Pam  susu atau pam payudara ialah barang kemestian dibeli sebelum bersalin lagi. Jangan tersilap beli, ambil kira 10 tip ini dulu sebelum buat pilihan.

Ibu yang merancang untuk memberikan bayi susu ibu selepas bersalin perlukan pam payudara sebagai persediaan membuat stok susu perahan untuk keperluan bayi dan membantu mengosongkan payudara apabila ibu mula bekerja selepas cuti bersalin.

Mana Satu Yang Sesuai? 11 Tips Beli Pam Payudara, Pastikan Selesa & Sesuai Dengan Waktu Kerja

Mengosongkan payu dara secara efektif ketika dalam waktu bekerja sangat mustahak supaya penghasilan susu ibu tidak menurun.

Tapi, ibu perlu tahu walau pun mengepam, penyusuan secara terus kepada bayi jangan diabaikan! ia adalah stimulasi semula jadi yang perlu untuk penghasilan susu berterusan.

Menyedari betapa pentingya mengosongkan payudara dengan kerap semasa bekerja itu penting, pam yang efektif sangat penting untuk dititikberatkan bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Banyak pam yang ada di pasaran, mana satu yang sesuai dengan anda? Ikuti 11 tip ini sebelum membeli.

Mana Satu Yang Sesuai? 11 Tips Beli Pam Payudara, Pastikan Selesa & Sesuai Dengan Waktu Kerja

#1. Bajet
Membeli sesuatu perlu sesuai dengan kemampuan. Pam yang mahal tidak semestinya bagus. Apa yang penting, anda kerap mengepam untuk mengosongkan payu dara. Jika mahu berjimat, anda boleh beli ketika promosi jualan murah. Namun, selidik dahulu harga pam sebelum promosi diadakan.

IKLAN

#2. Jenis
Secara umumnya, terdapat empat jenis pam iaitu manual, beroperasi menggunakan kuasa bateri, elektrik dan gabungan bateri +elektrik. Jika memilih manual, anda mengepam menggunakan tenaga fizikal dan mental. Agak meletihkan tetapi harganya murah. Ia sesuai untuk anda yang jarang mengepam.

Pam yang memerlukan bateri memerlukan anda memastikan jangka hayat bateri mampu bertahan lama. Sementara itu, pam yang menggunakan kuasa elektrik mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika dapat memiliki pam yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.

Mana Satu Yang Sesuai? 11 Tips Beli Pam Payudara, Pastikan Selesa & Sesuai Dengan Waktu Kerja

#3. Keselesaan
Aspek ini penting untuk dititikberatkan. Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke payu dara mempunyai alas getah yang lembut dan selesa. Saiz corong juga perlulah sesuai dengan anda, tidak terlalu ketat dan longgar.

IKLAN

#4. Daya tahan
Pilih pam yang mempunyai ketahanan tinggi kerana anda akan gunakannya untuk jangka masa yang lama. Jangan pilih pam semata-mata promosi harga murah.
Dicadangkan, dapatkan pam yang memiliki motor yang mampu bertahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Rujuk kepada jurujual dan tanya pendapatnya tentang setiap pam yang dijual.

#5. Daya hisapan
Pam yang ingin dimiliki seharunya mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Untuk itu, dapatkan senarai pam yang dimaksudkan menerusi carian Internet. Dengan yang demikian, pam yang memiliki ciri sebegini akan membantu anda mengeluarkan susu dengan lebih lancar. Malah, ia juga membuatkan anda berasa selesa dan tidak menyakitkan.

#6. Alat ganti
Seboleh mungkin, dapatkan pam yang mempunyai bahagian mudah tanggal dan dipasang semula agar memudahkan anda membersihkan pam. Pastikan alat ganti pam berkenaan mudah didapati sekiranya ada mana-mana bahagian pam mengalami kerosakan ataupun hilang.

Sementara itu, perlu anda tahu, pam jenis elektrik dan beroperasi menggunakan bateri perlu kerap diselenggarakan dalam tempoh waktu tertentu. Dalam pada itu, adalah penting untuk anda memiliki pam yang mempunyai jaminan (warranty).

IKLAN

#7. Bunyi
Aspek ini pun perlu dipertimbangkan. Dapatkan pam yang senyap atau kurang bunyi. Hal ini penting agar anda dapat mengepam dengan selesa tanpa diketahui ramai bahawa anda sedang menggunakan pam untuk mengumpulkan susu ibu perahan. Di pejabat misalnya, kalau anda perlu mengepam di meja kerja, pam yang berfungsi senyap sangat sesuai.

Mana Satu Yang Sesuai? 11 Tips Beli Pam Payudara, Pastikan Selesa & Sesuai Dengan Waktu Kerja

#8. Mobiliti
Pam yang bagus adalah jenis yang fleksibel untuk anda bawa ke mana-mana. Tentu anda tidak selesa untuk menggunakan pam yang mempunyai banyak bahagian yang perlu dibawa ke sana-sini sewaktu bertugas di luar pejabat.

#9. Tunggal atau berganda?
Anda perlu memilih sama ada mahu mengepam menggunakan pam tunggal atau berganda. Namun anda amat digalakkan untuk memilih pam berganda kerana ia bagus untuk membolehkan anda mengepam kedua-dua belah payu dara serentak disebabkan oleh kekangan masa yang terhad.

#10. Jenama
Di pasaran, terdapat lambakan jenama pam payu dara. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen dan banyak lagi. Terpulang pada anda untuk memilih. Apa yang penting, anda perlu cuba uji terlebih dahulu sebelum membeli pam yang diidamkan.

#11. Saiz dan berat
Saiz dan berat sesebuah pam adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang ringan, berat, kecil dan ada juga yang besar. Bagi anda yang kerap bertugas di luar pejabat, adalah lebih baik jika anda mempertimbangkan pam yang ringan, kecil dan mudah untuk dibawa.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI