Mama Tak Mampu Pegang Syahmi! Hampir 5 Bulan Koma, Air Mata Dan Sentuhan Pengubat Rindu

Share

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Detik pertama kali ibu ini berjumpa anaknya selepas hampir 5 bulan koma melahirkan anak pertama pada 18 November tahun lalu membuatkan ramai yang menitiskan air mata.

Kisah perjuangan Nur Fadilla melahirkan anaknya tahun lalu banyak dikongsi oleh kakak Fadilla apabila dia koma semasa proses bersalin secara pembedahan setelah jantungnya tiba-tiba terhenti dan oksigen tak sampai ke otak.

Sejak itu, anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Syahmi langsung tak sempat merasa susu ibunya dan pelukan dari seorang ibu.

Selama berada di ICU, keadaan Fadilla langsung tak berubah dan hanya mampu mengelipkan mata tanpa memberikan apa-apa respon. Lebih menyedihkan walaupun tak boleh cakap, Fadilla boleh kenal saudara terdekatnya dan setiap kali ada yang datang melawat hanya air mata sebagai caranya untuk berkomunikasi.

Perkongsian dari kakaknya Hasirah Nujiey mengenai keadaan Fadilla cukup mengambarkan kerinduan seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama 9 bulan apabila pertama kali bersua muka selepas sedar dari koma.

Sentuhan pertama ibu dan anak

Mama cuba angkat tangan untuk pegang dan peluk Syahmi

Syahmi turut menangis seolah faham itu mamanya

Air mata gembira 

Semoga sentuhan ini menguatkan semangat mama demi Syahmi

Sumber: Hasirah Nujiey

Published by
Wan Amy