Jenazah mangsa wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari semalam, selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru, kira-kira 9 malam semalam.
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, dilihat tiba dari HSA dengan menaiki van jenazah dan kira-kira 10 lelaki dipercayai kakitangan hospital selain orang awam, dilihat mendengar taklimat sebelum memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Orang ramai tak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan
Orang ramai termasuk media tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian.
Ads
Mangsa yang meninggal dipercayai kes-178, yang pernah menghadiri Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, di Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Ads
Isteri anak tak hadir pengebumian kerana dikuarantinkan
Mangsa dilaporkan mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac lalu, sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru, pada 12 Mac selepas dikesan positif Covid-19.
Ads
Keadaannya didapati merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia tengah hari ini.
Difahamkan isteri dan anak mangsa tidak menghadiri majlis pengebumian berkenaan kerana sedang dikuarantinkan di Hospital Permai.
Anak kecil dia tak pandai nak menipu. Lagi-lagi melibatkan perasaan. Sedih, gembira, semua itu lahir dari hati yang tulus. Sebab itu, ibu bapa boleh tahu perasaan anak melalui wajah mereka.
Dalam situasi hari ini, disebabkan Covid-19, ramai sebenarnya Pasangan Jarak Jauh (PJJ) terpaksa menanggung rindu untuk bertemu. Mungkin bagi kita yang dewasa akan faham, tapi bagaimana perasaan anak-anak kecil yang rindukan ibu atau ayahnya.
Seperti perkongsian di FB Afiqqah Sani, perkongsiannya benar-benar menyentuh hati di tambah pula dengan tangisan si anak yang sangat merindui pelukan dan ciuman ibu akibat jarak dan keadaan sekarang yang tak boleh berjumpa.
“Ebu, Ebu pergi mana..”
Wahai yang berada di atas sana. Kami yang PJJ ni bukan suka-suka nak mohon rentas negeri. Bukan asbab kepentingan diri kami iaitu ibu dan bapa. Tapi lebih kepada kasihan kan anak-anak.
Anak ini baru 2 tahun setengah, tapi dia juga faham erti rindu. Tidurnya dalam tangisan. Video call tidak sama dengan sentuhan fizikal. Peluk cium ibu dan ayah. Kalau video call pun, anak ini akan mengelak dari tengok wajah ibunya. Hampir dua bulan anak ini tidak berjumpa dengan ibunya.
Dan hari ini semakin kuat tangisannya. Boleh bayangkan tak beban emosi yang ditanggung oleh mereka yang PJJ? Faham niat baik pihak di atas. Semuanya untuk kebaikan rakyat. Tapi mungkin boleh perhalusi kembali terma dan syarat untuk pasangan PJJ seperti kami. Kami tak pinta untuk menjadi pasangan PJJ seperti ni.
Saya juga faham, ramai lagi pasangan yang punya masalah lebih besar, yang lebih lama tak jumpa keluarga masing-masing.
Mohon maaf andai ada antara anda tidak berpuas hati dengan pasangan PJJ. Kenapa PJJ boleh rentas, anda pula tak boleh balik kampung, tak boleh jumpa mak ayah. Kami mohon maaf, ikhlas dari hati.
Bagi yang PJJ, andai suatu masa diberikan rezeki untuk kita rentas, janganlah disalahguna. Coretan ini sekadar sedikit yang kami lalui. Selebihnya tidak terluah, tak tertulis, tak terkongsi. Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.
– Maaf, Muhammad tidak duduk dalam car seat, terima kasih pada yang cakna, tapi sebagaimana anda semua tahu, anak-anak saya memang ada car seat masing-masing, cuma ketika kejadian Muhammad tidak berada dalam cs beliau – alhamdulillah, 9 tahun PJJ
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hasrat pasangan suami isteri untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan dengan selamat dan sihat bertukar tragedi.
Pasangan ini menyesal apabila membuat keputusan untuk menyambut kelahiran anak mereka di rumah dengan mengupah ‘bidan palsu’ sehingga menyebabkan kaki bayi mereka patah dan cedera.
Kaki Bayi Kebiruan & Ibu Alami Komplikasi
Tular di laman sosial gambar kaki bayi berkenaan kebiruan sehingga mengundang kemarahan doktor di Rusia kerana tidak menjalani prosedur kelahiran di hospital.
Kejadian di bandar Voronezh itu dipercayai disebabkan kelewatan ibu bayi itu dibawa ke hospital selepas mengalami komplikasi ketika proses kelahiran di rumahnya.
Keadaan Ibu Kritikal
Selepas melihat keadaan yang semakin kritikal, dua bidan amatur itu kemudiannya panik sebelum bergegas membawa ibu dan bayi berkenaan ke hospital bersalin untuk tindakan lanjut.
Ketua Ginekologi Negeri, Olga Samafalova berkata, agak mengejutkan apabila terdapat wanita hamil yang memilih untuk mendapatkan bantuan ‘bidan palsu’ terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi.
“Mereka terpedaya dengan kisah indah yang dikongsi dalam kalangan mereka mengenai perjalanan kelahiran secara alami.
“Namun, ia tidak seindah yang disangka. Kebanyakan wanita yang bersalin secara ‘alami’ berdepan masalah pendarahan teruk atau nekrosis yang seterusnya menjejaskan kesihatan mereka selepas bersalin,” katanya.
Percaya Selepas Menyertai Kelas Kelahiran Alami
Bapa kepada bayi berkenaan menjelaskan, mereka mempercayai dua wanita dikenali sebagai Valeria dan Ekaterina selepas menyertai kelas kelahiran alami yang dianjurkan mereka.
‘Mereka’ Tahu Kedudukan Bayi Songsang
Sebelum itu, mereka mengetahui bayi dalam kandungan berada dalam keadaan songsang dan isterinya diberikan ramuan homeopathi untuk membetulkan kedudukan bayi.
Saya Menyesal Mendapatkan Khidmat Mereka
Bagaimanapun, keadaan bayi tidak berubah sehingga tiba waktu kelahiran menyebabkan kaki bayi terlebih dahulu keluar.
“Saya menyesal mendapatkan khidmat mereka. Lebih menyakitkan hati apabila kedua-dua wanita berkenaan meminta saya menjelaskan bayaran bagi perkhidmatan yang diberi.
“Mereka juga kini sudah lesap selepas saya memaklumkan mempunyai rakaman proses kelahiran itu,” katanya.
Sumber: Hmetro, Daily Mail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang hidup pasti akan mati, tiada yang kekal abadi melaikan tuhan yang satu. Bagitulah hukum alam, Aturan Allah. Namun siapa sangka secepat itu mereka pergi, diusia yang sangat muda.
Betulah kata orang, mati tidak mengenal usia. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun twitter, Shakir Shahir bukan sahaja kehilangan isteri tercinta malah anak pertamanya yang dikandung oleh arwah turut meninggal dunia dalam kandungan.
Aturan allah , allah sayang 😢. Alfatihah ❤️. Tenanglah wahai isteriku NurShakira Ameera Bt Assakri & anak Muhammad Noah . One day saya mesti jumpa awak . Insyaallah
Aturan allah , allah sayang 😢. Alfatihah ❤️. Tenanglah wahai isteriku NurShakira Ameera Bt Assakri & anak Muhammad Noah . One day saya mesti jumpa awak . Insyaallah pic.twitter.com/k5DZuVeJkx
Menurutnya lagi, arwah isteri terkena jangkitan kuman pada tonsil, paru-paru dan disahkan mengidap kanser darah/leukaemia. Dalam pada masa yang sama arwah mengandung 15 minggu.
Doakan arwah isteri & anak saya ya. terima kasih sahabat , moga allah tunaikan segala doa2 anda semua 🤲🏻 . Alfatihah
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.