Hati-hati! Nampak bersih tapi bergelumang najis. Realiti ya. Seorang ibu memandikan bayinya. Pampers dicabut lalu direndam si anak di dalam besen atau bekas mandian khas bayi.
Selesai sahaja, diangkat bayi tadi dengan disiram sekali lalu (tidak rata) dengan keadaan kaki bayi yang masih menjulur lagi ke dalam besen yang bertakung najis.
Semasa anak kecil itu menunggu dipakaikan pampers, ia sudah terkencing. Terus si ibu mengelap dengan kain tuala yang digunakan juga untuk mengelap tubuh si anak, lalu baju pun disarungkan dengan tangan ibu yang telah terkena kencing si anak dan ibu ini meneruskan kerja-kerja yang lain tanpa membersihkan dengan baik kawasan yang terkena air kencing tersebut.
Ini kisah benar yang berlaku dan pelbagai macam ‘cara’ membersihkan najis yang salah serta dianggap remeh oleh segelintir kita.
Kita sedar atau tidak
1. Najis WAJIB dibersihkan dengan baik sehingga suci (hilang bau, warna dan rasa). Masyarakat kita menganggap najis itu adalah tahi sahaja. Sedangkan AIR KENCING juga adalah najis. Penyuciannya juga sama, wajib betul-betul bersih dan suci.
2. Besen yang direndamkan bayi tanpa menyuci dahulu kemaluan bayi yang terkena najis akan menjadikan seluruh air mandian tersebut telah tercemar dengan najis dan tidak dapat menyucikan lagi.
3. Tuala atau pakaian yang terkena air kencing bayi adalah najis dan jika terkena pakaian atau tempat lain ia boleh memindahkan najis tersebut.
4. Lantai tandas yang sudah terkena air kencing lalu tidak dijirus baik dan terkena pula pada pakaian atau badan adalah najis yang jika dibawa keluar akan memindahkan najis tersebut ke tempat lain.
5. Pakaian yang bernajis dipakai pula untuk solat serta solat ditempat bernajis tidak sah dan tidak diterima solatnya. Jika solat pun tidak diterima apatah lagi doanya.
Ads
Sedih melihat betapa kurangnya kefahaman kita tentang pengurusan najis. Segelintir kita mengangap asal tidak nampak betul-betul sebagai tahi ianya bukan najis. Ianya jelas kefahaman yang salah.
Tidakkah kita bertanya kepada diri ?
Mampukah kita mendidik baik anak-anak ini jika dari kecil tubuhnya bergelumang najis ?
Ibu ayah bergelumang dosa kerana pengabaian pendidikan thaharah dan penyuciannya ?
Lalu bagaimana solatnya, doanya harus diterima Allah ?
Akibatnya jauh lebih besar
Seisi keluarga solat tidak diterima, doanya tidak dimakbulkan, rumahnya menjadi tempat kotor persingahan syaitan, membesar anak-anak yang hatinya keras dan kematiannya dalam keadaan tercela dan diazab asbab daripada AIR KENCING .
Ads
Ianya bukan sekadar pendidikan “kebersihan” yang biasa-biasa, bahkan impaknya mampu memberi sebuah rasa ketenangan dan keharmonian dalam rumah tangga jika dijaga baik.
Ingatan saya untuk para suami dan isteri…
Wahai para suami, didik dan berikanlah ilmu agama yang secukupnya bermula daripada aspek “kebersihan dalam Islam” yang kian dipandang ringan oleh kebanyakan keluarga Islam.
Tidak salah anda membuka kembali ‘ Pelajaran Thaharah’ memperbincangkannya dalam bulatan kecil bersama keluarga sehingga difahami keseluruhan ahli keluarga anda dengan baik.
Mana yang nampak salah tegur dan ajak bersama-sama diperbaiki. Perhati cara isteri mengurus najis anak kecil, dan tegur dengan cara yang berhikmah jika terdapat kelemahan atau kesalahan.
Perhatikan cara anak-anak menggunakan tandas, sediakan kemudahan yang perlu untuk memastikan mereka mampu menjaga adabnya dengan baik. Anak-anak lebih mudah dididik melalui teladan. Jadilah seorang suami yang kepimpinan dan kewibaannya bukan hanya terletak pada katanya tetapi teladan yang baik yang membentuk isteri dan anak lebih dekat dengan ketakwaan.
Ads
Wahai para isteri, masamu mengurus anak adalah lebih lama berbanding suamimu maka perkemaskan diri dengan ilmu yang dipraktikkan dengan baik dalam aspek kebersihan ini.
Kita penat menjerit memarahi sikap anak yang melawan kata, geram dengan perangainya yang keras hati lalu tidak menyelidik rupanya kita gagal BUKAN mengurus emosi mereka tetapi dari kecil kita sendiri melakukan dosa membiarkan anak dan rumah tangga begelumang najis, lalu mengharap anak mendengar kata ? sedangkan rumah tangga yang kita bina didampingi syaitan akibat gagal mengurus najis dengan baik.
Kain baju bernajis bercampur aduk, anak-anak masih kecil sebebasnya keluar masuk tandas tidak beralas kaki, air kencing…tahi..muntah dll diuruskan dengan ceteknya ilmu.
Mulianya seorang isteri apabila ‘lelahnya’ mengurus keluarga bukan setakat makan dan minum tetapi memastikan keluarganya terpelihara daripada mendapat azab-Nya sehingga tidak ada ganjaran yang lebih layak baginya melainkan syurga.
*Ambillah juga pengajaran buat semua terutama yang dipertangungjawab menguruskan bayi yang baru lahir samaada suami, isteri, ibu sendiri, ibu mertua, adik beradik atau sesiapa sahaja. Semoga Allah selalu memelihara dan merahmati.
Tegur kerana sayang. Dicatat oleh, Aisyah Ribath
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mak mak yang mengadu penat dan letih bukan sebab mereka tak ikhlas, jaga anak, kemas rumah, memasak, lipat baju, santuni suami, bekerja, berniaga dan jaga mertua.
Bukan! Bukan! Bukan!
Kalau tak ikhlas, tak akan langsung di buat dah semua kerja kerja yang tak pernah habis ni.
Buat satu, datang dua kerja lagi. Buat hari ini, esok kena buat lagi kerja yang sama.
Gitu la 365 hari setahun..
Bukan setakat penat & letih tapi yang sebenarnya mereka dah TEPU JIWA, Allahu.. hanya yang berada di tempat mereka sahaja akan faham kondisi jiwa yang tepu.
Bila jiwa dah tepu, selalu la kita akan nampak para mak mak ni jadi,
– kelam kabut
– cuai & lalai
– tak selera makan
– muka kusam
– tidur tak lena
– susah tidur malam
– kuat melenting
– cepat sentap
Dan banyak lagi simptom negatif yang bukan di sengajakan tapi kerap di buat oleh mak mak..
Sesungguhnya, jika mak mak ini tenang jiwanya pasti mereka la orang paling ikhlas & cermat buat apa pun tugas.. sungguh!
Seiring pertambahan usia anak, ibu perlu melatih si kecil untuk menggunakan tandas dan bebas daripada lampin. Ia boleh dilakukan apabila anak sudah mula bersedia. Namun ‘Potty Training’ bukan hanya melatih anak ke tandas sahaja, tetapi pelbagai perkara perlu dilakukan supaya anak faham kenapa mereka perlu menjaga kebersihan selepas menggunakan tandas.
Untuk parent, teachers dan saya sendiri…. Toilet train bukan sekadar anak berjaya kencing di tandas sahaja ⚠️⚠️⚠️⚠️
Toilet train termasuk anak boleh:
1- Buka dan pakai kembali seluar.
2- Duduk di atas toilet bowl, kalau tak reti duduk squat elok-elok di lubang. – ini wajib ajar. Kencing berdiri bukan cara kencing yang betul, kencing squat di mana mana bahagian lantai bukan cara yang betul dan squat di atas toilet bowl adalah sangat bahaya.
3- Mencuci private part setelah selesai urusan di dalam tandas.
4- Cuci kembali mangkuk tandas/ lantai (sekiranya perlu) selepas menggunakan tandas – ini boleh dikaitkan dengan najis jika terpijak dan juga ibadah (tapi takyah la expect cerita term segala bagai pada anak 2,3,4 tahun, yang basic sahaja sebagai Muslim)
5- Flush toilet (tak reti minta tolong- ibu, ayah, teacher) – mesti ajar juga part ni. Wajib.
6- Lap kembali bahagian private part sebelum memakai panties/ spender- ini tujuan kesihatan dan kebersihan.
7- Tutup pintu/ rapatkan sedikit ketika menggunakan tandas- dah besar boleh ajar lock dan unlock.
Ajarkan dari awal dan normalkan. Anak-anak kita ni memang takde pengalaman lain sebelum ni, jadi apa sahaja yang kita ajarkan itu yang akan jadi belief system dia dan inshaAllah they will follow.
Dia macam kencing je, popo jee. Tapi dia melibatkan banyak kesan-kesan lain- kesihatan, kebersihan, komuniti, ibadah, etc.
Jom kita cuba sebaiknya ya 💪💪💪
Oh satu perkongsian sikit- one parent dekat my school, bagi tau anak dia tak reti bersihkan diri bila popo (berak). Macam ringankan, but it is really needed. Sebab kalau teacher tak tau, boleh jadi banyak hal-hal lain di kemudian hari.
So, parent share your kids toilet train progress with your kids’ teacher. Kita kena seiring dalam membentuk jiwa kecil ❤️❤️❤️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Wanita yang bergelar isteri dan ibu adalah golongan yang sangat sibuk menguruskan rumah tangga serta anak-anak. Sampai kadang-kadang nak makan pun tak sempat apatah lagi nak bersiap. Bukan suami tak membantu, ada kalanya anak-anak cuma nak mamanya sahaja.
Lagi bertambah sibuk seorang ibu bila mana bertambah bilangan anak. Orang kata cabaran sebenar bermula bila mama dapat anak yang kedua kan?
Sama seperti perkongsian ibu ini yang telah menarik perhatian warga maya terutama golongan isteri dan ibu. Dia berkongsi gambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin bersama anak-anak.
Gambar si ibu sebelum berkahwin cantik persis ratu cantik di ambil ketika menghadiri majlis makan malam. Malah sempat bergaya dengan pose yang cantik di hadapan kamera.
Gambar selepas mempunyai anak dua turut dikongsi. Tiada lagi kasut tumit tinggi dan baju mengerlip. Yang paling selesa disaat punya anak dua hanyalah selipar jepun dan kain tuala anak di atas bahu.
Beberapa keping gambar lain pula menunjukkan situasi normal si ibu sedang bergelut dengan anak untuk mengambil gambar.
Namun gambar viral ini mendapat pujian dan sokongan ramai ibu-ibu. Bagi seorang isteri dan ibu yang memahami, gambar ini tetap cantik di mata ibu-ibu. Walaupun tiada lagi kasut tumit tinggi dan baju mengerlip, seorang isteri dan ibu tetap cantik!
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.