Cheesecake untuk bayi? Boleh ke bayi makan cheesecake? Mestilah boleh. Buat pengetahuan para ibu di luar sana, cheesecake boleh dijadikan penambah berat badan dan penambah selera untuk anak anda. Cheesecake merupakan sejenis kek yang berasaskan dari krim keju yang sedap dan berlemak. Keju dapat memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan anak sekiranya diberi dalam kuantiti dan pada umur yang tepat.
Kandungan kalsium yang ada pada keju dapat menguatkan tulang dan gigi si kecil. Kandungan protein yang terdapat dalam keju pula mampu memberikan pertumbuhan yang optimal. Kalori keju juga dapat menambahkan tenaga anak dan membuatkan anak cergas sepanjang hari.
Cheesecake yang sedap dan berlemak tanpa gula tambahan pasti sangat sesuai untuk dinikmati oleh si kecil tanpa para ibu risaukan. Jom kita lihat resepi mudah cheesecake untuk si kecil.
Resepi ini dikongsikan oleh Aimi Uyu di Kumpulan Facebook Resipi Makanan Bayi.
RESEPI CHEESECAKE BABY 7 BULAN
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby.
Resepi ini pun Uyu jumpa dan Uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuj baby, teksture kek ini bukan macam kek, dia lembut smooth sesuai untuk baby,
Bahan- Bahan Cheesecake Baby 7 Bulan:
– Cheese Tatura – setengah dari 250g
– Tepung Gandum – 1 sudu sahaja
– Telur – 1 biji
Cara- Cara:
1) Blend semua bahan di atas,
2) Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus.
3) Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minitboleh cek.
Nak tambah topping pon boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang.
Macam Uyu buat topping cream cheese untuk anak yang lain, yang baby 7 bulan ni Uyu bagi cake ini sahaja, sebab buah dah habis.
Baca Juga:
Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Penyejuk Tekak Waktu Panas, Resipi Puding Koktel Sumi! Pasti Anak Dan Suami Suka.
Mudahkan resipi ni, guna tiga bahan sudah cukup untuk buat anak gembira. Tambah pula topping buahan kesukaan anak, pasti lebih selera anak makan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat para ibu.
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)