Buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi mama yang ingin memiliki berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan hasil yang cepat, amalkan buah naga sebelum makan. Buah naga merupakan antara buah-buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit. Oleh itu ia sangat selamat bagi anda yang menjalani program diet.
Buah naga mengandungi nutrien, antioksidan, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A, B, C dan E, dan beta karoten. Jumlah kandungan nutrisi yang terkandung dalam buah naga membuktikan bahawa buah ini juga mempunyai banyak manfaat seperti baik untuk pencernaan, menjaga kesihatan mata, mengatasi diabetes, mencegah dan mengatasi penyakit jantung.
Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga
Ya! Buah naga memang sangat membantu mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Melalui perkongsian Norafiza Mahmud dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang kudapan yang diamalkannya bersama seorang rakan semasa tempoh diet.
Ads
Hanya dalam tempoh 29 hari, sebanyak 11.5 kg berjaya diturunkan. Walau bagaimanapun ujar wanita ini lagi, ia tentunya memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi. Ujar wanita ini lagi, sebelum ini rakannya itu selalu mengalami sakit-sakit lutut dan kaki. Badan yang makin bertambah lemak dengan faktor usia yang makin bertambah menjadi pendorong untuk diri dia nekad untuk menurunkan berat badan.
Tak Sampai Sebulan ‘Inci’ Berkurang
Dikongsikan khasiat buah naga untuk menurunkan berat badan:
Melancarkan metabolisme
Sekiranya anda dalam proses diet, anda perlu menjaga sistem metabolisme dalam tubuh agar sesuai dengan program diet yang anda jalani. Agar program diet anda berkesan, sistem metabolisme anda juga mesti lebih cepat dan lebih baik. Pengambilan buah naga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh anda.
Meningkatkan sistem ketahanan badan
Kandungan vitamin C dalam buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ketika menjalani program diet. Penting untuk anda memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan baik ketika menjalani program diet agar matlamat untuk menurunkan berat badan berjaya mencapai sasaran.
Ads
Membakar lemak
Kandungan khasiat buah naga bukan sahaja baik untuk menambahkan nutrien ke dalam tubuh anda tetapi juga dapat membakar lemak dengan lebih berkesan.
Sebagai tambahan pemakanan
Semasa menjalani program diet, anda juga perlu mengambil nutrien tambahan untuk menyokong kejayaan diet anda. Buah naga amat sesuai dijadikan sebagai tambahan pemakanan dalam proses diet anda.
Ads
Penghadaman yang lancar
Bagi sebilangan mereka yang sedang menjalani diet, ada yang akan mengalami gangguan pencernaan seperti kesukaran membuang air besar atau cirit-birit. Oleh itu bagi mencegah dan mengatasi masalah ini agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar, anda boleh memakan buah naga secara berkala.
Buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik sebagai menu diet anda. Anda boleh berkarya dengan menu berasaskan buah naga seperti salad atau jus.
Sekarang ni macam-macam jenis virus ada. Anak pula mudah sangat jatuh sakit terutamanya yang kecil. Bial dijangkiti demam atau selesema, lambat pula nak baik. Sebab itulah, ibu semua sangat menitikberatkan soal kebersihan.
Kalau boleh, nakkan tahap kebersihan di rumah tip-top! Sebolehnya kalau ada sebarang produk pembersihan, pasti mahu dibeli. Kadang-kadang risau pula kalau ada bahan berbahaya dalam produk yang dibeli.
Sebenarnya ada petua lama yang boleh digunakan untuk hasilkan sendiri seburan yang boleh membersih dan mengharumkan rumah. petua berguna ini telah dikongsikan oleh Yatie Emra menerusi laman Facebook.
UPDATE SPRAY SERBAGUNA💖
Alang² baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.
🔴Semut🐜 ========= Sebelum ni ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya takde semut api jenis besar, so memang tak leh nak komen la. Ada semut api jenis kecil je & 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah² sikit, berduyun² masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah..
Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak tu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka & paras air pada botol spray. Lepas tu cuma tambah sabun & kayu manis je. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi..
🟠Hilangkan Manis Gula🍹 ===================== Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ni pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ni, insyaAllah takde semut hurung penutup botol kordial dah.
🟡Bersihkan Mainan🪀 ================== Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik, dll), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ni bertindak hapuskan kuman gak. Gunakan spray ni jer, takde bahan kimia & selamat untuk anak²😊
🟢Spray Fabrik/Langsir/Sofa🛋 ========================= Lepas memasak, boleh gunakan je spray serbaguna ni kat langsir/sofa untuk hilangkan bau²an tak best yang melekat. Kalau ada famili member yang tak sihat, bagus gak kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih/bunga lawang atau gabungan kedua²nya. Aroma dari herba² ni ada kesan terapeutik.. Tapi jangan lak guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan tu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok² lak.
🔵Spray Bahagian Dalam Kasut👟 ============================ Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh gak gunakan spray ni & biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman/kulat.
🟣Simpan Dalam Travel Bottle🧴 ======================== Ha, tip ni sebenarnya berguna sebelum PKP jer.. Hehe.. Yela, sekarang mane boleh keluar & makan² kat luar. Tapi saya kongsikan jugak, supaya orang² yang perlu bekerja masih boleh manfaatkan.. Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg untuk
1) Basuh sudu & garfu bila makan kat luar. Almaklum ler, saya hanya bawak sudu & garfu spare untuk anak jer. Mak bapak dia memang guna yg kat kedai jer. Tapi selalu sudu kat foodcourt ni tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna.. Guna spray ni mudah jer nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu/garfu tu.. Kemudian bilas sebelum guna. 😊
2) Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki/toilet memang kotor sangat..
3) Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam & seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ni pada tisu & lap seat. Jangan SPRAY secara DIRECT yer, supaya tak terpercik kotoran kat spray tu.. Biarkan kejap sebelum bilas. Saya pernah gunakan toilet di hospital & kebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat.. Nak tggu toilet lain, kemain ramai yang beratur.. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan.. Yela, tak tahu orang gi hospital tu sakit ape.. Nayer jer kang kot ade penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka² kat kulit yang kita tak perasan😅
💐VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY *****************************************
1 perkara yang saya suka tentang spray ni, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau/haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh gak beli yang murah kt shoppee/lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun.. Boleh gunakan bahan² dari dapur je.. Ni antara variasi haruman yang saya suka buat.
🌟KULIT LIMAU NIPIS/PURUT/KASTURI ================================= Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar & tahan lama.. Kalau mak² rasa moody² tu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis/purut ni sebab esen dalam limau ni boleh improve mood tau.. 😉
🍋KULIT LEMON =============== Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma & warna dah turun.. Bau segar & berfungsi membunuh kuman gak.
🍊KULIT OREN ============= Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ni lepas terendam seminggu++, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.. Hahah😅
🍀KAYU MANIS + KULIT OREN ========================= Antara haruman favourite saya ni sebab wangi.. Bau macam produk bakeri lak.. Hehe.. Tapi kulit oren tu perlu direndam sekurang² 2-3 hari untuk aromanya melarut.
🌳KAYU MANIS ============= Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ni akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau..
🌿CENGKIH/BUNGA LAWANG ======================== Saya jarang buat cengkih/bunga lawang ni sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu.. Tapi cengkih ni antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak² bila batuk/selesema..
Untuk buat spray serbaguna ni, macam biasa gak.. saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air & sabun pencuci pinggan sikit.
Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini:
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Orang kata kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak sangat pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh.
ORANG TUA-TUA JUGA SERING BERPESAN SUPAYA IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN LEBIH EKSTRA PENJAGAAN DIRI SEMASA BERPANTANG. DIKATAKAN LUKA PEMBEDAHAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK SEMBUH WALAUPUN LUKA LUARAN KELIHATAN SUDAH SEMBUH.
Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya. Mana tahu ia paling serasi dengan anda.
Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering.
Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amal makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.
Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh. Semasa pantang banyak makan sup ikan haruan. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.
Menurut doktor, amalan minum air gamat dan pati ikan haruan yang dipercayai oleh orang tua-tua boleh mempercepatkan luka hanya boleh diminum oleh ibu selepas tempoh sebulan dan ke atas lepas bersalin itu pun dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan sebarang risiko adhesion colic.
Adhesion colic ialah keadaan di mana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman.
Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tip ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.