Seorang isteri seharusnya diberikan layanan bagai permaisuri, dihargai dan dicintai sepenuhnya oleh suami. Jika anda mempunyai suami romantis begitu, bersyukurlah. Ada sesetengah wanita yang nasibnya tidak sebaik kita, dikurniakan suami yang lebih banyak menyakikan hati berbanding menyayangi.
Artikel Menarik: [Mengarutlah! Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang. Jangan Risau Normal, Czer Selamat]
Dalam perkongsiannya melalui akaun Instagram, Joy Revfa, pengasas kosmetik terkenal, berkongsi tentang kesedihannya dengan nasib kaum wanita yang ditindas lelaki.
Kata Joy, ada segelintir teman-temannya yang turut mengalami nasib kurang baik selepas berkahwin. Mereka menjadi mangsa suami yang panas baran, kaki mabuk dan suka ‘naik tangan’ ke atas si isteri. Dek kerana rasa tidak puas hati itu, Joy menyuarakan pendapatnya berkenaan isu itu.
⛔️STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN ! ✋?
.
Pelik lah lelaki suka pukul perempuan ni.. Dah lah pukul pastu berhutang berpuluh ribu lak tu dari perempuan yg dulu kau syg. Tapi alhamdulillah , joy sendiri tak pernah dapat lelaki spesis mcm ni seumur hidup.. Semoga Allah swt lindungi joy dari jantan dayus kaki pukul sebegini. Bila gathering bersama kawan2 perempuan, 80% punca utama kawan2 joy bercerai sbb ramai yg bekas lelaki kaki pukul + kaki betina. Ada yg paling sedih, kawan joy dapat lelaki “complete set” Kaki pukul + minum arak + kaki betina + berhutang..! ? Wey jantan! Korg nak apa sebenarnya ni eh baghal..?!!! dah la kebas duit pastu kau lanyak lak insan yg lemah mcm ni.. ? Bila nasihat kawan suh report polis, dorg kata sayang.. sayang jadah apa mata & badan habis lebam2 . Mak ayah dia pun tak pernah pukul seteruk mcm tu.. ? Sedih bila lihat sahabat sendiri di tumbuk & dipukul oleh “boyfriend” sendiri.. Allahu.. Kejamnya lelaki skrg ni. Maka kalau anda dikurniakan lelaki yg amat memuliakan & menghormati mu, jaga lah dia baik2.. kerana lelaki sebegini lah peneman utk mu di dunia & di syurga nanti.. ?.
.
Ketahuilah wahai lelaki,
Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.. .
.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud, “Dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang baik untuk kamu.” .
.
#sayno #stopvoilenceagainstwomen #allahbayarcashdidunia #janjiallahitupasti #tunggukifarahallahakantiba
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sekitar tahun 2014 dan dikatakan angkanya meningkat setiap tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah:
*Pertelingkahan antara pasangan
*Pasangan mempunyai sikap panas baran dan kerap melampiaskan amarah dengan kata makian dan ugutan
*Ketagihan dadah, alkohol atau judi
*Masalah kewangan
*Cemburu yang keterlaluan
Artikel Menarik: [Kalau Isteri Sampai ‘Melepek’ Waktu Period, Fahamilah Sakitnya Tidak Tertanggung. Bukan Dibuat-Buat]
Sekiranya anda mahupun kenalan mengalami situasi begini, ia telah merangkumi skop keganasan rumah tangga:
1. Si pelaku menyebabkan kecederaan fizikal
2. Mangsa berasa trauma dan takut dengan si pelaku walaupun tanpa sebab
3. Mangsa dipaksa atau akan diancam keras untuk melakukan hubungan seks
4. Si pelaku melakukan khianat dengan merosakkan harta benda
Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh merujuk ke One-Stop Crisis Center (OSCC) di hospital besar berhampiran sekiranya anda diapa-apakan. Kemudian segera buat laporan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dan jangan tangguh untuk buat laporan polis. Hubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dan jangan segan untuk menghubungi agensi NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Sumber: JOY REVFA & ILUMINASI.COM