Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka. Beberapa hari selepas kelahiran, si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama-lamanya. Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis.
Perkongsian ibu ini menyentap sanubari sesiapa sahaja membacanya. Anak perempuan yang ditunggu-tunggu pergi ke alam abadi pada hari selepas 12 hari dilahirkan.
Setiap hari doa dikurniakan anak perempuan. Masa kandungan 6 bulan doktor kata “its girl” hati ibu seronok tak terkata. Sepanjang mengandung tiada alahan. Bagus Afina jaga mama. Cuma minggu 29 & 34 kena tahan wad, ada kontraksi lemah. Disuntik ubat matangkan paru-paru.
Afina kurang bergerak. Perut mama sendat, Afina dah 3.4kg. 2 kali kena indius tapi kena flush out ubat sebab hyper contraction tapi jalan tak buka. 2 kali mama kena cucuk ubat tahan sakit.
2 pagi turun tanda, 3 pagi masuk labour room. 3.14 pagi dah bersalin. Mudah sangat bersalinkan Afina, mama tak sakit lama pun.
12 hari Allah pinjamkan Afina, dia tak banyak ragam. Kuning pun tak kena. Mudah sungguh aturan Allah
12 Disember 2019 sepatutnya due date, tapi Afina dan tinggalkan kami semua. Beratnya ujian ini tak tertanggung rasa hati tapi mama reda. Mama tahu Afina baik-baik kat sana.
2 hari berturut-turut mama bawa Afina jumpa doktor. Tapi sebalik itu mama hilang Afina tanpa sebab. Hati tak keruan tengok jantung anak berhenti berdegup.
“Doakan mama kuat….”
Alhamdulillah mama semakin kuat dan reda dengan aturan Allah. Kalau Afina ada, dah sebulan dah dia…
42 hari rindu yang tak terluah dengan kata-kata.
Sumber: Amelia Rasmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI