Seperti mana yang telah disebut dalam Al Quran, kebaikan bersedekah itu besar pulangannya. Biarpun di luar sedar kita, percayalah Allah SWT sentiasa membalas setiap kebaikan yang kita lakukan. Yang penting, sentiasa ikhlaskan hati ketika membuatnya.
Seperti yang dikongsikan wanita ini, berkat amalan sedekah yang selalu dia lakukan, banyak ganjaran yang Allah SWT turunkan buatnya. Selain rezeki lebih murah sehingga mampu melunaskan hutang, doa isteri ini untuk melihat suaminya berubah juga dimakbulkan.
Salam Ramadhan semua. Hari ni aku nak share tentang Ajaibnya Sedekah Subuh.
Di Fb banyak yang dah share tentang amalan sedekah subuh ni. Aku tak pernah amal pun, tahun2 sebelum ni. Tapi bila aku join circle Cikgu Nora Yusof, ada daily task yang diajar, salah satunya adalah sedekah Subuh.
Memula aku buat sorang start awal tahun hari ni. Takda magik apa pun cumanya dah jadi habit baru, lepas solat subuh, aku akan cari tabung.
Aku pilih 1 nilai yang aku mampu untuk istiqamah buat setiap hari. Aku tak harapkan magik apa2 pun cuma berdoa dipanjangkan pahala ni untuk Abah, aruah mak aku, suami dan anak2 aku.
Pengakuan Lain: [“Semua Kutuk, Hina Kami.” Wanita Imbas Kembali Keadaan Waktu Dia Dan Suami Hidup Susah]
Rupanya, dalam tak sedar, aku dapat selesaikan 2 hutang tertunggak yang masing2 berjumlah 4 angka. Allah lorongkan cara yang mudah dan masalah dapat diselesaikan. Allah bagi rezeki dalam bentuk hati tenang dan minda waras untuk cari jalan keluar.
Kalau ikutkan rasional ekonomi aku ni macam mustahil nak selesaikan hutang tu dalam masa terdekat.
Tapi macam aku pernah kata, Allah nak bagi rezeki sekelip mata dia boleh bagi dan kalau nak tarik rezeki yang ada, sekelip mata juga kita akan hilang segala2nya. Aku percaya semua ni dari Allah.
Bila aku dah rasa keajaiban ni, aku panjangkan amalan ni kepada suami dan anak-anak aku. Tak dapat masuk duit kertas, duit syiling pun takpa. Asalkan istiqamah hari-hari.
Dan Ramadhan kali ni sangat istimewa, aku dapat keajaiban lagi. Sejak perkahwinan kedua aku ni, tak pernah sekali suami aku menjadi imam. Solat 5 waktu pun tak pernah. Sedih memang sedih tapi aku percaya hati manusia Allah yang pegang.
Salah satu doa aku, “Ya Allah ya Tuhanku, berilah taufik dan hidayah-Mu kepada suamiku untuk menjadi imamku dan memimpinku ke Jannah-Mu.” Allah Maha Pengasih, Dia makbulkan doa aku dalam bulan yang berkat ini, Allahu akbar.
Allah Maha Berkuasa, sekelip mata dia ubah hati keras suami aku yang bertahun-tahun aku hadap kerenahnya yang culas solat. Hati aku menjadi tenang setenangnya. Indah sungguh perasaan ini.
Last but not least, ada satu keajaiban yang aku rasa patut share dengan korang, dulu bila jadi single mum dengan anak-anak yang sedang membesar, komitmen jadi tinggi tetiba, struggling sangat, aku memang sentiasa ada perasaan “takut tidak cukup”.
Pengakuan Lain: [“Tak Layan Sebab Gelap.” Wanita Ini Kecil Hati Ibunya ‘Dingin’ Dengan Cucu Kerana Warna Kulit]
So aku jadi takut nak memberi sampaikan dengan anak-anak pun aku berkira. Risau tidak cukup makan. Aku letakkan diri aku dalam situasi tidak mampu memberi. Tapi sekarang, tidak lagi. Lagi aku rasa bulan ni banyak komitmen yang perlu dibayar, lagi banyak aku memberi.
Allah kurniakan perasaan “sentiasa cukup” dan tidak sayangkan dengan apa yang aku beri/ sedekah. Allahu akbar, indah sungguh perasaan ini.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa:
“Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)
Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.
Dan jangan biarkan ada satu pagipun yang berlalu tanpa bersedekah sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.
– Hamba Allah yang bahagia dalam kesederhanaan (Bukan nama sebenar) via IIUM CONFESSIONS
Sekiranya anda mempunyai cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, klik KONGSI CERITA