Pada Ogos yang lalu Pelakon Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital kerana mempunyai batu karang dalam hempedu.
Pada Khamis yang lalu pula isteri kepada Datuk Fizz Fairuzz ini disahkan oleh suaminya bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang batu karang dalam hempedu selepas menderita sakit selama sebulan.
Pada posting berkenaan di Instagram, Fizz Fairuz melahirkan rasa syukur kerana pembedahan yang dijalankan telah selesai.
“Alhamdulillah… Dah selesai… Terima kasih atas doa semua,” tulis Fizz pada satu entri di Instagram miliknya.
Baca: Doakan Almy Sihat. Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu
Sementara itu di Instagram milik Almy Nadia yang dimuat naik pada 2 Oktober, dia berkongsi sekeping gambar suaminya dan menulis satu luahan hati terhadap Fizz Fairuz.
“Semalam pertama kali tengok dia sedih masa kami nak masuk bilik OT, nampak ja dia kuat ,tapi dalam hati dia hanya Allah ja tahu.
“Mana nak fikir wife sakit, mana nak fikir anak-anak lagi, mana nak fikir kerja lagi, makan minum diri sendiri terabai sebab wife sakit,” luah Almy.
Tambah Almy, suaminya itulah nyawanya dikala dia mengalami sakit pening, Fizz Fairuz sentiasa ada di sisi.
“Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat. Sayang, mama minta maaf sebab mama banyak susahkan sayang, mama banyak sakit, mama susahkan sayang untuk jaga mama masa sakit. Maafkan mama sayang, mama love sayang dunia akhirat.
“Mama doakan sayang murah rezeki, panjang umur. Terima kasih sayang sebab ada dengan mama masa sakit, susah senang bersama, mama sangat-sangat bersyukur. Tiba-tiba menangis sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama dengan anak-anak dan sayang banyak berkorban untuk diri sendiri. Mama love sayang. Thank you, love Fizz Fairuz,” luah Almy panjang lebar.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Pada Februari lalu, Almy mengalami keguguran selepas kandungannya selama 14 minggu dikatakan meninggal dunia ketika hamil.
sumber: IG Almy Nadia & Fizz Fairuz
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents