Tak sampai seminggu lagi untuk sambut hari raya, apa perasaan anda sebagai ibu bapa yang ada anak kecil tetapi terpaksa berjauhan? Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh bersabar tetapi bagaimana emosi anak yang memerlukan ibu bapanya bersama-sama pada hari kebesaran umat Islam seluruh dunia.
Bagi individu yang tidak berada dalam situasi ini, mungkin tak rasa terkesan tetapi bayangkan ibu bapa yang anaknya masih bersekolah rendah tak dapat bersama untuk berhari raya.
“Mungkin raya ni tak boleh bersama..”
Seperti perkongsian seorang bapa Mohd Fairul di Facebooknya, disebabkan jarak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua anak yang bersekolah di kampung halaman terpaksa menyambut hari raya dengan sanak saudara saja tanpa kehadirannya dan isteri serta tiga adik mereka yang lain.
Sewaktu menerima nota luahan hati anak sulungnya berusia 10 tahun ia benar-benar buat saya dan isteri tersentak seketika.
“Mama papa mungkin raya tahun ini tidak boleh bersama. Dan hari ini Balqis terkeluar air mata. Balqis rindu mama papa. Balqis lukis gambar ni untuk mama tahu apa yang Balqis suka pakai. Papa pun kena tahu.
Ads
Balqis tak tahu la Balqis kuat ke tak untuk raya tahun ini. Mama papa ok kan kat sana. Balqis pun fikir juga kawan-kawan Balqis dekat sana. Balqis nak mama papa balik..jadi Balqis boleh duduk dalam bilik.”
Difahamkan, Mohd Fairul pernah mengemukakan permohonan untuk rentas negeri namun pihak terbabit tidak membenarkan. Akur dengan undang-undang, dia terpaksa reda sehinggalah dapat nota dari anak sulungnya.
Sekolah sementara di kampung atas faktor keselamatan
Ads
Sebelum ini, Mohd Fairul menjelaskan anak sulung dan kedua tinggal bersama tetapi pada awal tahun baru-baru ini, dia dan isteri ambil keputusan untuk sekolahkan anaknya di kampung.
“Kami hantar sekolah sementara di kampung sebab masa tu memikirkan keselamatan anak memandangkan di Selangor kes Covid masih tinggi. Lagipun saya dah jangka bila sekolah buka akan berlaku penyebaran jangkitan dalam kalangan budak sekolah.
“Akhirnya memang betul. Sekolah lama anak di kawasan Hulu Langat ni antara terawal yang berlaku kes jangkitan Covid apabila sekolah di buka,” katanya.
Tambahnya lagi, sebelum ini, dia dan isteri serta tiga anak yang lain sempatlah berjumpa sekali dengan dua anak ketika cuti sekolah lepas. Itu pun setelah pihak polis menerima dengan budi bicara dan belum dilaksanakan lagi PKP.
Ads
Harap ada peluang kakak dan adik beraya bersama
Harapan kami jika ada peluang dapatlah kami beraya bersama kerana sekarang SOP merentas negeri atau daerah hanya benarkan pasangan berjauhan tapi tidak ibu dan ayah yang berjauhan dengan anak kecil.
Moga adalah sinar untuk Balqis Batrisya dan Zahra Sofea untuk bersama papa mamanya menyambut raya. Anak kecil dia suka memendam tetapi sekali dia tak tahan, kita pun boleh menitik air mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi pilu. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian menyayat hati apabila seorang murid Darjah 4 ditemui tidak bernyawa di sebuah sekolah di Senawang, tengah hari semalam.
Peristiwa ini bukan sekadar meruntun hati setiap ibu bapa. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan pihaknya menerima laporan sekitar jam 1.19 tengah hari, sebelum pasukan polis bergegas ke lokasi.
Menurut siasatan awal, murid terbabit dikatakan keluar dari kelas sekitar jam 12.10 tengah hari, sebelum ditemui tidak sedarkan diri di kawasan sekolah. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
Datuk Alzafny turut memaklumkan bahawa pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca dan kronologi kejadian dalam masa terdekat.
Ibu Bapa Makin Bimbang
Tragedi sebegini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada ibu bapa seluruh negara. Sebagai ibu bapa, perasaan bimbang itu nyata tidak dapat dielakkan. Setiap pagi anak dihantar dengan penuh doa agar mereka selamat, namun apabila tragedi pastinya membimbangkan ibu ayah.
Foto: Sumber Harian Metro
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan sepenuh ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pada masa sama, KPM komited memastikan kebajikan guru serta murid di sekolah terbabit terjaga.
“Mulai esok, pasukan kaunselor negeri bersama Kementerian Kesihatan akan turun padang untuk memberikan intervensi psikososial dan sokongan emosi,” jelasnya ketika ditemui di Seremban.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar tidak panik atau bimbang untuk menghantar anak ke sekolah, kerana sesi persekolahan tetap diteruskan seperti biasa.
Hormati Privasi Keluarga Mangsa & Punca Kematian Dalam Siasatan
Dalam masa yang sama, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, sebaliknya menghormati privasi keluarga mangsa yang sedang berduka.
“Kementerian merakamkan ucapan takziah dan memberikan sepenuh sokongan kepada keluarga mangsa, khususnya dari segi emosi dan psikososial,” tambah Fadhlina.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai.
Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan anak-anak. Tidak mewah tetapi penuh kenangan.
Dalam perkongsian milik pengguna TikTok anakjatangmak, beliau memuat naik momen bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah untuk sama-sama menikmati juadah berbuka memandangkan belum lagi tamat waktu bertugas.
Menurut Mohd Khoril, beliau tidak menyangka keluarganya akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama. Ternyata video pendek itu cukup meninggalkan kesan di hati ramai.
Malah warganet turut berkongsi rasa terharu dan bahagia melihat situasi yang cukup indah ini, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Video yang tular itu juga turut menarik perhatian ramai pempengaruh yang turut sama meninggalkan pelbagai komen diruangan komen.
Dikhuatiri penularan COVID-19 akan memasuki gelombang ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah bersiap sedia dengan mewujudkan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Adham Baba melihat persiapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS semalam.
Ia adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit COVID-19.
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 ini bakal memuatkan 600 katil keseluruhannya. Ia bertujuan menempatkan pesakit-pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Pada masa ini, bilangan katil sedia ada ialah sebanyak 5,292 iaitu 3,400 buah katil di hospital-hospital COVID-19 dan 1,892 buah katil di Institut Latihan KKM di seluruh negara.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.