Bila dah berkahwin, ada anak perkara pertama yang akan terlintas adalah duit. Nak simpan banyak takut tak cukup nak belanja, bayar itu ini dan beli keperluan anak-anak.
Kadang-kadang bila difikirkan boleh pening kepala. Bak kata orang duit ni ibarat air yang mengalir. Dapat hari ini, boleh habis juga hari yang sama. Cuma bagaimana kita nak pastikan ada juga simpanan untuk waktu kecemasan atau untuk keperluan yang lebih utama?
Cara tabungan yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini boleh dijadikan panduan kepada setiap suami isteri denga syarat sama-sama kena berdisplin.
Jika anda mampu simpan lebih banyak lagi baik, tapi jika tak mampu jangan paksa diri cuma disiplinkan dari jumlah yang sedikit dulu secara berperingkat.
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan.
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Sumber: Hafizul Hakim