Bergetar hati ini saat mendengar panggilan anak kecil pada ibunya. Bukan apa perkataan yang tak patut disebut itu keluar dengan mudah sekali dalam keadaan anak itu menangis.
“Mama babi!”
Telinga ini menangkap suara itu. Cepat-cepat aku kucup dahi dan peluk erat anak lelaki bongsuku.
“Cepat masuk Ihsaan, nanti cikgu marah”
Aku memberi arahan segera. Risau aku dia akan menyoal apa yang telah dia dengar tadi.
“Mama anjing! Mama babi sangat!”
Terus aku palingkan muka melihat siapakah pemilik suara comel itu. Seorang budak lelaki sama usianya dengan anak aku, Ihsaan.
Budak lelaki enam tahun yang aku perhatikan setiap hari menangis apabila ibunya meninggalkannya di sekolah.
Dia akan menangis sambil memaki hamun ibunya di balik pagar sekolah.
“Awak kata apa tadi? Cakap benda tak elok ye?” tegur guru pra sekolah tersebut.
Ads
“Masuk!” arah guru tersebut.
Tangisan anak kecil itu makin kuat kedengaran, tetapi masih tidak berganjak. Aku hanyunkan langkah kaki, melintas di hadapan anak tersebut. Aku hadiahkan senyuman.
“Nak mama!” Aku merendahkan tubuh.
“Masuk dulu, nanti mama datang ambil ye. Jangan macam ni, jangan cakap macam tu kat mama”
Anak ini masih berdegil. Aku perhatikan, pintu pagar sekolah sudah di tutup. Gurunya pula sudah mula masuk ke dalam kelas.
Aku tinggalkan anak itu sendirian. Aku kira lama mana anak begini mahu tunjuk kedegilannya, dia pasti akan masuk ke dalam kelas juga.
Dalam perjalanan pulang, aku sempat memikirkan bagaimana anak yang baru berusia enam tahun boleh mengeluarkan perkataan begitu.
Ads
Arghh, buat hairan pula. Aku tersenyum. Lantas, kenangan zaman kecilku pula berlegar di dalam fikiran.
“Hah, rasa kan. Pedaih kan? Padan muka hang!” Segengam cili api di tangan mak tadi sudah masuk ke dalam mulut. Pijarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku menepuk-nepuk mulut yang kepedasan.
“Ha, cakaplah lagi! Aku nak dengaq!” tangannya di cekakkan di pinggang.
“Tak mau dah. Along tak kata dah!” Aku menggogoi. Bibir yang tadi sedap melafazkan perkataan BODOH kepada emak kini sudah menerima akibatnya.
Itulah kali pertama dan terakhir perkataan itu ditujukan kepada emak. Masih terasa pijarnya cili api kampung yang kecil dan bewarna hijau itu di bibirku.
Itu baru perkataan bodoh. Bukan perkataan mencarut yang lain. Huh. Tak dapat dibayangkan.
Ads
Kenangan itu beralih kepada gambaran wajah anak yang menangis di sekolah tadi. Perkataan yang aku kira sangat tidak patut diucapkan oleh seorang anak terhadap ibunya.
Anak kecil begini mereka sebenarnya tidak tahu pun apa yang mereka cakap. Kadang mereka hanya mengikut apa yang telah mereka dengar dari perbualan seharian dirumah atau di sekitar mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa kita merupakan contoh terdekat untuk anak-anak. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang tidak baik dihadapan anak-anak.
Kedua, anak-anak perlu diajar mana perkataan yang baik dan mana perkataan yang buruk serta salah dan membawa kepada dosa. Tegaskan apa yang mereka cakap itu adalah berdosa.
Jika tidak diajar bahawa mencarut adalah perbuatan yang salah sejak dari kecil, bimbang jika bila anak-anak telah meningkat remaja, mencarut menjadi zikir harian di bibir.
Ketiga, jangan bertoleransi dengan anak-anak yang mencarut. Kenakan hukuman agar mereka tahu itu adalah akibat dari apa yang mereka lakukan. Rotan, hadkan perbelanjaan harian, hadkan masa bermain atau sebagainya yang boleh menyedarkan mereka. Jangan ambil remeh anak yang suka mencarut.
Bukankah anak-anak ini saham akhirat kita? Didiklah sebaik mungkin. Mereka juga penentu kita samaada kita di syurga atau neraka. Sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita menjadi asbab kita di tempatkan dikalangan orang yang beriman. In shaa Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu, kita tak lari dari rasa ingin kelihatan ‘perfect’. Namun sebenarnya ‘perfectionist’ dalam tak sedar boleh menyebabkan kita terasa penat dan lelah.
Tak salah untuk sekali-sekala kita katakan ‘it’s okay’ kepada diri sendiri. Bagaimana nak rasa tenang dalam menjalankan tanggungjawab seharian? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Jangan la perfectionist sangat ye!
1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau.
3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau.
5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Bila kita jerit dan marah-marah pada anak, cuba tanya diri kita, kita sebenarnya tengah cuba nak DIDIK dia, atau kita nak LEPAS GERAM?
Pada kebiasaannya kita nak lepas geram kan? Sebenarnya memang sebab nak lepaskan je tapi elemen didikan ini salah satu sebab kita didik anak untuk menjerit jugak.
Berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu yang dulunya banyak jerit kat anak (not proud of it at all), Raja Syazana Mukhtaruddin, dia kongsikan tip yang sangat bermanfaat.
When Fahim and Zharif was younger, I was a control freak. My way or the highway. Listen to me coz I said so. I’m the mother so no questions asked. Just do what I say.
Kebanyakan masanya, kak Raja handle dengan kemarahan bila kelakuan dia orang mencabar kesabaran. Tak kira lah berapa banyak alasan dan sebab yang kita bagi atas tindakan kita, it is still NOT OKAY.
Tahun ke 7 of parenting baru kak Raja banyak tone down. Lama kan? Bukan sebab umur tapi sebab tambahan ilmu baru.
Kalau sebelum ni asyik nak jadikan anak cemerlang dalam academik sampai tukar tadika 6 kali, tapi sebenarnya pembentukan EMOSI anak jauh lebih penting.
Belajar untuk jaga emosi anak dulu. Bukan bermaksud kena spoil kan dia supaya dia tak nangis langsung. Tapi anak kecik sebenarnya belum tau cara nak KAWAL EMOSI.
Tugas siapa untuk latih dia? KITA. Melalui perbuatan dan tindakan yang betul. Fahamkan yang tegas dan marah tu berbeza.
Selalu tanya kat diri sendiri, kalau aku macam ni, siapa yang menang sebenarnya?
Kita jerit.
Anak nangis.
Emosi tercalar.
Takut.
Senyap.
Pendam perasaan.
Kita rasa kita menang tapi sebenarnya kita kalah besar. Kawal emosi kita dulu sebelum urus anak-anak. I’m still struggling but I’m trying.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.