Mama Tolong Periksa Tauhu Yang Anda Beli, Kilang Tauhu Yang Menjijikkan Di Cheras Diserbu DBKL

Share

Menjijikkan! Itulah yang dapat digambarkan apabila anda terlihat gambar-gambar kilang pemprosesan tauhu yang dimuatnaik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Gambar-gambar hasil serbuan tersebut menunjukkan keadaan kilang yang sangat kotor dan menjijikkan, lipas berkeliaran dan tandas serta dinding yang berdaki. Bagi ibu bapa lain, sila pastikan bahan makanan yang anda beli terjamin kebersihan dan juga mempunyai logo Halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jika anda masih ragu-ragu boleh terus ke website Jakim untuk memeriksa status halal sesuatu produk.


Barangan makanan yang bersih dan halal memang sangat penting terutama untuk anak-anak kecil yang mudah terdedah dengan sebarang penyakit.

Satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilakukan dan mendapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak mematuhi Standard Operating Procedur (SOP) yang betul.

Menurut kenyatan pihak DBKL di laman rasmi Facebook, lawatan tersebut yang dilakukan pada isnin lalu mendapati pekerja premis tersebut tidak memakai kasut penutup kepala semasa memproses makanan selain tandas yang berbau dan berdaki.


PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG PROSES TAUHU

Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean
No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:


Terdapat urungan lipas;
Lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam;
Tandas berbau dan berdaki;


Pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan; dan
Tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.


Sehubungan dengan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuatkuasa 16 Jun 2020.

Sumber: DBKL

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud