Masih belum puas bermanja, tapi Allah dah ambil kedua-dua insan tersayang buat lima beradik ini. Bukan mudah nak menerima hakikat tersebut tetapi hidup perlu diteruskan. Pesanan arwah Zuriana Hasan, 35 pada anak sulungnya Nur Afni Nirwani Khairizul, 16 benar-benar meruntun hati.

“Jika mama dan papa tiada nanti, kakak yang bertanggungjawab jaga adik-adik, pastikan semua kena pergi sekolah dan jangan ponteng.”

Zuriana menghembuskan nafas terakhir pada 1 pagi (5 April) selepas dua bulan bertarung nyawa apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, Khairizul Mohamad Noor, 38.

Mama Pesan Jaga Adik-Adik. 5 Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Dilanggar pemandu mabuk

Dalam kejadian 9 Februari lalu, Khairizul meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai.

Kini, Nur Afni Nirwani serta adik-adiknya, Nur Istana Nadira,14; Nur Erna Nabila,12; Nur Qurratul Ain,7; dan Muhammad Khairi Zafran, 2, bergelar yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka.

Mama Pesan Jaga Adik-Adik. 5 Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Ads

Nur Afni Nirwani berkata, beberapa hari lalu dia merasakan keadaan ibunya bertambah baik apabila mampu menggerakkan jari dan membuka mata.

“Saya panggil mama dan mama buka matanya sambil menggerakkan jarinya yang saya fikir mama akan kembali pulih, tetapi semalam mama sudah tidak sedarkan diri ketika saya pergi melawatnya.

“Tidak lama kemudian, kami mendapat panggilan memaklumkan mama sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Mama Pesan Jaga Adik-Adik. 5 Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Ibu pesan jangan berpisah adik beradik

Ads

Katanya, sebelum kemalangan berlaku hingga mengorbankan nyawa ibu bapanya, dia sering mendapat pesanan supaya menjaga adik-beradik dan tidak sesekali berpisah walau apa cara sekalipun.

“Mama pesan jika dia dan papa tiada, saya kena tengokkan adik-adik dan jangan berpisah. Banyak kali mama pesan dan beri nasihat yang saya akan laksanakannya.

“Pada masa sama, saya berharap orang yang melanggar mama dan papa hingga menyebabkan kematian mereka mendapat hukuman setimpal mengikut undang-undang,” katanya.

Mama Pesan Jaga Adik-Adik. 5 Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Ads

Tinggal dengan datuk

Katanya, dia bersama adik-adiknya kini tinggal bersama datuk, Hassan Ismail, 67, dan nenek, Asmalaili Mohd, 59.

Sementara itu, Hassan berkata, dia sering menasihati cucu-cucunya supaya reda dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Setiap hari terutamanya Qurratul Ain selalu tanya bila mama mereka akan balik, tetapi saya kata mama nak balik ikut papa, jadi semua kena kuat.

“Ini kerana, doktor sudah memaklumkan kepada saya bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk sembuh dan meminta kami sekeluarga bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

“Jadi selain berdoa, saya meminta cucu-cucu reda dengan ujian diberikan yang mana saya akan jaga mereka selagi kudrat masih ada,” katanya.

Sumber: Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI