“Mama Rindu, Kakak Pun Sedih.” Anak Syurga Mama Pergi Selepas Sejam Dilahirkan

Share

Besar dugaan ibu ini kerana selama 9 bulan bayi dalam kandungan bersama, hanya mampu peluk erat satu jam lebih sahaja, akhirnya Allah ambil untuk jadi penghuni syurga.

Sedih hanya Allah yang tahu tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya. Kisah pilu yang dikongsikan oleh Muniey Nurnasuha yang kehilangan anak keduanya akibat komplikasi jantung pergi dengan cukup mudah seolah-olah seperti sedang lena tidur.

Menurutnya, anak lelaki yang juga anak kedua menjadi penghuni syurga selepas selamat dilahirkan pada 6 November lalu. Ibu mana yang tak sedih tapi keredaan itu tetap perlu. Biarpun berpantang tanpa bayi, hati perlu kuat.

“Mama redha atas pemergian mu anak..”

“Mama hanya rindu, maafkan mama”

Bercerita lebih lanjut, Puan Muniey menjelaskan masa kandungan 5 bulan ketika buat detail scan, waktu tu doktor detect jantung berlubang. Selepas pemeriksaan terus rujuk pakar jantung di Hospital Serdang.

“Sejak itu saya sentiasa follow up dengan pakar sana. Setiap kali check up saya mengharap yang baby saya akan pulih tapi sebaliknya, doktor kesan benda lain pula. Injap bocor dan banyak masalah berkaitan jantung.

“Saya perlu kuat demi anak dalam kandungan. Sampailah usia baby 37 minggu, doktor pakar jelaskan yang baby kemungkinan akan meninggal dalam perut. Doktor nasihat supaya saya buat persediaan dari segi mental.

“Hari-hari saya berdoa agar Allah panjangkan usianya. Moga ada keajaiban untuknya. Sepanjang saya mengandungkannya dia sangat aktif, siang malam main dalam perut dan Allah nak bagi lebih masa saya bersama dia sehingga 40 minggu 3 hari,” katanya.

Sementara itu, ketika proses kelahiran, memandikan dan pengebumian anak syurga ini, semuanya sangat mudah dan berjalan lancar.

Allah mudahkan perjalanan adik. 40w3d..6/11/21 (sabtu) pukul 8 pagi mama ada rasa sakit perut dan keluar darah. Dalam pukul 10 lebih baru pergi hospital.

Pukul 4 dah masuk labour room dan pecah air ketuban. Sebelum bersalin doktor terangkan lagi masalah baby dan doktor berharap bila lahir bayi akan menangis.

Pukul 6.19pm lahirlah Mohd Affan dan sempat saya dakap dia dan dengar sedikit tangisan dari dia. Waktu tu lega dan bersyukur sangat dapat dengar tangisannya.

Sebagai ibu saya terus berharap dia sihat dan panjang umur. Namun apakan daya jam 7.40pm doktor telah sahkan yang anak saya dah dijemput Allah.

7/11/21(Ahad) mama discaj sekali uruskan adik kat forensik. Masa tu mendung sangat, macam dah nak hujan sangat. Siap kebumi adik, terus hujan, hujan rahmat. Allah mudahkan urusan kita. Mama rindu anak mama.

Walaupun diuji dengan ujian berat, Muniey turut meluahkan rasa bersyukur kerana diberi pelepasan awal oleh pihak hospital untuk menguruskan jenazah bayinya.

Dia juga turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana memberinya peluang untuk menatap wajah serta memandikan jenazah bayinya. Dia juga turut meluahkan rasa rindu yang teramat but anaknya.

Bersyukur Allah mudahkan urusan mama, mama dapat discaj awal, dapat uruskan adik. Terima kasih pada pihak berkenaan dapat mama mandikan adik untuk kali pertama dan terakhir. Dan tatap wajah adik buat kali terakhir, mama redha sayang. Mama hanya rindu, sakitnya rindu mama ni.

Moga Puan Muniey sekeluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan atas ujian ini dan berharap Allah akan berikan rezeki lain selepas ini. Insya-Allah!

Kain yang menutup arwah adik menjadi peneman kakak

Difahamkan, Puan Muniey dan suami dalam fasa nak pulihkan semangat anak sulung berusia 3 tahun 8 bulan, sebab dia sangat memahami pemergian adiknya.

Kredit: Muniey Nurnasuha

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy