Kanak-kanak perempuan dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, beberapa hari lalu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kanak-kanak berkenaan yang berusia empat tahun yang hanya menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.
“Usaha mengesan waris Yaya juga giat dijalankan namun tidak banyak maklumat yang diperoleh memandangkan kanak-kanak itu ditemui sehelai sepinggang.
“Hasil semakan juga mendapati tiada sebarang laporan dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak perempuan sebaya Yaya sehingga hari ini,” katanya.
Katanya, pihak polis kemudiannya menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak JKM Selangor bagi tindakan lanjut.
“Yaya menangis apabila kita menghantarnya ke JKM kerana dia mahu terus dijaga pihak polis.
“Bagaimanapun, kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.
Sumber: Metro & Foto: Ihsan PDRM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Sebak Tengok Wawa Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim, Belanja Raya “Murah Rezeki”
Pasangan pelakon, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berbesar hati berkongsi rezeki raya buat anak-anak yatim terpilih.
Wawa dan Aeril membawa mereka semua ke kedai untuk membeli persiapan raya di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.
Anak-anak yatim ini kelihatan sangat gembira dalam video yang di kongsi oleh Wawa di laman Instagramnya.
Dalam keadaan yang serba kekurangan, anak-anak yatim ini sangat gembira di beri rezeki raya dengan baju-baju raya yang baru pilihan sendiri.
Baca artikel menarik:
“Masuk Boleh, Keluar Tak Boleh” Gelagat Isteri Fizo Omar Keluar Dari Kereta Sport Mencuit Hati!
Pernah Tipu Harga Sebenar Basikal, Rupanya Ratusan Ribu! Zamarul Akui Pernah Lupa Menghargai Isteri
“Ingat 4 Je, Rupanya 5” Isteri Fad Bocey Hamil Anak Ke-5
Kemurahan hati pasangan ini yang juga merupakan usahawan berjaya membuatkan ramai sebak dan terharu.
_azura_aziz’s profile picture
Thank you for being kind ….semoga dimurahkan rezeki untuk mengirim rezeki kepada yg memerlukan…their happy faces said it all… alhamdulillah ☺️
mizwa.seri.manjung’s profile picture
Tq wawa & aeril & abe buat sesuatu yg xsemua org dpt buat ❤️❤️❤️
hazimahwanchik’s profile picture
Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yg baik utk Wawa dan Aeril serta keluarga.
ikram__mahmood’s profile picture
Alhamdulillah terbaik n terima kasih kerana membantu anak2 asnaf 👍👍👍
18h8 likesReply
See translation
saturia16’s profile picture
Syukur Alhamdulillah…berbagi rezeki dgn anak2 yatim. Semoga wawa & family sentiasa dalam rahmat Allah…Aaminnn
ikansupit’s profile picture
Tahniah wawa ❤️❤️ ngn aeril
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Maaf, Mungkin Tak Bangun Lagi”. Nurse Sempat Call Sebelum Pergi Bersama Bayi
Pemergian seorang isteri akibat Covid-19 yang sedang hamil 7 bulan dan berkhidmat sebagai jururawat dianggap sebagai satu tamparan hebat buat suami, Muhammad Iqmall. Tambah sedih, dua insan yang disayanginya dijemput ilahi bersama.
Kini hanya doa yang mampu dikirimkan saat hati rasa rindu. Pemergian arwah Siti Aishah Zamri di Hospital Labuan bersama anak sulung ketika usia 28 minggu cukup dirasai seluruh ahli keluarga. Tambah lagi pemergiannya itu disebabkan mendapat jangkitan dari salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital.
ARTIKEL BERKAITAN [“Tunggu Di Syurga..” Seminggu Dirawat, Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid]
“Kami bangga dan reda..”
Menerusi laporan Harian Metro, adik kepada Siti Aishah memaklumkan bahawa mereka reda dengan ketentuan tersebut dan mengetahui yang kakaknya telah menjalankan tugas begitu mulia.
“Tugas kau mulia Cah, kau berkorban nyawa demi merawat pesakit dan kami bangga dengan kau.”
“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini apatah lagi arwah meninggal dunia bersama bayi sulung dalam kandungan,” kata Mohd Nur Amin.
Sempat minta maaf, halalkan makan minum sehari sebelum pergi
Berkongsi lanjut, Siti Aishah telah dimasukkan ke wad pada 26 Mei 2021 selepas mendapat jangkitan daripada pesakit. Kali terakhir mereka berhubung adalah pada 30 Mei 2021 menerusi aplikasi WhatsApp dengan memberikan kata-kata semangat buat kakaknya.
“Arwah beritahu masih demam, sakit kepala selain degupan jantungnya dan bayi dalam kandungan laju namun tidak alami sesak nafas.”
“Arwah kemudian hubungi ibu bapa untuk minta maaf selain mahu dihalalkan makan dan minum kerana merasakan tidak akan bangun lagi pada keesokkan hari.” jelasnya.
Berlaku pendarahan dalam perut
Menurut Amin lagi, abang iparnya telah menghubungi keluarga jam 12 tengahari pada 31 Mei memaklumkan isteri dimasukkan ke dalam ICU kerana ada pendarahan dalam perut namun bayi dalam keadaan baik.
Namun pada jam 11 pagi 1 Jun, abang ipar memberi khabar duka bahawa kakak dan anak dalam kandungan pergi menghadap Ilahi.
Seluruh keluarga berasa terkejut namun reda dengan ketentuan. Jenazah telah dikebumikan di Labuan memandangkan urusan membawa pulang ke Semenanjung tidak dapat dilakukan atas faktor semasa.
Kredit: Harian Metro
Mahu dapatkan keperluan bayi pada harga yang sangat berbaloi-baloi, klik sini
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awal Perkahwinan Mampu Beli Tilam & Barang Penting Je. Dah Senang, Jangan Lupa Isteri Yang Sanggup Bersusah Dulu
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja. Boleh dikatakan 80% pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh, baru bekerja dan sebagainya.
Bukan senang untuk membina hidup baru bersama pasangan. Namun bersyukurlah sekiranya anda dikurniakan dengan pasangan yang baik dan memahami. Mereka sanggup bersusah bersama anda, tidur beralaskan tilam biasa di dalam rumah yang kosong.
Itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah apabila anda dan pasangan sudah mampu dan senang suatu hari nanti. Pasti anda dan pasangan akan merindui saat-saat susah bersama, mungkin ada yang belum mampu mempunyai kereta dan hanya menaiki motorsikal dalam hujan untuk membeli barang dapur, ada yang hanya mampu makan nasi berlauk telur dan kicap tapi itulah yang paling manis dalam rumah tangga “Kesefahaman ,Tolak Ansur, Kejujuran, Kesetiaan, Penerimaan”.
Baca Selanjutnya:
Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik? Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya
Masa Baru Berkahwin
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Kumpul duit beli barang sikit-sikit
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Jangan Ingat Rezeki Tu Duit Je
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Makan Apa Ada, Masak Sendiri Di Rumah
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Rezeki Makin Bertambah
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Percayalah Allah
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Doa lah Selalu Supaya Keluarga Kau Murah Rezeki
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Elak Guna Pembiayaan Peribadi
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan Di Awal Perkahwinan Itulah Yang Jadi Kenangan Indah
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Kredit: AmirSyahir
Gambar sekadar hiasan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI