Ibu mana yang sanggup melihat anaknya merasai keperitan dan kesakitan. Ibu rela menggantikan anaknya demi tidak mahu anak merasa sakit.
Pelakon, Emma Maembong berdepan detik ini dengan hati yang berat bila mana terpaksa melakukan ujian calitan atau swab test kepada anaknya, Shariq Gabriel, selepas dia sendiri disahkan positif Covid-19 bersama suaminya.
Menerusi instagram miliknya, Emma menyampai khabar duka itu kepada seluruh pengikutnya di instagram sambil berkongsi sebuah video ketika melakukan ujian itu.
” Saya tak ada apa-apa simptom tapi bila keluar result saya positif.
“So walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu if kita ada ke tak.
” Please take care and follow SOP. Happy Quarantine to me,” kongsi Emma ringkas.
Emma melakukan ujian itu di rumahnya sendiri dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh @kumpulan_megaklinik_zahran.
Apa yang menyentuh perasaan seluruh peminat Emma adalah sebuah video yang dikongsikan Emma menerusi instagram rasmi anaknya @shariqgabriel.
Ads
Sayunya hati bila mana melihat Emma menangis ketika Gabriel terpaksa melakukan ujian calitan itu. Sambil dipangku ibunya, Gabriel kelihatan cukup tenang malah langsung tidak menangis ketika melakukan ujian itu.
Pun begitu, hati ibu mana yang dapat menahannya. Emma menangis sepanjang ujian itu dilakukan pada anaknya sambil memegang anaknya kemas disamping turut memberikan kata-kata semangat buat Gabriel.
” Strong boy!
” Good boy lah dia. Dia tak menangis pun. Mama yang menangis beriya,” kata Emma menerusi perkongsian video itu.
Melalui ujian itu, Gabriel disahkan negatif dan keputusan itu cukup menggembirakan Emma dan seluruh peminatnya.
Ads
“Alhamdulillah my results were negative. Baba and mama said im a strong boy, and i didnt cry,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruang komen, seluruh peminat Emma mendoakan kesejahteraan Emma sekeluarga malah memuji Gabriel sebagai bayi yang kuat malah langsung tidak menangis ketika ujian calitan itu dilakukan.
“Kesiannya baby lagi dah kena swab tapi good boy sangat tak nangis pun”
“Kuatnya dia..kita tengok pun sedih”
Ads
“Strong boy. Aunty pun tak sekuat Shariq. Alhamdulillah, result negatif”
Semoga Emma terus kuat dan segera pulih secepat yang mungkin untuk kembali bersama Gabriel. Emma kini menjalani kuarantinnya hingga keadaan dirinya kembali pulih dari jangkitan virus itu.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Pada 11 November lalu, Emma selamat melahirkan bayi sulungnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @emma_meambongofficial & @shariqgabriel
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.
Menurut laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, Lahad Datu pagi 1 Disember.
Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.
“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.
“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya.
Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya yang agak serius.
Disaat saudara-saudara kita di negeri Pantai Timur ditimpa musibah banjir besar, kita turut diingatkan untuk bersedia lebih awal jika berlaku sebarang kemungkinan.
Pentingnya setiap individu untuk mengetahui beberapa langkah yang perlu diambil ketika berhadapan situasi banjir, terutamanya buat anda yang tidak biasa.
Berikut merupakan rangkuman komen yang ditulis oleh pelayar internet di hantaran sebuah page di laman Facebook, berdasarkan pengalaman mereka ketika berdepan situasi banjir.
1. Makanan dan minuman
Selain bekalan botol air bersih, anda perlu menyimpan stok makanan yang boleh dijadikan alas perut ketika darurat. Ciri-ciri makanan perlulah yang boleh bertahan lama, kering atau bertin. Antaranya:
Sardin
Biskut
Ikan pekasam
2. Barang elektronik
Pindahkan barangan elektronik ke tempat yang tinggi seperti loteng rumah. Sebelum itu, jangan lupa untuk balut tebal dengan plastik.
Namun, bagi anda yang mempunyai rakit di rumah, lakukan beberapa langkah seperti berikut untuk meminimakan kos kerosakan barangan elektrik selepas banjir:
Balut barang-barang elektronik dengan plastik terlebih dahulu.
Tambat rakit dengan tali untuk mengelakkan ia hanyut.
Pindahkan barang-barang elektronik di atasnya.
Tutup barang tersebut dengan plastik kanvas agar tidak terkena hujan.
Jika ada duit lebih, laburkan dengan membeli bot simpanan.
3. Binaan dan hiasan rumah
Idea ini untuk anda yang mempunyai rumah di atas tanah sendiri dan boleh dilakukan selepas banjir reda.
Buat rumah tinggikan sedikit.
Luaskan longkang tepi rumah dan berkeadaan bersih
Selain itu, jika kawasan rumah anda kerap dilanda banjir, dinasihatkan untuk mendekorasi rumah dengan sederhana dan mengutamakan peralatan yang diperbuat daripada besi.
Ingat, apabila sudah ada tanda akan berlaku banjir pastikan tingkap dan pintu rumah ditutup rapat-rapat agar haiwan berbisa tidak boleh masuk.
Gambar: Carryology
4. Dokumen dan peralatan penting
Sudah pasti terdapat beberapa dokumen penting yang perlu anda simpan, balut dan bawa bersama ke tempat perlindungan banjir. Pastikan dokumen-dokumen tersebut disimpan di dalam beg kecemasan yang kalis air.
Selain itu, anda juga dicadangkan untuk membawa beberapa peralatan bersama bagi memudahkan urusan seperti:
Pakaian mudah kering, tebal dan kalis air
Ubat-ubatan
Lampu suluh tahan lasak dan lilin
Powerbank yang dicas penuh (sediakan lebih) atau power station (jika ada)
Jaket keselamatan
Sleeping bag
Selimut
Bag kalis air
Barang berharga
Barangan keperluan anak kecil
Kit kecemasan
Buat anda yang mempunyai anak kecil, boleh simpan barang-barang penting mereka yang ringan di dalam kolam mainan. Apabila rumah masuk air, kolam mainan akan terapung.
5. Haiwan peliharaan
Jangan kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar. Hal ini kerana, banjir boleh menyebabkan mereka mati akibat terperangkap.
Jika dibenarkan oleh pihak berkuasa, bawa ia ke pusat pemindahan banjir. Makanan haiwan peliharaan juga jangan lupa untuk bawa bersama. Selain itu, segera cari cara untuk memindahkan haiwan kandang ke tempat yang tinggi dan selamat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenakan baju Melayu berwarna kelabu menegaskan bahawa kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Untuk makluman, Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Pada Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ pula memperuntukkan RM303. 8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan niat untuk menunjuk itu adalah penjelasan usahawan Anes Ayunie apabila membeli emas seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di TikTok baru-baru...