Proses kelahiran meletakkan pelbagai risiko buat ibu. Ada ibu-ibu terpilih menemui Maha Pencipta semasa bersalin, pergi saat berjuang melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat mulia.
Perkongsian daripada bapa ini pasti mengundang air mata. Tidak hairanlah ia menerima reaksi kira-kira 29 ribu dan perkongsian sebanyak 15 ribu di laman sosial.
Isterinya yang bernama Divani Putriami meninggal dunia selepas melahirkan anak kedua mereka. Tambah memilukan apabila bapa ini, Firdaus Sutan Parpatiah meletakkan nama anak perempuan mereka dengan nama yang seakan-akan sama dengan ibunya.
Posting bapa ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tersentuh hati dengan apa yang dilalui. Mereka mengagumi betapa tenangnya jenazah Allahyarham dan wajahnya seakan-akan tersenyum.
Ramai mendoakan agar ibu muda ini diberikan husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dalam kematian dan bayi yang dilahirkan menjadi anak yang solehah.
Sumber: Firdaus Sutan Parpatiah