Selepas beberapa jam melahirkan anak, tubuh wanita kehilangan terlalu banyak tenaga. Rasa letih, lemah dan lesu. Semuanya terpaksa dibantu daripada A hingga Z.
Selepas pulang daripada hospital ada baiknya mama segarkan badan dengan mandi hingga bersih. Akan tetapi janganlah mandi biasa. Nak pastikan tubuh wanita lebih segar dan rasa bertenaga lain macam, mama kena lakukan mandian herba ini. Orang kata nak cantik luar dalam kenalah amalkan mandian ni setiap hari semasa berpantang. Wajib buat ni!
Suami wajib carikan rangkaian tumbuh-tumbuhan herba ni. Perkongsian daripada Juriah Halimatun Ahmad yang sudah punya anak sembilan ni wajib kita cuba. Bukan calang-calang ya.
Siapa yang sedang berpantang, baik cuba, jangan tak cuba!
Masa mula-mula bersalin anak sulung, mama fatim tak dapat idea lagi untuk mandi serom (mandi dengan daun-daun herba) untuk kesegaran badan.
Tapi tah macam mana, masa mengandungkan anak kedua, mama fatim terbaca kat dalam satu majalah, berkaitan hal-hal dalam berpantang dan salah satunya ialah mandi serom dan bertangas.
Mandi serom ni kan ibu-ibu, Ya Allah, masa masak daun-daun itu saja pun, dah keluar aroma wangi yang teramat-amat sungguh menenangkan. Haha!
Cuba bayang kan, bau sahaja pun dah cukup hebat, inikan pula bila mandi dengan air daun yang suam-suam tu. Confirm, boleh tertidur dalam bath tub atau besen mandi korang tu!
Mama fatim berani rekemen tau! Buat lah, walaupun bukan dalam berpantang, cuba lah buat juga mandi begini untuk kesegaran.
Iye lah, kita orang perempuan, balik kerja, dengan anak-anak lagi, kerja rumah lagi. Daripada fikiran serabut balik rumah, baiklah tenang-tenangkan diri sesekali kan. Kalau tak buat di rumah, pergilah spa yang menyediakan mandian macam ni
Nak cuba, ini bahan-bahan ramuannya.
Kalau nak bertangas, tambahkan asam keping, manjakani, daun sireh, pegaga. Untuk cepat baik luka insyaAllah.
Mana nak dapat daun-daun ni? Sebenarnya tak payahlah pakai semua pun kalau tak ada, pakai mana yang lebih senang la. Mama fatim dulu, tanam aje dalam pasu. Lengkuas dan pokok kantan pun mama fatim tanam dalam pasu.! Hehe.. Setakat nak guna daun aje kan.
Sesetengah daun tu boleh juga tanam di luar pagar. Macam serai, pokok sembong dan inai. Takkan buah cempedak je kat luar pagar kan..
Yang penting, awet pun iye juga tau! Yang ini memang betul-betul. Iye lah, kalau badan segar, muka pun mesti lah segar, nampak lah muda gituu.. Hehe.
Selamat mencuba!
Kredit: Juriah Halimatun Ahmad