Kita sebagai ibu bapa sememangnya mempunyai kuasa sepenuhnya pada anak-anak kita. Namun bukan kesemua kehendak kita mesti dipenuhi kerana anak-anak kecil kita juga punya kemahuannya sendiri.

Adakalanya kita perlu mendengar apa kehendak dan keinginan mereka. Jadi mama papa janganlah pentingkan diri sendiri dalam semua hal. Ada banyak kesannya pada perkembangan anak-anak kita. Sesekali dengarkan apa kata anak kita.

Ada beberapa perkara yang selalunya mama papa lakukan tanpa sedar. Perkongsian Mohd Fhais ini banyak benarnya. Mama papa kena elakkan lakukan 5 perkara ya.


Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri !

5 perkara ni kalau mak ayah buat kat rumah boleh beri kesan buruk jangka panjang pada anak-anak. Jangan buat 5 perkara ni ;

  1. Tak Tahu Apa Anak Nak

– Ikut cakap mak ayah, jangan degil !
Kalau cakap macam ni memang anak tak mahu ikut punya.

– Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep “tarik lepas tarik lepas”.

– Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.

2 : Tak Peduli Apa Anak Nak

IKLAN

– Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti.

– Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti.

– Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.

3 : Pandangan Anak Tak Penting

– Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna.

IKLAN

– Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada.

– Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah “Lead & Guide” sahaja agar tak sesat.

4 : Dambakan Pujian dari Orang Luar

– Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi “sempurna” di mata orang dewasa.

– Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian.

IKLAN

– Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan “gagal” di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.

5 : Tak Tunjuk Teladan Baik

– Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit.

– Anak adalah juara “Copy & Paste” tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat.

– Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.

Ingat ye, Jangan buat !

Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.

Kredit: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI