawa ke hospital sebab jika ke klinik pun akan dihantarkan ke hospital. Jadi jangan buang mass. Jangan sapu apa pun lepas jirusan air tadi. Itulah yang pakar bagitau saat soal jawab dengan saya. Saya buat tu dah betul, tapi kekurangan masa jirus tu. Jika tak ada gelembung air tu, boleh bawa ke klinik je untuk rawatan.
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Sofea Kuat, Apa Pun Terjadi Mommy Akan Jaga”. Koma 21 Hari Selepas Terjatuh Tangga]
Setiap hari setiap masa cakap kat Haqq “mama mintak maaf dik. Sebab mama adik sakit.” Allahu..dia baru 2 tahun dah kena hadap sakit ni.
Edit : untuk pengetahuan semua, luka masih tak ok dan balutan adalah 24jam tak boleh dibuka lagi.Terima kasih sbb mendoakan dan suggest ubat2 yg keberkesanannya ok pada korang semua.nanti boleh try bila balutan dah dibuka.
Kredit: Fatinlyana Badrull
**Mahu dapatkan barangan anak pada harga promosi, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI