Takut nak berdiet semasa menyusu? Dilema  ini tidak dinafikan banyak dialami ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi. Tapi makin dibiarkan makin mencanak pula berat badan, apa solusinya? Ini pandangan pakar laktasi.

Ibu menyusu memang cepat lapar kerana setiap kali menyusu banyak kalori yang dibakar. Oleh itu, rasa lapar dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan dan minuman, kerana ibu bimbang penghasilan susu terjejas.

Mama Takut Nak Diet Masa Menyusu, Bimbang Susu Drop & Jadi Kurang Khasiat.  Pakar Laktasi Kongsi 3 Tips

BANYAK BERLAKU SELEPAS ANAK BERUSIA 6 BULAN KE ATAS

Masalah pertambahan berat badan ini lazimnya banyak dialami ibu-ibu yang menyusukan bayi dan bermula selepas bayi memulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan.

Berikut ialah luahan ibu bernama Ainun (bukan nama sebenar) mengenai pertambahan berat badannya;

Saya menyusukan anak yang kini berusia tujuh bulan. Sepanjang tempoh itu, selera makan saya menjadi-jadi. Ini menyebabkan berat badan saya semakin bertambah. Adakah ia normal Doktor atau disebabkan oleh sebab lain?

Menurut Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan dan Perunding Laktasi, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM, ibu yang menyusui bayinya secara ekslusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.

Secara purata, untuk menghasilkan 100 mil susu iBU, SEORANG ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori.

Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500 mil hingga 700 mil susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.

“Daripada kisah Puan Ainun, bayinya sekarang sudah berusia tujuh bulan. Saya menjangkakan Puan Ainun sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi puan daripada usia bayi puan enam bulan. Disamping itu dia juga  meneruskan penyusuan susu ibu,” kata Dr Zaharah.

IKLAN

SELEPAS MULA MAKANAN PELENGKAP, KEPERLUAN MEYUSU MULA BERKURANGAN

Mama Takut Nak Diet Masa Menyusu, Bimbang Susu Drop & Jadi Kurang Khasiat.  Pakar Laktasi Kongsi 3 Tips

Apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga berkurangan kerana permintaan yang kurang dari bayi.

TENAGA DIPERLUKAN BERKURANGAN TETAPI PEMAKANAN IBU MASIH SAMA JADI PUNCA

Justeru tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.

IKLAN

Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan ibu masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan ibu akan menjadi ketara.

PERSEPSI SALAH IBU MENYUSU MAKAN UNTUK DUA ORANG

Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya, beliau merasakan tidak mengapa makan lebih kerana beliau makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan puan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan.

Mama Takut Nak Diet Masa Menyusu, Bimbang Susu Drop & Jadi Kurang Khasiat.  Pakar Laktasi Kongsi 3 Tips

IA JUGA BOLEH DISEBABKAN OLEH GAYA PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG 

IKLAN

Pertambahan berat badan ibu menyusu boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.

3 TIPS IBU MENYUSU BOLEH LAKUKAN UNTUK ELAKKAN KENAIKAN BERAT BADAN 

#1 TAMBAH MAKANAN BERSERAT

Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau bergoreng.

#2 ATURKAN SENAMAN BERKALA SETIAP MINGGU

Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Anda digalakkan untuk bersenam untuk selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakuakan  sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

#3 BERIKAN SUSU IKUT KEHENDAKNYA SELAMA 2 TAHUN

Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika puan bekerja dan bayi tiada bersama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI