Bila anak kita dah mula meniarap dan sudah pandai angkat pinggulnya untuk merangkak, mama papa jangan segan silu untuk cuba merangkak bersama. Begitu juga dengan anak-anak yang sudah besar. Apa salahnya bersama-sama merangkak supaya anak lebih rasa gembira.

Sebenarnya banyak kebaikannya, baik pada anak-anak begitu juga dengan ibu ayah. Perkongsian dari Yatie Eimra ini banyak kelebihannya. Jadi mama papa kena lah baca.


Kebaikan Merangkak Untuk Kanak² & Orang Dewasa

Fydh ni jenis kinestetik & tak boleh duduk diam. Biasa kalau tak dapat keluar (hujan, dsbnya), buat aktiviti fizikal untuk indoor ajela. Kekadang si kecik ni main lompat² panjat², kekadang main indoor football, buat permainan jalan itik atau berjalan macam ketam, main askar², merangkak, dll.

Kalau time sihat tu, dengan ummi dia sekali join merangkak. Hahah..? Merangkak ni bagus sangat untuk perkembangan otak & kekuatan otot. Bukan setakat bebudak tapi bagus gak untuk orang dewasa tau.

Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak, Banyak Kelebihannya, Bonding Pun Kuat!

IKLAN

Antara Kebaikan Merangkak Untuk Kanak² & Orang Dewasa –

? Merupakan pergerakan asas yang merangsang koordinasi badan bahagian atas dan bahagian bawah (memerlukan bahu dan pinggul untuk bekerja bersama)

? Salah satu bentuk latihan kekuatan+pergerakan yang terbaik. Ia membina kekuatan lateral iaitu keupayaan untuk memindahkan kekuatan dari bahagian bawah badan ke atas. Boleh dilakukan dengan menggerakkan anggota secara silang (tangan kanan-kaki kiri) atau gerakkan anggota pada sisi yang sama (ipsilateral), merangkak dengan menggunakan kekuatan tangan & lutut atau kekuatan lengan & kaki (seperti latihan military)

IKLAN

? Merangsang perkembangan gerakan refleksif (gerak balas semulajadi) iaitu keupayaan untuk bertindak cepat menggunakan kekuatan atau kestabilan. Contohnya jika seseorang membaling bola ke arah muka anda secara tiba², secara automatik tangan anda akan menepis bola tersebut. Orang yang kakinya tersadung sesuatu & berjaya berdiri tegak tanpa terjatuh menunjukkan perkembangan pergerakan refleksifnya (serta keseimbangan) yang sangat baik.

Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak, Banyak Kelebihannya, Bonding Pun Kuat!

? Mengaktifkan perkembangan corpus callosum, iaitu bahagian dalam otak yang menghubungkan otak kanan & kiri. Ia membolehkan otak kanan & kiri berhubung & berkomunikasi – supaya kedua² belah kiri & kanan badan dapat berfungsi & bekerja bersama². Bukan sahaja merangkak, apabila anda membuat gerakan senaman/tarian baru, corpus callosum juga akan membina “hubungan” baru seterusnya memberikan manfaat kognitif yang amat signifikan.

IKLAN

? Meningkatkan self awereness dan dapat melihat dari perspektif yang berbeza. Lebih bagus sekiranya lakukan aktiviti merangkak bukan setakat ke hadapan tapi secara mengundur ke belakang, dan juga merangkak menghala ke sisi (kiri  kanan).

? Berperanan sebagai butang “Reset” bagi sistem saraf pusat. Merangkak merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan & meningkatkan respon terhadap stres – membolehkan anda pulih dari stres dengan lebih cepat! So mak² yang tengah stres tu, jom join anak buat aktiviti merangkak untuk hilangkan stres & release tensen~ ?

Kredit: Yatime Eimra

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI