Mama papa pastinya makin berdebar menunggu hari untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika. Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan-rakan yang tak dikenali, menangis, nak buang air dan sebagainya. Semua ini makin membuatkan mama tak tidur malam.

Jika ini jadi kebimbangan siang malam anda, cikgu Mohd Fadli Salleh, yang cukup dikenali dan suka melakukan kerja-kerja amal untuk anak muridnya ini kongsikan pesanan. Bukan pesanan baru, tapi boleh juga dijadikan ingatan kembali untuk mama papa yang baru pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Serap!


Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.

1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.

2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah, Cikgu Ni Berikan Pesanan, Jamin Anak Selamat!

IKLAN

3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.

4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.

5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah, Cikgu Ni Berikan Pesanan, Jamin Anak Selamat!

IKLAN

6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!

Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam! ?

Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.

7. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak biadab dan berlagak.

IKLAN

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah, Cikgu Ni Berikan Pesanan, Jamin Anak Selamat!

Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.

8. Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.

Okey, cukup dulu 8 point malam ini. Lain kali aku share lagi. Babai.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI