
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raikanlah Diri Sendiri, Beli Apa Yang Kita Suka Hadiahkan Pada Diri. Dah Banyak Kita Korbankan Untuk Suami & Anak

Kita orang perempuan ni memang kena pandai hargai diri sendiri. Orang perempuan ni sememangnya jiwa halus. Halus yang sukar digambarkan. Ada sampai satu tahap, halus yang sampai buat apa apa pun tak fikir diri sendiri.
Baru baru ini saya join kelas Kembali Bercinta bersama Puan Diyana Tahir. Program ni agak mahal yurannya. Tapi ilmu yang diberi memang superb. Topik pertama yang kami belajar ialah Hargai diri. Celebrate yourself. Kata Puan D, kita fokus pada diri sendiri sebentar. Lupakan sebentar suami dan anak. Sekejap sahaja. Kerana kita juga layak bahagia.
Sebenarnya, tak salah berkorban untuk orang lain walau sampai to the fullest pun. Tapi ingat ni, dalam kita berkorban tu, pastikan tunaikan hak untuk diri. Celebrate diri sendiri. Hargai diri sendiri. Sebab apa? Sebab Allah perintahkan supaya jaga dan bertanggungjawab dengan diri sendiri dahulu, barulah orang lain. Apa yang Allah ajar tu sangat betul dan padu. Sebab orang yang bertanggu gjawab dengan diri sendiri dan hargai diri sendiri inilah orang yang bahagia.
Kebahagian dalam diri dia tu terpancar keluar kepada suami,anak dan keluarga. Hanya orang yang bahagia mampu memberi bahagia. Kerana dia ada bahagia itu.
Kadang kita rasa tidak mengapa, hari ini saya berkorban siapkan suami dengan gaya smart ke tempat kerja. Baju anak anak kemas,rapi setiap hari bertukar brand. Tapi pernah tak tunduk sekejap tengok baju sendiri? Sempat bergosok tak, bila kali terakhir beli baju baharu. Setaraf atau tidak baju kita dan baju suami. Bedak compact yang dah habis, sempat atau tidak diganti baharu? Waktu tidur dan rehat kita cukup atau tidak? Makanan kegemaran kita, adakah sudah lama tidak dijamah? Atau sejak dah ada anak, dah lama tak merasa makanan kegemaran sendiri.
Sedangkan makanan makanan itu adalah sebahagian dari hidup kita satu waktu dahulu. Ibu bapa dan sanak saudara kita, adakah sudah lama tidak dijenguk? Sedangkan dulu kita membesar bersama. Ada banyak momen indah kita bersama bahkan merekalah kehidupan kita dahulu. Sangat indah. Kita juga manusia dan pernah mempunyai kehidupan yang indah, tapi kenapa ya sekarang seakan hilang semua itu. Kadang kadang sampai rasa dah tak kenal diri sendiri. Sedih kan. Hehe.
Baiklah mari saya beri 3 tip untuk belajar hargai diri kepada puan puan semua ya;
1. Tuliskan semua perkara yang anda impikan.
Kita ini manusia. Punya impian dan cita cita. Ambil kertas, tuliskan apa impian puan. Tulis tanpa prejudis. Tanpa fikir logik atau tidak. Tuliskn sahaja. Sebab bila kita tulis impian impian ini, ia jadi satu doa. Satu masa ia akn kembali bermain difikiran ataupun sebenarnya kita dah pun berada di setiap impian itu satu hari nanti. Biiznillah.
Buat perkara yang buat kita gembira setiap hari. Ambil kertas, (saya ada buku nota peribadi saya sendiri) Tuliskan senarai perkara yang mampu buat kita gembira. Mungkin puan minat memasak, menanam bunga, travel, tidur hotel untuk tenangkan fikiran atau senaman 30 minit sehari di taman. Baik, setiap hari buat perkara perkara yang buat puan gembira tu.
Bayangkan cukup 30 hari kita berjaya buat benda yang kita suka, agaknya macam mana ya state of emotion kita waktu tu. Wah tentu bahagia kan. Tengok anak pun dah tak jadi singa, sebab hak diri sendiri tu dah tertunai.
3. Celebrate diri sendiri.
Celebrate diri sendiri. Beli lah apa apa barang yang disukai. Kalau minat bunga,beli bunga. Hadiahkan pada diri sendiri. Sebulan sekali, seminggu sekali bahkan sehari sekali. Celebrate yourself. Celebrate walau hanya hadiahkan kopi sedap untuk diri sendiri setiap pagi.
Emosi positif waktu pagi tu yang akan menaikkan momentum sepanjang hari. Saya suka masa saya bersendirian bersama Al Quran setiap pagi. Walaupun satu ayat je yang sempat baca. Tu pun dah buat saya rasa berguna pada hari tu. Haha
4. Jaga your spiritual.
Spiritual ni ialah kualiti masa kita bersama Allah. Dulu saya pun sama, kejar kuantiti ibadah daripada kuliti. Tapi semua tu tak beri impak positif pun pada hati. Bila tukar strategi kepada kualiti ibadah walaupun sikit, hidup ni rasa lebih bermakna. Setiap orang tu ada ibadah yang dia suka. Kalau suka puasa maka puasalah banyak banyak. Kalau suka zikir, maka zikirlah banyak banyak. Pintu syurga kan ada banyak? Hehe.
Baiklah. Cukup dahulu disini. Selamat beramal. Apa cara korang hargai diri sendiri?
Sumber:
Nurulain Ahmad
#Women Empowerment.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalkan Ayat Ni Sebagai Doa Untuk Merawat Fibroid, Masalah Dalaman Wanita

Sibuk bekerja, uruskan anak dan rumah tangga antara faktor utama kebanyakan wanita bergelar ibu terpaksa mengabaikan kesihatannya sendiri.
Kadang disebabkan emosi, pemakanan dan persekitaran juga antara punca penyakit dalaman wanita mudah menyerang tanpa sedar. Kebanyakan ibu-ibu mengetahui masalah kesihatan ini apabila penyakitnya dah berada di peringkat yang teruk.
Justeru itu, buat wanita ataupun ibu, anda boleh amalkan membaca ayat suci al-Quran dan sebaik-baiknya jadikan amalan sepanjang masa. Moga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk kelangsungan hidup bersama keluarga tercinta.
Percayalah perubatan moden perlu seiring dengan amalan seharian sebagai Muslim bagi merawat masalah dalaman wanita.
Doa untuk merawat fibroid atau masalah yang melibatkan wanita:
– Baca Al-Fatihah & Ayat Kursi
– Baca Surah An-Nahl ayat 69 dan hembus ayat tersebut pada madu
– Minum 1 sudu sehari
Wallahu’alam
Bantu saya kongsikan ilmu ini kepada yang tersayang.
Kredit: Dr. Azila Mohd Kasim
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayah Wajib Baca ‘Bedtime Stories’ Kalau Nak Anak Makin Cerdik, Terbukti Fakta!

Membaca bukan hanya boleh menambah ilmu malah boleh mengguatkan daya ingatan. Jika anda nak anak-anak pandai dan rajin membaca, mulakan sejak mereka dalam kandungan lagi.
Tapi pastikan mereka mendapat penglibatan daripada anda dan pasangan. Jika anak-anak sentiasa diberi perhatian tidak mustahil mereka akan membesar bijak dan berjaya.
Tolong ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil tu jadi makin cerdik.
Haa ni saya nak kongsikan fakta best yang masih ramai parents belum tahu.
Dr Elisabeth Duursma ada jalankan satu research semasa beliau di Havard University.
Dalam kajian tu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak tengok apa efek pada anak kecil yang berusia bawah 3 tahun bila ibu dan ayah duk bacakan bedtime stories.
Kan biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni.
Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama join bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih power berbanding kawan-kawan dia yang lain.
Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna ni tak sama dengan orang perempuan.
Kalau bahasa ayah-ayah, selalunya berdasarkan logik.
Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter.
Lalu mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku.
Macam bab warna, abjad dan mengira.
Contoh paling mudah kalau kat muka surat tu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya,
“Tengok dalam gambar ni ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”
Berbeza dengan orang lelaki.
Artikel Menarik: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Mereka ni selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.
“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam ni lah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”
Teknik tu akan buatkan si kecil tu membayangkan sesuatu dari view yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.
Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda budak bertuah tu jadi berkali ganda makin cerdik.
Sebab tu, kalau nak aktiviti membaca ni beri impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye.
Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing tau.
Kredit: Dr. Ahmad Luqman Bukhari
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI