Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadan nanti, mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa.
Mana tidaknya, bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yang agak lama.
Malah, ibu-ibu yang melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dalam tempoh 2 tahun pertama.
Dalam keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yang rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yang hampir sebulan lamanya.
Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dapat diganti sehingga tiba bulan Ramadan seterusnya?
Pertama sekali perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.
Ads
Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.
Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.
Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Ads
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu cupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru.
Ads
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Pautan ini adalah kalkulator berapa jumlah yang perlu dibayar berdasarkan berapa hari yang ditinggalkan. https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) :
“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Sumber: FMT (Sumber asal dari pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/L9sSYl)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempoh berkurung yang panjang di seluruh dunia berikutan penularan pandemik Covid-19 bakal mengakibatkan tujuh juta kehamilan berlaku.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), pelbagai faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ini.
Kajian yang dilakukan mendapati akses perancangan keluarga atau menghadapi kehamilan yang tidak diduga disebabkan keganasan terhadap wanita dan amalan lain menyebabkan jumlah naik mendadak.
“Data ini menunjukkan kesan yang berlaku ketika tempoh Covid-19 ke atas wanita dan gadis di peringkat global,” jelas Pengarah Kanan UNFPA Dr Natalia Kanem.
Jumlah kehamilan yang tidak dirancang dijangka akan meningkat.
“Pandemik ini semakin berpanjangan, dan berjuta-juta wanita dan gadis kini berisiko kehilangan kemampuan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh dan kesihatan sendiri.”
Terdapat juga 31 juta kes tambahan keganasan berdasarkan gender dalam tempoh yang sama, dengan 15 juta lagi kes dijangka setiap tiga bulan sejak lockdown.
Pandemik ini juga telah mempengaruhi program Female Genital Muttilation (FGM) dan perkahwinan kanak-kanak.
Bila sudah jadi ibu bapa, bermacam-macam tanggungjawab yang perlu anda ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy. Tersilap langkah boleh membawa padah pada anak-anak.
Baru-baru ni, viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara-gara ibu bapa bawa stroller eskalator.
“Jangan bawa anak turun eskalator. Bahaya!”
Menurut netizen terbabit, kejadian yang berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC) ni terjadi sebab parents bawa anak dorang yang naik stroller ni turun eskalator. Entah macam mana, budak tu tergelincir pulak.
Yang jadi sakit hati, lif selalu penuhi dengan manusia ‘sihat’ yang tak mahu bagi ruang kat parents dengan stroller untuk menggunakannya.
“Obviously salah the parents. We all know know we cannot use escalator WITH stroller”
Bila dah jadi tragedi macam ni, mestilah ada geng makcik bawang dan netizen yang nak tuduh menuduh kononnya ibu bapa zaman sekarang memang tak reti jaga anak.
Walaupun tweet tersebut telah dipadam, netizen ni telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen lain sebab dia menuduh parents terbabit PEMALAS nak tunggu lif. Kalau parents tersebut tunggu, mungkin ada yang nak bagi ruang mereka masuk ke dalam.
“Dia belum pernah usung stroller kat mall la tu”
Rata-rata tak bersetuju dengan apa yang diluahkan netizen kat atas ni, ramai yang komen mengatakan netizen terbabit sebenarnya tak ada experience bawa stroller ke mall agaknya. Dia tak tahu betapa stress parents yang menghadapi situasi tersebut.
Apa-apapun, ini adalah peringatan terbaik buat parents kat luar sana supaya jangan ambil jalan mudah dengan guna eskalator bila bawa stroller. Bagi pengguna tegar lif pulak, tolonglah prihatin sikit kat mereka yang bawa anak dan guna kerusi roda. Kalau masih sihat, please naik eskalator ye.
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat.
Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatkan oleh pihak lebuh raya dalam keadaan tak bermaya di lokasi tempat kemalangan.
Lebih menyedihkan, arwah ibu bapa dua beradik ini ditemui telah meninggal dunia di tempat duduk hadapan.
Berikutan kisah tragis ini, seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat di mana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairunisa Azman pernah memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulungnya. Justeru, beliau yang mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah akan mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat arwah.
Dana Anak Yatim Khairunisa (DAYak)
Pada 10 Mei yang lalu, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman dan suaminya Herry Mohd Ali. Namun, kedua-dua anak lelaki mereka terselamat. Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari tayar kereta yang pecah lalu kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di bahagian tanah rizab tepi jalan. Kejadian tersebyt hanya disedari orang awam sekitar 10.40 pagi, pada keesokan harinya.
Selama hampir 12 jam kedua-dua anak yatim piatu itu berada dalam kegelapan, kesakitan, ketakutan, kelaparan dan dahaga tanpa bantuan. Kedua-dua anak itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.
Allahyarhamah Khairrunisa adalah pelajar Master di UTM dalam bidang kaunseling. Beliau juga pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Adalah menjadi hasrat kedua Allahyarham untuk anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah islam Hidayah. Ini kerana Allahyarhamah telah memohon kemasukan ke tahun 1 sesi 2021 untuk anak sulungnya.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif untuk meneruskan hasrat murni kedua-dua Allahyarham.Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan Hidayah, mereka memaklumkan bahawa kutipan Dana Anak Yatim Khairunisa dibuat untuk menampung belanja sara hidup dan perbelanjaan pelajaran kedua-dua anak yatim tersebut sehingga umur mereka mencecah 18 tahun.
Setakat dana tersebut dilancarkan, Yayasan Pendidikan Hidayah telah menerima sebanyak lebih daripada RM74 ribu. Kesemua dana yang terkumpul akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan dan akan melalui waris baru mereka iaitu ibu dan ayah kepada Almarhumah Khairunisa Binti Azman.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.