Semalam gempar seluruh Malaysia apabila tragedi saluran paip bocor berlaku pada hari raya kedua raya kedua.
Kejadian itu menyentuh hati rakyat Malaysia apabila ada keluarga menjadi mangsa kepada tragedi itu. Bukan itu harta benda dan kediaman turut musnah.
Memetik laporan Harian Metro, ekoran kejadian yang berlaku, bantuan tunai sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada pemilik rumah yang rosak akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, manakala RM2,500 akan diberikan kepada mangsa yang terkesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa bantuan ini disalurkan oleh Petronas dan kerajaan dengan segera.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan berkenaan akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan bersama Petronas dan kerajaan negeri.
Katanya, buat masa ini, Petronas dengan jentera kerajaan sedang berbincang bagaimana untuk mengambil tindakan segera dan munasabah.
“Keutamaan kita sekarang ialah keselamatan dan setakat ini terkawal, sebab itu saya pilih untuk pergi sendiri ke tempat terbabit (lokasi kebakaran),” katanya
Sumber: Harian Metro