Mama dan papa tidak boleh mudah perkembangan mental dan fizikal bayi. Sebenarnya 12 bulan pertama ialah waktu kritikal untuk bayi. Kepekaan ibu bapa mampu mengesan sekiranya ada sesuatu yang tidak normal pada perkembangan mereka.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

12 bulan pertama perkembangan bayi  anda adalah salah satu daripada tempoh paling dinamik dan menarik. Perubahan yang berlaku adalah besar dan kuat. Walau bagaimanapun, setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang tersendiri. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti tahap perkembangan bayi anda supaya anda boleh menggalakkannya/ merangsang serta membantu apa yang perlu untuk perkembangannya. Setiap peringkat perkembangan bayi terdapat dua perkara yang harus diberi perhatian iaitu tumbesaran fizikal dan mental.

Bagi tumbesaran mental, bayi anda perlu disokong dan digalakkan untuk meningkatkan keupayaan mental. Bayi baru lahir sangat bergantung kepada individu yang berada di sekelilingnya. Orang di sekelilingnyalah yang akan memenuhi setiap keperluannya.

Kemampuan untuk berinteraksi dan mempengaruhi lingkungan sekitarnya ini diperoleh dari suatu proses perkembangan. Proses perkembangan dan perubahan pada bayi yang baru lahir ini terjadi dalam beberapa tahap mengikut pertambahan usianya setiap bulan.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

SATU BULAN

  • Bayi baru lahir sangat bergantung kepada individu yang berada di sekelilingnya.
  • Orang sekelilingnya akan memenuhi setiap keperluannya.
  • Memberi tindak balas kepada suara anda dengan mengerakkan badannya.
  • Sangat suka apabila mendengar suara ibunya berbanding orang lain kerana itulah suara yang didengarinya sejak di dalam rahim lagi.
  • Kerap tidur dan terjaga apabila mendengar bunyi yang kuat.
  • Boleh mengenali suara dan bau anda.

DUA BULAN

IKLAN
  • Mula tersenyum apabila anda bercakap dengannya.
  • Mengeluarkan bunyi suara kecil dalam tindak balas.
  • Tersenyum menjadi kebiasaan pada tahap usia ini.
  • Mula menunjukkan minat pada persekitarannya dengan mencari punca bunyi.
  • Melihat objek yang ada di persekitarannya terutama objek berwarna merah dan hitam.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

TIGA BULAN

  • Bayi anda mula menyedari anggota badannya.
  • Sering melihat jarinya dan mengerakkan jarinya sendiri.
  • Kaki mula aktif menendang dan menolak objek dihadapannya.
  • Bertindak balas dengan senyuman atau mengerakkan badannya apabila mendengar bunyi.
  • Mula membuat bunyi-bunyian seperti bercakap.

EMPAT BULAN

  • Memahami apa yang anda cakapkan kepadanya.
  • Rasa ingin tahu menjadi perkara utama pada usia ini
  • Mula mengenali objek permainan kegemarannya.
  • Mula memahami rutin harian seperti melakukan penyusuan dalam tempoh tertentu.
  • Boleh memberikan ekspresi ketawa kepada orang yang melihatnya.
  • Dapat membezakan ekspresi wajah individu yang berada di hadapannya walaupun belum boleh mengenalinya.
  • Mengetahui bahawa menangis boleh mendapat perhatian.

LIMA BULAN

  • Mulai boleh menikmati permainan mudah seperti bermain air di dalam bilik mandi.
  • Suka melihat dirinya dalam cermin. Boleh memegang botol susu sendiri.
  • Kebolehan untuk berinteraksi dengan anda meningkat setiap hari.
  • Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru.
  • Mempunyai ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik.
  • Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda.
  • Mengikuti dengan gerakan mata terhadap orang yang sedang lalu-lalang di hadapannya.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

IKLAN

ENAM BULAN

  • Perkembangan ikatan emosi semakin meningkat.
  • Si manja sudah dapat memilih untuk berhubung dengan seseorang yang lebih disenanginya.
  • Merasai perasaan bimbang apabila berpisah iaitu berasa cemas apabila individu yang dekat dengannya tidak ada.
  • Apabila mendengar bunyi suara yang berintonasi ceria, bayi akan menunjukkan rasa gembira, dan apabila anda bersuara garang, bayi akan sedih dan boleh menangis.
  • Selalu senyum bila bermain dan berinteraksi dengan anda.

TUJUH BULAN

  • Bayi sudah mula boleh ‘berbual dengan anda’ dan mungkin akan memulakan ‘perbualan’.
  • Bayi sudah mengetahui namanya.
  • Cuba untuk menyuapkan makanan sendiri.
  • Akan meniru perkara-perkara mudah yang anda lakukan.
  • Mula menunjukkan beberapa perasaan seperti takut dan suka kepada sesuatu makanan dan objek.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

LAPAN BULAN

  • Emosi bayi anda adalah semakin jelas, contohnya, memberi ciuman kepada orang yang dikenalinya. Mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan.
  • Bayi anda akan mula menunjukkan reaksi bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya ketika dia penat atau meragam.
  • Penglihatan bayi kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan melihat sesuatu objek.
  • Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek kegemarannya.
  • Dapat memanggil nama ringkas antaranya ‘mama’, ‘umi’, ‘papa’ dan ‘baba’
  • Ada bayi yang sudah mula merangkak dan duduk pada usia ini.

SEMBILAN BULAN

IKLAN
  • Mula memahami perkataan-perkataan yang mudah seperti “tidak” dan menunjukkan tanda-tanda kesungguhan, seperti bergerak ke arah perkara-perkara yang di luar kemampuannya.
  • Senyum dan ketawa apabila melihat anda.
  • Membuat pelbagai bunyi dengan anda, seolah-olah berbual-bual dengan anda.
  • Mulai rasa bimbang dengan perpisahan.
  • Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah OK.
  • Anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah “ma” dan “da.”
  • Bertindak balas kepada namanya dengan memandang  sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

SEPULUH BULAN

  • Memahami ayat mudah, soalan dan pertanyaan, sebagai contoh, “Berikan buku itu kepada mama, ‘Dapatkan bola adik’, ‘Di mana anak patung adik?
  • Belajar perkataan dan isyarat tertentu seperti mengatakan ‘tidak’ dan melambaikan tangan untuk isyarat ‘selamat tinggal’.
  • Dapat mencari objek yang tersembunyi. Contohnya, lego yang disorokkan bawah bantal.
  • Dapat memadankan bentuk,
  • contohnya, meletakkan objek silinder dalam lubang yang hampir sama di dalam bekas.
  • Cuba menarik perhatian orang dewasa.

SEBELAS BULAN

  • Suka bermain dan sangat aktif.
  • Boleh bercakap dengan satu perkataan yang mudah difahami.
  • Dia juga boleh menunjukkan kepada anda perkara-perkara dalam buku.
  • Menunjukkan minat kepada buku-buku berilustrasi menarik.
  • Suka melakukan peniruan yang dilihat di persekitarannya.
  • Mula melangkah dan bertatih. Ada sesetengahnya sudah boleh berjalan.

Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!

DUA BELAS BULAN

  • Menunjukkan minat terhadap buku-buku kegemaran yang mengandungi banyak gambar,
  • Boleh memahami soalan yang mudah dan menggelengkan kepala untuk mengatakan ‘tidak’.
  • Mula nampak seperti anti-sosial kerana akan menangis apabila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan orang yang tidak dikenalinya.
  • Mengeluarkan atau menghasilkan bunyi perkataan seperti “ma,” “ba,” “na,” “da,” dan “ga?” Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI