Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia. Bimbang sebaik minum, air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi. Memang tak mampu!
Bimbang dengan situasi ini, ada yang sanggup menolak minum air gula. Bolehkah? Menurut perkongsian Dr Norintan Zainal Abidin, menolak minum air gula hanya akan mengundangkan risiko kepada diri dan bayi dalam kandungan. Jadi sebaiknya minum sahaja untuk kebaikan kedua-duanya.
Elak Minum Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko ‘lari’ dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti:
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Ads
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.
Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi.
Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Ads
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
Tip minum air gula
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Ads
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut. Mudah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Semasa mengandung, banyak pantang larang yang perlu dielakkan dan petua yang perlu dilakukan untuk memastikan kandungan sentiasa sihat.
Ini adalah 10 perkara penting yang mesti dilakukan semasa mengandung untuk memastikan kandungan sihat.
Folic Acid perlu diambil 2-3 bulan sebelum merancang untuk mengandung, supaya kandungan folic acid dalam badan ibu mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang dan otak bayi semasa awal kandungan.
2. Apabila disahkan mengandung, buat scan awal pada 8-12 minggu untuk sahkan tarikh dijangka bersalin. Scan pada waktu ini akan mengambil ukuran CRL (crown rump length) untuk mengira usia kandungan. Waktu ini adalah waktu terbaik dan paling tepat untuk tentukan tarikh dijangka bersalin.
3. Makan makanan berkhasiat dan jauhi makanan/perbuatan yang membahayakan kandungan seperti merokok/minum minuman beralkohol.
4. Buat antenatal checkup yang lengkap. Jangan buat ala kadar je. Jumpa doktor yang berpengalaman dalam bidang antenatal kerana bukan semua doktor berpengalaman dalam penjagaan antenatal.
5. Bila dah masuk trimester kedua, sebaiknya dapatkan supplement iron seperti Iberet Folic untuk menambah jumlah darah yang semakin diperlukan apabila kandungan semakin membesar.
6. Lakukan pemeriksaan darah, check gula, air kencing dan pemeriksaan tekanan darah secara berkala agar semua normal. Jika terdapat sebarang bacaan yang tidak normal, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
7. Pada 18-28 minggu, lakukan detail scan untuk memastikan tidak ada sebarang organ utama yang tidak normal, jika ada persediaan yang sesuai semasa bersalin perlu dilakukan.
8. Jaga berat badan semasa mengandung, pastikan kenaikan berat badan adalah sejajar dengan usia kandungan, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
9. Lakukan serial growth scan. Untuk memastikan baby dalam kandungan membesar sejajar dengan usia kandungan. Scan ini juga boleh memeriksa sama ada air ketuban cukup atau tidak, dan kedudukan uri dalam rahim, di atas atau di bawah.
10. Jangan lupa lakukan fetal kick chart. Cara paling mudah untuk memastikan kandungan sihat.
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun (OLIVIE), ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Pengalaman hamil anak pertama pastinya sedikit keliru dan tertanya-tanya bilakah tanda sebenar bakal melahirkan anak. Sakit perut mengeras bagaimana? Kontraksi macam mana dan bermacam-macam lagi pertanyaan.
Keluar tanda atau ‘show’
Tanda tu maknanya lendir likat bercampir darah yang kluar dari faraj. Kluar tanda bukan bermakna bayi akan kluar dalam beberapa minit lagi, mcm dalam drama Melayu tu. Kluar tanda ni mungkin amaran awal yg memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran.
Bukan nya confirm-confirm akan beranak kalau kluar tanda, ada yg kluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami pulak yg jadi bidan nanti.
Sakit contraction
Mengeras-ngeras atau contraction kadangkala biasa berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Contraction tanpa rasa sakit ini dinamakan Braxton Hicks. Ini belum lagi nak bersalin
Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.
Turun air ketuban
Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air ketuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada pehanya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain.
Kalau air turun masa tengah tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yang keluar sedikit sedikit dan tak mmbasahkan seluar dalam lazimnya bukan air ketuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja.
Sakit kontraksi yang semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air ketuban tersebut – juga adalah tanda-tanda nak bersalin.
Walaubagaimanapun lain orang lain pengalamannya. Ada yang turun tanda tapi tak keluar air mentuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar.
Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalin.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.