Cepat penat dan selalu rasa mengantuk adalah normal bagi wanita yang sedang melalui trimester awal kehamilan. Ia bukanlah disebabkan berat badan anda bertambah banyak dan anda menjadi semakin berat. Sebenarnya situasi ini dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku.

Kadang-kadang tu, bila di pejabat sampai terlelap. Punyalah letih dan mengantuk, bukan biasa-biasa. Tak dapat ditahan! Kalau di rumah, bolehlah juga berehat dan tidur sekejap. Untuk ibu hamil yang bekerja, terpaksa juga menahan kantuk. Seksa rasanya.

Artikel Menarik: [Rancang Sendiri Selalu ‘Tak Jalan’, Pasang IUCD Untuk Jarakkan Kehamilan]

Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.

Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk atau letih ini, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan:

Artikel Menarik: [6 Tahun Tunggu Nak Dapat Zuriat, Wanita Ini Kongsi Amalan Pemakanan Sihat Untuk Hamil]

  1. Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambilah peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.
  2. Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
  3. Banyak minum air. Apabila badan kekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.

Artikel Menarik: [Tak Sabar Nak Tahu Mengandung Ke Tak, Belum ‘Lewat’ Dah Buat UPT]

4. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.