Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 15 Disember yang lalu, pelakon cantik jelita Intan Najuwa tampil berkongsi momen bahagianya ketika mengadakan majlis tahnik anak sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi beberapa momen sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Dapat dilihat, Intan turut menjemput dan menjamu beberapa pelajar tahfiz sepanjang majlis berlangsung.
“Majlis bertahnik Imane Laura,” tulisnya.
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja dan sederhana Intan yang dipuji ramai. Malah pelakon berbakat ini tidak mengenakan solekan yang tebal kerana sedang berpantang.
Perkongsian yang kini meraih lebih 1,700,000 tontonan itu kemudiannya dihujani komen netizen yang risau melihat raut wajah Intan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wajah pelakon berusi 27 tahun itu kelihatan penat dan pucat.
Intan bagaimanapun memberitahu yang dirinya masih dalam berpantang dan keletihan serta menahan sakit.
“Saya masih dalam pantang. Penat menahan sakit dan masih lemau lagi,” kongsinya.
Rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Intan dapat berehat sebaiknya ketika berpantang dan cepat sembuh.
Terdahulu Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertamanya, Imane Lunara pada 15 Disember lalu.