Kebenaran merentas negeri seakan satu semangat baru untuk seluruh ahli keluarga menyambut sambutan Aidil Fitri yang masih berbaki. Kunjungan pulang ke kampung pastinya hambar tanpa juadah yang turut di bawa bersama.

Kek antara juadah yang cukup enak disediakan untuk sekeluarga. Bosan dengan kek marble, kek coklat atau aneka kek lain, apa kata kita cuba sediakan Castellah Cake pula untuk keluarga.

Kek ringkas tetapi sedap dan gebu yang dikongsikan oleh Ida Osman ini nampak cukup mudah disediakan. Warnanya pun cukup hebat untuk menarik perhatian anak-anak kita. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh beliau.


Manis, Lembut & Cukup Gebu, Castella Cake Paling Mudah Nak Sedia!

Castella Cake

Ads

Bahan-bahan:
160gm tepung kek
Secubit garam
100gm minyak
150gm susu dutchlady
5 bj kuning telur B
6 bj putih telur B
130gm gula caster
1/4 st cream of tartar

Ayak tepung, satukan dengan garam. Minyak di panaskan (jangan terlalu panas) tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju hingga tepung mnjadi likat. Jika perlu hidupkan api perlahan sahaja hingga tepung likat.

Manis, Lembut & Cukup Gebu, Castella Cake Paling Mudah Nak Sedia!
Masukkan tepung ke dalam mngkuk lain. Tuang susu perlahan-lahan sambil memutar hingga adunan sebati. Masukkan pula kuning telur. Putar rata.

Ads

Dalam mngkuk lain, putar pula putih telur dengan cream tastar sambil tuang gula caster. Putar hingga menjadi meringue soft peak.

Kaup balik meringue ke dalam adunan tepung tadi. Adun hingga adunan benar-benar rata.
*Kalau suka ketika ini bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk di letak pewarna.
* atau boleh sahaja dibakar terus.

Ads

Manis, Lembut & Cukup Gebu, Castella Cake Paling Mudah Nak Sedia!

Bakar kaedah steam bath suhu 170 selama 30 minit. Turunkan suhu 150 dan terus bakar 60 min. Terakhir keluarkan loyang kek dari loyang steambath tadi dan terus bakar kek suhu 110 kira-kira 15 minit.

** Suhu oven yang dinyatakn di atas adalah sekadar untuk rujukan. Sila bakar ikut kesesuaian oven masing-masing ye.
** cream of tartar boleh digantikan dengan jus lemon.
** steambath ~ loyang kek diletakkn di dalam loyang lain yang berisi air panas.

Resipi wajib cuba: Resipi Nasi Beriani Daging Beriani Simple Ikut Step By Step Mudah Ini!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI