Seharusnya ibu ayah tidak malas dan jadikan ia perkara wajib untuk mandikan anak sebelum hantar anak ke taska.

Perkongsian ini mengejutkan apabila mempersoalkan sikap ibu ayah yang tidak mahu memandikan anak sebelum di hantar taska.  Malah sikap segelintir ibu ayah yang sanggup mereka alasan seperti ‘anak tidak boleh mandi disebabkan arahan doktor, sukar bangun awal pagi dan pelbagai alasan lain semata-mata tidak mahu mandikan anak di rumah.

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & Riang

Namun apa yang disenaraikan oleh perkongsian ini ada benarnya bahawa banyak manfaat jika ibu ayah sendiri memandikan anak. Malah mengikut pendidikan psikologi kanak-kanak, sentuhan dan komunikasi antara ibu ayah dan anak dapat mengeratkan hubungan walaupun hanya mandi pagi sahaja sebelum pergi bekerja. Malah ia juga membuatkan tubuh badan anak menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila peredaran darah berjalan lancar setelah mandi pagi. Ikuti perkongsian teacher Ina Ina Oh Ina yang merupakan pemilik taska dan seorang ibu kepada seorang anak. Perkonsian beliau ini dibincangkan dalam satu media sosial forum yang telah mendapat respon daripada ibu bapa dan pemilik-pemilik taska. Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik kepada anak.

Kebanyakkan taska mewajibkan mandi pagi di taska masing-masing.. Sebabnya ialah

Nak kejar aktiviti dalam jadual Bayangkan ada 40 kanak-kanak  Pukul  8pagi mula mandi. Rasanya kul 11 baru setel Aktiviti entah ke mana. Kecuali kalau taska tu suruh reramai masuk tanda dan siram serentak dalam erti pepatah mandi kerbau lah.

Kat sini saya listkan kebaikkan mandi pagi di rumah dengan ibu  dan ayah

IKLAN

9 kebaikan mandi di rumah

1.Bonding ( tak kan pagi ticer mandikan. Petang pun ticer juga. Nanti bonding lebih dgn ticer jeles pulak)

  1. Mengajar kebersihan dari awal

 3.Tanggungjawab ibu bapa

  1. Kanak-kanak yang siap. mandi dari rumah,akan datang ke taska dalam keadaan riang dan bersemangat berbanding yang  tak mandi agak slow sikit dan tidak cergas (ikut pengalaman saya 10 tahun uruskan taska)
  2. Zaman mode, setiap rumah dilengkapi paip. Kalau dulu ibu bapa boleh amik air dari perigi. Ape lagi alasan..

6.Membolehkan anak-anak buat aktiviti pagi-pagi.

  1. Anak kita kan. Mesti kita hepi tengok anak bersih. Bukan kita je yang nak wangi pergi kerja.

8.Kebersihan dituntut dalam Islam

IKLAN

9.Jangan terkejut jika ibu bapa meninggal dunia anak-anak tak nak mandikan. Hidup umpama roda..ingat tuh!

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & Riang
Antara komen daripada blog dikongsikan oleh teacher ini untuk membincangkan isu berkenaan.

Respon ibu bapa dan pemilik tadika

Isu ini mendapat pelbagai respon daripada ibu bapa dan pemilik taska. Rata-rata pemilik taska menyatakan ada pihak ibu bapa lepas tangan untuk mandikan anak waktu pagi. Namun, ada juga respon ibu bapa yang komited mandikan anak setiap pagi atas alasan inginkan bonding. Berikut sebahagian respon setelah perbincangan isu ‘malas mandikan anak’ di sebuah laman sosial keibubapaan.

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & RiangMandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & Riang

IKLAN

 

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & RiangMandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & Riang

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska. Anak Lebih Semangat & Riang

Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

_________________________________________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI