Rezeki setiap orang tak sama. Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang. Ada direzekikan dengan anak ramai. Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak. Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu memberi kegembiraan pada ahli keluarga. Walau apa latar belakang sekalipun bersyukurlah!
Perkongsian dari Yunizam Yusop ini, pemuda di Sandakan yang secara sukarela mengusahakan perkhidmatan van jenazah ada cerita di sebaliknya.
Kali ini Yunizam berkongsi cerita sedih mengenai seorang suami yang kehilangan isteri selepas melahirkan bayi ketiganya tetapi tidak cukup duit untuk uruskan jenazah isteri.
Paling sedih, anak-anaknya juga belum memahami yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya dan bila ditanya ‘mama tidur’.
Tidak semua daripada kita mampu hidup dalam kemewahan dan serba lengkap seperti yang selalu dipertontonkan di ruang kaca televisyen. Malah, lebih malang lagi ada juga insan yang hidup dalam kedaifan sehingga untuk mengeluarkan kos bagi menguruskan jenazah keluarga sendiri juga tidak mampu.
Menyedari akan hakikat ini, seorang pemuda di Sandakan giat mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika menguruskan setiap jenazah, pastinya lelaki bernama Yunizam Yusop ini berdepan dengan banyak cerita sedih daripada insan yang dibantu olehnya termasuklah kisah yang satu ini.
Mana Mama?
Aku cuba bertanya pada anaknya, mana mana? Jawapan keluar dari mulut anak kecil itu, mama sedang tidur pak cik. Allahuakbar!
Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah indah, mewah di Sandakan.
Sebenarnya di sebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang dibina untuk dijadikan tempat berteduh.
Dari jauh nampak lambaian suami
Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.
Ads
Dia berseorangan melambai dari jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.
Kami bertanya mana yang lain? Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.
Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.
Berapa ba?
Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! Aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu. Untuk kamu apa jawabku.
Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan. Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah.
Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jenazah ni. Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.
Isteri meninggal selepas bersalin
Ads
Arwah ni meninggal sebab apa? Meninggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba.
Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.
Kenapa kau tidak bawa ke hospital saja? Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.
Mama tidur
Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anaknya yang kedua berusia 2 tahun.
Mana mamamu? Seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka, si kecil itu menjawab, mama tidur pak cik.
Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya.
Ads
Anak selamat, ibu pergi dulu
Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian, cubalah pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.
Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn
Susulan berita penahanan pengasuh yang ditahan polis setelah disyaki membunuh dan menyembunyikan arwah adik Adam Rayqal dalam peti sejuk, ramai rakan artis meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa buat arwah.
Antara rakan artis dan personaliti yang cukup terkesan dalam kejadian ini adalah Abby Abadi, Wardina Safiyyah, Datin Shahida dan Farahanim Razak. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan dapat membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu bila kehilangan anak dalam keadaan menyayat hati.
ALLAH Anak ni dilaporkan hilang.. konon pengasuh reka cerita kata ada lelaki yang menyamar bapanya datang ambil, pastu polis datang cek rumah pengasuhnya, jumpa mayat baby ni dalam peti ais?
Luluhnya hati baca berita-berita macam ni… dah tak mampu jaga anak orang, ambil upah jadi pengasuh untuk apa?
Masih tak terjangka apa sebenarnya yang berlaku… kalau difikirkan macam takde sebab dia sengaja nak bunuh baby tu.. mungkinkah tersedak susu? lepas tu pengasuh tu takut, dia sorok dulu? Atau memang pengasuh tu saiko? wallahuallam.. kita tunggu laporan dari siasatan polis
Yang terjadi telahpun terjadi. Takziah pada ibu bapa mangsa. Ambil pengajaran. Pesan Saya pada ibu bapa diluar sana yang memerlukan khidmat pengasuh, siasat dulu latar belakang pengasuh sebelum menyerahkan anak kita pada mereka. Kalau ada pilihan untuk jaga sendiri, jaga sendiri lebih baik. Dizaman yang serba mencabar ini, belajarlah kerja dari rumah.. bila terjadi perkara-perkara macam ni, menyesal pun dah tak berguna lagi.
Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida juga turut berasa sedih dengan apa yang berlaku pada arwah Adam.
Melalui perkongsiannya dia masih terkejut dengan apa yang berlaku dan cukup kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara yang dilakukan.
Semoga Ibu bapa bayi berkenaan tabah menghadapi ujian ini….saya tak dapat nak bayangkan kalau saya di tempat mereka..…
Manakala bagi Wardina Saffiyah pula, apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran bersama dan jangan jadikan perdebatan bila ibu bekerja dan tak bekerja.
Mungkin lain orang lain caranya tapi kita kena percaya setiap orang ada alasannya.
Bagi selebriti TV yang juga ibu kepada pasangan kembar, Farahanim Razak dia rasa mahu menangis bila mengetahui berita ini.
Farahanim juga turut mendoakan akan ada yang terbaik buat ibu bapa anak syurga Adam bagi mengubati kesedihan mereka.
Ya Allah I’m crying while writing this..Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui..Kau berikan lah kekuatan yg luar biasa buat ibu ayah anak syurga Adam..Kau berikan lah segala kebahagiaan di dalam hati hati mereka..
Kau kurniakan lah zuriat yang tak disangka buat ibu ayah anak syurga Adam bagi menggantikan segala kesedihan di dalam hati mereka..Kau berikankan lah rezeki yang berpanjangan buat mereka..Ya Allah terima lah doa ini..terima lah doa kami ini..
Gambar: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlalu bosan pun boleh jadi kreatif, kreatif memikirkan apa lagi yang boleh dibuat. Begitulah kisah adik ini yang tular dalam group Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini?. Ikuti perkongsian dari ibu Iqbal Hanim Rusdi tentang posting anaknya yang tular ini.
Alkisahnya, Diaorang tengok drama bougenvillea dekat tv3 tu laa 😂. Si adik ambik sendiri tali skipping buat tube, yang si kakak ambik sepit rambut buat SPO2 dan yang sorang lagi tambah pulak mesin jantung/tambah nyawa (ECG) 😂. Pastu adiknya buat macam yana dalam drama tu.
Yang terlantar jadi pesakit namanya Muhammad Zubair (6 Tahun) dan anak bongsu dari 4 adik beradik. Yang dalam gambar ni hasil kerjasama dengan 2 orang kakaknya.
Drama sangat anak-anak ni main. Kuat betul pengaruh tv. Tekejut umi menengok..Tiub tu diaorang guna tali skipping kedai 2 hengget.
Tu kat jari tu, klip rambut…Dalam bulatan gambar no.2 tu, mesin ECG ye tuan-tuan dan puan-puan 😂 Janji anak-anak bahagia..ikut deme laa 😁
Terkurung dalam rumah sendiri lebih 7 jam benar-benar memberi trauma buat ibu dan dua anaknya berusia 5 dan 2 tahun apabila terkunci dari dalam bilik air setelah tombol pintu tak boleh dibuka secara tiba-tiba.
Menurut Puan Safra Hussain, pada pagi kejadian, selesai memandikan anak-anak, ketika keluar dari bilik air untuk siapkan anak ke sekolah, tak tahu macam mana pintu tak boleh buka. Dah macam-macam cara cuba tapi tak berjaya. Sehinggalah suami pulang ke rumah kerana rasa tak sedap hati.
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat selepas terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.
Paling saya risaukan adalah anak, sampai biru kecut tangan kakinya. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dalam, saya cuba untuk tenangkan diri sebab saya jenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble. Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia.
Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa pula menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo dan dah lemah. Rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, saya basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu pukul berapa, rasa tak larat tapi bila fikirkan anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk juga tombol. Namun usaha itu tak berjaya juga.
Bila Mikayla cakap “Im cold” maknanya memang dia betul-betul sejuk. Ini kerana Mikayla kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” tandanya dah sejuk sangat lah tu. Luluh hati saya bila dia tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak tengok whatsapp dan tak jawab panggilan telefon. Pukul 4.30 petang dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.
Alhamdulillah, bila suami pulang dia yang selamatkan kami. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone ke mana sahaja.
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh terajang. Kebetulan, bilik air pula berada dalam bilik tidur kami.
Lagipun rumah yang kami duduki ni baru 3 bulan. Masih belum ada jiran di kiri dan kanan rumah. Tambah pula bunyi bising sebab banyak rumah tengah buat renovation. Lepas jadi kes ni, pihak pengurusan datang untuk check semua tombol.
Doakan moga anak-anak saya yang masih lagi trauma dan tidur pun asyik mengigau dapat pulih kembali semangatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.