Mama dan papa mesti suka bermain/agah bayi kesayangan anda bukan? Hentikan kebiasan ini sebaliknya mulalah mengatur rutin tidur anak ketika masih dalam pantang lagi. Jika tidak nanti akan bermata ‘pandalah’ mama dan papa bila si kecil suka berjaga malam.

Bayangkan baru sahaja nak lelapkan mata, anak bangun dan ajak main. Masa ini nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa sudah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa juga layan hingga anak tidur semula.

Mama & Papa Elak Bermain/Agah Bayi Bawah 3 Bulan

Mama & Papa Elak Bermain/Agah Bayi Bawah 3 Bulan, Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang

Bila sudah macam ini, bangun pagi nak pergi kerja pun sudah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.

Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.

Ads

Jangan bermain atau agah keterlaluan dengan bayi umur tiga bulan. Bayi bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.

Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata? Segar bugar mata dia. Sebelum itu dia tidur lena.

Selalunya, kita fikir marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram nak tengok anak gelak-gelak mengekek, sengih-sengih. Walaupun umurnya baru 10 hari ketika itu. Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak.

Sampai lepas pantang itu sudah jadi rutin. Maka bermata panda mama dan papa. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.

Ads

Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang

Mama & Papa Elak Bermain/Agah Bayi Bawah 3 Bulan, Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang

Apa yang boleh dilakukan oleh mama dan papa ialah, malam-malam tak perlu layan anak beria. Selepas disusukan, ditukarkan lampin, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi anak tidur semula. Bilik mesti dengan suasana sedia untuk tidur.

Memang mudah sahaja tip ini tapi impaknya sangat besar. Mama dan papa memang kena sabar. Siapa tak suka tengok bayi comel sengih-sengih nampak gusi tapi kena sabar. Tunggu dia besar sikit.

Jika bayi terjaga pagi sangat dan mama nak beri pada papa pesan juga pada papa jangan agah lebih-lebih. Penting sangat! Nanti anak sudah mula akal asyik nak main, papa berdengkur, berlingkar mama pula bersengkang mata.

Ads

Sumber: Noraida Mansor via Hanifah Hasan

Artikel berkaitan: Bayi & Kanak-kanak Tidur Lebih Lama Pada Siang Hari, Ketahui Sebabnya, Penting Kalau Nak Anak Bijak

Rancang Jantina Bayi Perempuan, Cikgu Kimia Kongsi Tip, Ikut Logik Sains Selain Doa

Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah & Berkhasiat, Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI