Ibu mana yang sanggup melihat anaknya merasai keperitan dan kesakitan. Ibu rela menggantikan anaknya demi tidak mahu anak merasa sakit.
Pelakon, Emma Maembong berdepan detik ini dengan hati yang berat bila mana terpaksa melakukan ujian calitan atau swab test kepada anaknya, Shariq Gabriel, selepas dia sendiri disahkan positif Covid-19 bersama suaminya.
Menerusi instagram miliknya, Emma menyampai khabar duka itu kepada seluruh pengikutnya di instagram sambil berkongsi sebuah video ketika melakukan ujian itu.
” Saya tak ada apa-apa simptom tapi bila keluar result saya positif.
“So walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu if kita ada ke tak.
” Please take care and follow SOP. Happy Quarantine to me,” kongsi Emma ringkas.
Emma melakukan ujian itu di rumahnya sendiri dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh @kumpulan_megaklinik_zahran.
Apa yang menyentuh perasaan seluruh peminat Emma adalah sebuah video yang dikongsikan Emma menerusi instagram rasmi anaknya @shariqgabriel.
Sayunya hati bila mana melihat Emma menangis ketika Gabriel terpaksa melakukan ujian calitan itu. Sambil dipangku ibunya, Gabriel kelihatan cukup tenang malah langsung tidak menangis ketika melakukan ujian itu.
Pun begitu, hati ibu mana yang dapat menahannya. Emma menangis sepanjang ujian itu dilakukan pada anaknya sambil memegang anaknya kemas disamping turut memberikan kata-kata semangat buat Gabriel.
” Strong boy!
” Good boy lah dia. Dia tak menangis pun. Mama yang menangis beriya,” kata Emma menerusi perkongsian video itu.
Melalui ujian itu, Gabriel disahkan negatif dan keputusan itu cukup menggembirakan Emma dan seluruh peminatnya.
“Alhamdulillah my results were negative. Baba and mama said im a strong boy, and i didnt cry,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruang komen, seluruh peminat Emma mendoakan kesejahteraan Emma sekeluarga malah memuji Gabriel sebagai bayi yang kuat malah langsung tidak menangis ketika ujian calitan itu dilakukan.
“Kesiannya baby lagi dah kena swab tapi good boy sangat tak nangis pun”
“Kuatnya dia..kita tengok pun sedih”
“Strong boy. Aunty pun tak sekuat Shariq. Alhamdulillah, result negatif”
Semoga Emma terus kuat dan segera pulih secepat yang mungkin untuk kembali bersama Gabriel. Emma kini menjalani kuarantinnya hingga keadaan dirinya kembali pulih dari jangkitan virus itu.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Pada 11 November lalu, Emma selamat melahirkan bayi sulungnya.
Artikel berkaitan: Cantiknya Nama Dia, Pilih Shariq Gabriel, Peminat Puji Nama Anak Emma Maembong
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @emma_meambongofficial & @shariqgabriel