Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai. Sebenarnya dalam tidak sedar, kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif. Jika dibiarkan, mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti.
Sebagai ibu atau ayah sudah tentu kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk membentuk sahsiah serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Tanpa kita ketahui, ada beberapa perkara yang kita lakukan menyebabkan anak-anak naik lemak dan mengada-ngada.
Antara reaksi yang biasa kita lakukan pada anak. Contohnya jika anak merengek nak guna cawan lain dan bukan cawan yang biasa dia gunakan, ibu atau ayah akan segera menukarkan pada cawan yang dikehendaki berbanding tidak melayan kemahuan anak.
Mereka takut anak akan menangis atau mengamuk tak mahu minum atau makan. Ini adalah satu kesilapan besar yang ibu ayah dah buat.
Anak sepatutnya tak boleh mengarahkan ibu ayah. Jangan biarkan mereka terbiasa, kita asyik penuhi apa saja permintaannya.
Jika anda pertahankan anak anda yang berkelakuan buruk di depan orang ramai dengan kata-kata menyedapkan hati, “Ala biarlah, dia budak lagi”, maka anda sebenarnya telah memberi galakan kepada anak untuk terus berkelakuan buruk dan tidak bertanggungjawab lagi.
Rasa macam nak naik angin sahaja bila ada orang lain yang berani tegur atau marahkan kesalahan anak kita buat. Kalau anda bersikap sedemikian memang makin naik lemaklah anak untuk terus buat salah sebab mereka tahu ibu atau ayah akan lindungi jika dimarahi oleh orang lain.
Ia semakin berlaku hari ini bila mana guru-guru sekolah tidak boleh menegur atau menghukum anak murid yang membuat kesalahan seperti guru-guru zaman dahulu kerana ibu bapa akan datang menyerang guru tersebut. Semuanya kerana mereka tidak boleh terima yang ada orang lain marahkan anak mereka.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
Anak memang perlukan perhatian dari ibu bapa dan ia bagus untuk perkembangan positifnya. Namun kalau keterlaluan memberi perhatian pun akan ada kesan tak elok pada pembentukan tingkah laku mereka juga. Sesekali anak perlu diberikan ruang untuk berdikari dan bereksplorasi secara sendirian.
Bila semua ibu ayah nak kawal dan buatkan, anak akan menjadi terlalu manja dan mengada-ngada. Kadang-kala over protective pada anak pun boleh menyebabkan mereka tak pandai berdikari dan suka buat perangai depan orang ramai.
Ibu bapa hari ini selalu mengambil jalan pintas atau cara mudah untuk mengelakkan anak daripada bosan dan mula hendak buat kelakuan buruk. Contohnya, ibu ayah akan cepat-cepat bagi anak main handphone atau tablet ketika di tempat awam sebab tak nak anak bosan atau meragam.
Sepatutnya ibu ayah kena ajar anak untuk bersabar dan bila mereka seharusnya belajar bagaimana untuk menghiburkan diri dengan usaha sendiri.
Di samping itu ajarlah anak anda untuk rajin menolong ibu bapa membuat kerja rumah yang bersesuaian mengikut usia mereka. Bukanlah kita nak suruh anak memasak di dapur tapi mereka boleh bantu mencuci sayur, cuci pinggan, susun kerusi dan macam-macam lagi kerja di dapur yang mudah. Barulah anak akan jadi ‘orang’!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/