Semua bakal ibu punya impian untuk bersalin normal kerana proses penyembuhannya yang lebih pantas berbanding melalui pembedahan caeserian.

Pun begitu semuanya bergantung pada rezeki dan kondisi anak dan ibu ketika semakin hampir waktu bersalin.

Bagi ibu yang mensasarkan bersalin secara normal, anda boleh praktikan tip meneran ini supaya lebih lancer dan betul tekniknya ketika bersalin kelak.

Mama Target Bersalin Normal, Ini Tips Meneran Masa Bersalin!

Untuk menghadapi hari bersalin, para ibu perlulah ketahui tips meneran untuk bersalin secara normal. Antara tips yang boleh diikuti adalah :

* Angkatkan kepala sehingga dagu mencecah dada.

* Pandang ke arah perut.

* Pegang pergelangan kaki.

* Elakkan bersuara ketika meneran kerana ia boleh mengurangkan tenaga.

* Jangan sesekali angkat punggung kerana ia boleh menyebabkan dubur terluka.

* Teran apabila disuruh sahaja dan tahan apabila tidak perlu teran.

* Tanik nafas dalam-dalam dan teran seperti hendak membuang air besar.

Ads

* Pastikan anda tidak bernafas dengan kuat.

* Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh (jika boleh selama 10 saat)

* Ketika tiada kontraksi, rehat dan relaks.

* Bila berlaku kontraksi, curi nafas dan teruskan meneran.

* Bertenang dan ikuti arahan jururawat dan doktor sepanjang masa.

Mama Target Bersalin Normal, Ini Tips Meneran Masa Bersalin!

Postur Badan
Untuk mudahkan meneran, postur badan perlulah berada pada posisi yang betul. Caranya ialah dengan:

* Berbaring dengan keadaan kedua-dua belah kaki terbuka luas.

Ads

* Lipatkan kedua-dua kaki ke belakang sedikit.

* Tinggikan sedikit bahagian belakang.

* Cuba pegang pada tumit kaki atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.

Mama Target Bersalin Normal, Ini Tips Meneran Masa Bersalin!

Persediaan sebelum masuk dewan bersalin
Sebagai persediaan untuk masuk ke dewan bersalin, pastikan ibu mempersiapkan beberapa persiapan untuk diri:

* Ambil kurma untuk tenaga sebelum ke dewan bersalin.

* Ambil snek ringan untuk alas perut dan membekalkan tenaga sebelum masuk ke dewan bersalin.

Ads

* Dapatkan rehat secukupnya.

* Berjalan-jalan di sekitar wad jika perlu untuk tenangkan fikiran dan mempercepatkan proses bersalin.

Menarik:  Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN. Mudah!

Bantuan Awal Persekolahan 2025 BAP Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!

Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna, Fikir Dulu Sebelum Beli!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Mama Target Bersalin Normal, Ini Tips Meneran Masa Bersalin!

Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!

Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!

Daftar 📝 sekarang di 👇🏼 https://t.me/+NIya9FPOeAxkYmRl

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI