Mata dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur, itulah yang sering menjadi keluhan ibu hamil yang menunggu saat melahirkan. Perut yang membesar dan rasa tidak selesa sering mengganggu tidur nyenyak pada malam hari.
Waktu tidur yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sekitar 7 hingga 9 jam. Ia penting kerana dapat membantu menjaga tekanan darah berada pada tahap normal. Apa pula jadi kalau tidur kurang dari lima jam? Risiko untuk mengalami gangguan praeklampsia mungkin bertambah.
Preeklamsia merupakan komplikasi kehamilan serius yang bersangkut paut dengan peningkatan tekanan darah. Namun begitu, tidur terlalu banyak juga boleh mengundang masalah. Lebih dari 10 jam dalam semalam juga dapat meningkatkan risiko praeklampsia.
10 tip dibawah sesuai untuk ibu hamil yang ingin tidur nyenyak setiap malam:
1. Mandi dengan air suam.
mandi dengan air suam dan gunakan sabun yang dapat menimbulkan kesan relaks, seperti lavender. Rasa segar yang ditimbulkan setelah mandi akan membantu ibu untuk lebih nyenyak tidur.
2. Carilah posisi tidur yang selesa.
Untuk membuat tidur lebih selesa adalah dengan menemukan posisi tidur yang terbaik. Posisi tidur terbaik yang disarankan ketika kehamilan adalah posisi tidur mengiring ke sisi kiri. Ini dapat membantu melancarkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi ke plasenta.
3. Minum segelas susu panas/suam.
Minum segelas susu panas/suam akan membantu tidur nyenyak. Susu mengandung amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin dalam otak yang akan membantu anda untuk tidur.
4. Hindari makan terlalu banyak menjelang tidur.
Ketika hamil sering kali terbit keinginan makan sesuatu pada waktu malam. Hindari makan terlalu banyak dan mengenyangkan kerana perut terlalu kenyang. Untuk memenuhi nafsu makan yang muncul, cukup makan makanan ringan seperti biskut atau minum segelas susu panas.
5. Latihan menarik nafas.
Latihan menarik nafas dalam yang teratur dapat menolong mengurangi ketegangan otot dan membantu untuk tidur lebih baik. Carilah posisi yang selesa buat anda, duduk, berdiri ataupun berbaring, lalu tariklah nafas melalui hidung secara perlahan, tahan napas selama 1-2 minit. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan, lakukan beberapa kali.
6. Berehat.
Sempatkan berehat selagi ada peluang. Kenali waktu yang selalu berlaku gerakan janin yang aktif, sehingga di luar waktu tersebut ibu†dapat memanfaatkannya untuk tidur yang lebih nyenyak.
7. Melakukan kegiatan yang menyenangkan.
Membaca buku supaya perasaan panik dapat dipindahkan, mendengarkan muzik, atau kalau perlu lakukan hubungan intim dengan suami.
8. Kurang minum air menjelang malam
Kurangkan pengambilan air minum menjelang tidur mengurangkan kekerapan ibu hamil ke bilik air. Jadi tidur ibu akan lebih nyenyak.
9. Gunakan bantal di bahagian belakang.
Untuk mengurangkan rasa nyeri di bahagian belakang ibu, gunakanlah bantal yang selesa pada bahagian pinggang atau pinggul. Letakkan bantal pada peha juga boleh membuatkan tidur ibu hamil lebih selesa.
10. Ambil kalsium.
Gangguan pada kaki (kesemutan), dapat dikurangkan dengan melakukan urutan ringan pada kaki dan cukup dengan mengambil kalsium mengikut saranan doktor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI