Mama dan papa setiap kali membuat kerja rumah, cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama. Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna, paling penting mereka pandai mengurus diri.
Secara tidak langsung mama dan papa melatih anak-anak untuk berdikari. Tidaklah sepanjang masa asyik meminta pertolongan mama dan papa sahaja. Anak-anak kita bila diajar, mereka boleh buat. Sebenarnya kanak-kanak suka sangat buat sendiri.
Mama & Papa Bila Buat Kerja Rumah, Ajak Anak Buat Sekali
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira, asasnya anak suka mencuba segala perkara dan suka sangat nak sertai apa yang kita buat. Itu tandanya anak mahu, cuma bergantung pada ibu ayah bagaimana nak sambut kemahuan itu.
Kalau anak pakai baju sendiri, ketahuilah akan ambil masa yang lama dan mereka tak tahu nak buat pakai pun kalau kita tak ajar. Anak-anak boleh tuang air sendiri jika diajar bagaimana.
Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari
✅Cumanya, kena banyak bersabar dalam mengajar. Ini yang susah bukan? Rasa geram sahaja nak tolong buatkan.
Eh, baru sahaja kemas tadi, sudah bersepah bila anak-anak belajar buat air atau tuang air sendiri. Ala, kotor pulak bila anak makan sendiri. Aduh, habis comot baju dan mulut bila anak makan sendiri.
Ads
Dulu saya pun sakit mata tengok sepah, sekarang sudah belajar kurangkan sakit mata dan terima kenyataan anak tengah belajar.
Bila kita belajar tutup mata kejap sepah itu, buka mata pada kesungguhan dan usaha anak untuk belajar satu-satu sendiri. Jadi, mak ayah yang membiarkan anaknya belajar dan buat silap. Dan ajar satu persatu dengan sabar.
✅Satu lagi, rendahkan expectation bila didik anak. Yang ini pun kadang-kadang saya terlepas juga, stres sebab terlebih expectations pada anak.
Ads
Memanglah akan tertumpah air kalau tapak tangan anak pun lagi kecil dari gelas. Pegang gelas berisi banyak sikit pun dah terketar-ketar. Agaknya begitulah kita bila sudah tua nanti. Terketar-ketar juga nak pegang gelas.
Harapnya anak saya tak tengking dan sabar tolong saya. Ganti kesabaran kita itu nanti ialah, anak yang boleh berdikari, yakin diri, dan bergantung pada diri sendiri.
✅ Sediakan suasana yang mendorong anak untuk berdikari
Nak tak nak, kita kena sediakan sikit suasana dan keadaan yang mendorong anak.
Barang-barang anak kalau boleh letak di kedudukan yang rendah, mudah untuk mereka capai.
Ads
Kadangkala bukan mereka tak nak ambil gelas sendiri, tapi gelas itu tinggi di atas almari.
Macam mana mereka nak capai. Letak di laci yang bawah ke, letak di atas meja rendah khas, yang senang mereka nampak dan ambil.
Cermin untuk mereka mesti berada di kedudukan rendah, separa dengan tinggi mereka, baju dan lampin pakai buang letak dalam bakul atau almari rendah. Bila diminta, mereka boleh ambil sendiri.
Anak-anak ini suka sebenarnya belajar dan cuba sesuatu yang baru. Cumanya, ibu ayah kena merendahkan expectation dan raikan usaha, bukannya hasil.
Tiada kemahiran yang cuba sekali, ajar sekali, terus pandai buat. Kena ulang dan ulang. Di mana ada anak yang mampu berdikari dan bergantung pada diri sendiri, di sana ada ibu bapa dan dewasa yang percaya pada mereka, sabar membimbing.
Fizz Fairuz timang bayi perempuan kelima,”Tarikh Almy dijangka bersalin sepatutnya 6 Oktober depan…” Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz memberitahu bahawa dia dan isterinya menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak kelima mereka, Rabu lalu.
Fizz Fairuz Timang Bayi Perempuan Kelima,”Tarikh Almy Dijangka Bersalin Sepatutnya 6 Oktober Depan…”
Pengumuman itu sekali gus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu yang dikatakan akhirnya memiliki anak lelaki.
“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah, ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki. Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya.
Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Fizz berkata, Almy berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun, bayi kelima lahir lebih dua minggu awal secara normal.
“Syukur semuanya dipermudahkan. Walaupun dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak dua sentimeter,” katanya.
Terdahulu Fizz Fairuz berkongsi berita gembira yang isterinya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kelima menerusi hantaran di laman Instagramnya.
Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Pelakon, Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa keduanya terutama anaknya, Aura Medina tercapai.
“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan,” tulisnya.
Tambah Harris lagi menerusi Instagramnya, dia sememangnya sudah mengimpikan lama momen itu namun amat bersyukur kerana diberikan rezeki dari Allah untuk menjejak Tanah Suci lagi.
“Benarlah orang kata rezeki tak salah alamat, kalau Allah dah pilih,tak sangka tak pakai duit pun boleh datang sini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dari-Mu ya Allah.Memang dah lama teringin nak ke sini bersama family anak dan isteri ❤️,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga Harris turut mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Kaabah bersama isteri dan anaknya.
Menerusi entri berlainan pula, Harris dilihat turut bertawaf sambil mengendong si comel, Aura Medina.
Biasanya kita kaitkan anak lelaki ni dengan ibu. Mereka lebih manja dan rapat dengan ibu berbanding ayah. Anak perempuan pula dikatakan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan ayah.
Sebenarnya anak lelaki juga boleh bermanja dengan ayah jika kena caranya. Lebih banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan ayah dan banyak benda yang boleh dilakukan bersama.
Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim berkongsi beberapa cara untuk buat anak-anak lebih hormat pada ayah mereka.
Ikuti perkongsian ini;
Antara cara nak buat anak respect pada ayah. Kebaikan bila respect berbanding takut ialah anak tu jadi lebih rapat & lebih selesa dengan kita.
1. Pandang muka anak Masa cakap dengan anak pastikan kita pandang muka dia, eye contact perlu ada. Jangan membelakangkan anak ketika bercakap.
2. Jadi tegas bukan garang Garang ni mulut je lebih. Jerit, pekik, cakap kasar. Impak dia tiada. Tapi tegas adalah tindakan kita, tanpa bersuara pun anak boleh rasa ketegasan kita. No means No.
Sumber foto: Facebook Mohd Fhais Salim
3. Sikap lebih kurang Respect perlu di raih tak boleh di paksa. Ada ketika anak mahu buat pilihan sendiri, ada ketika anak mahu sesuatu, tak salah sekali sekala kita lebih kurang dengan permintaan dia.. elak guna kuasa veto!
4. Sentiasa bimbing dia Bila anak buat silap, usah fokus pada masalah tapi bantu dia cari solusi. Bila anak tak yakin diri, jangan paksa tapi bimbing dia, naikkan keyakinan dia. Besar makna kata-kata perangsang dari seorang ayah!
Sumber foto: Facebook Mohd Fhais Salim
5. Tunjuk ambil berat “Abg okey?, kakak lukis apa tu?, jom adik kita main”. Simple sangat. Rajinkan mulut tanya keadaan anak, apa dia buat, apa dia suka, apa dia tak suka dan seumpamanya. Anak yang rasa selalu di ambil berat akan jadi sangat rapat & sangat selesa dengan orang tersebut. Sungguh!
6. Akhir sekali senyum Penat ke, malas ke, ngantuk ke bila nampak anak tercongok depan mata senyum la.. Senyuman yang ikhlas dapat meningkatkan mood & emotional regulation anak anak tau..
Sebenarnya cara-cara ini boleh dipratikkan sama ada untuk anak lelaki mahupun anak perempuan. Untuk pastikan anak lebih mesra dan percayakan kita, bolehlah para ayah semua cuba apply tip ini pada anak-anak. Semoga mereka lebih rasa dekat dengan ayah dan tiada rasa seperti tersisih dan sebagainya.
Ernie Zakri dan Syamel sambut hari lahir anak - "Anak ibu, daddy dah 3 tahun." Tanggal 22 Februari menjadi tarikh istimewa buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel kerana ia merupakan hari lahir anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, yang kini genap berusia tiga tahun.