Manjakan anak itu perlu tapi bukanlah dimanjakan dengan cara yang melampau hingga anak ‘besar kepala’. Terbiasa dimanjakan tanda anak diraikan kasih sayang sepenuhnya dan itulah yang dibawa anak bila dia besar kelak.
Bagaimana memanjakan anak cara yang betul? Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini mak ayah perlu ketahui.
Isteri manja ❌ Suami anak manja ️✅️
Zaman bujang dulu, saya pernah pangkah jodoh dengan anak bongsu. Taknak terjebak kahwin dengan lelaki manja. Kita merancang. Allah juga menentukan.
Tup tup, Allah takdirkan saya terjatuh cinta dengan anak bongsu. Yang juga anak yang saaangat manja dengan mak. Dia punya manja tu, mak pergi mana-mana, dia ikut meneman. Dah masuk sekolah menengah, tidur pegang tangan mak.
Makan mak suap. Baring atas riba mak. Balik asrama, mesti nak tidur dengan mak. Begitu suami punya ‘manja’. Bonding dengan mak sangat rapat.
Ads
Bila arwah mak dah tak ada, makcik cleaner kat UTP tu pun, dia layan macam mak sendiri. Idaklah sampai suap makan tu semua. Tapi tiap masa senggang, dia lawat tempat mak angkat berehat. Makan bersama, sembang dan bergurau macam mak dia sendiri.
Waktu tu stigma saya pada anak manja ni berubah. Bila dah kahwin ni, bila nampak kesabaran suami, cara suami layan anak dan bini, cara dia penuhi tanggungjawab, seni critical thinking bab menyelesaikan masalah, saya yakin, banyak hasil asbab cara dia dibesarkan.
Memang banyak bezalah dengan saya. Suami selalu pesan saya,
“Kalau didik anak dengan emosi, nanti anak selesaikan masalah pun guna emosi. Bukan guna akal.” Logik sangat, kan!
Dia cakap macam tu pun, sebab dia dah merasa. Dia antara bukti paling dekat di kata saya, kesan didikan tanpa guna kekasaran.
Ads
Manja dia, bukan pada ‘nak apa, dapat semua’. Atau ‘nak apa, mama buatkan’. Tak! Tapi manja dia pada tak kekoknya emak zahirkan kasih sayang kat anak. Macam mana mak libatkan anak kat hampir semua kerja yang dibuat.
Kalau anak buat salah, bukan dilempang atau ditengking. Sebaliknya di’coaching’, macam mana nak selesaikan salah tu.
Macam mana ‘manja’nya dia dibesarkan, macam tulah dia ‘manja’kan kami; anak-anak dan bini. Suami saya tak sempurna.
Ads
Tapi dengan izin Allah, dia bukti nyata, bahawa manusia bila dibesarkan cukup kasih sayang, punya emotional development dan kesihatan mental yang baik.
Dia, dengan izin Allah, contoh ‘produk anak manja’ yang hidup 10 tahun menjadi bukti bahawa menjadinya seorang manusia yang dididik dengan kelembutan.
Parenting yang memberi teguran tanpa herdikan. Dan disiplin tanpa kekerasan. Rupanya membina kekuatan fikiran. Bukan insan yang emosi yang nombor 1 ke depan.
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar-benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup, 35. Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan.
Melalui apa yang dikongsikan oleh adik arwah, Nurizziaty Abd Raup, arwah kakaknya tidak mengalami sebarang penyakit kerana sehari sebelum arwah tak sedarkan diri, sempat buat kejutan dengan menghantar sebuah kereta kepada emak.
Ujian Covid yang dilakukan selepas arwah dimasukkan ke hospital juga negatif sehinggalah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor sahkan ada Pulmonary Embolism (menyebabkan saluran paru-paru tersumbat dengan darah beku).
Setelah dirawat di ICU selama seminggu, pada 17 Disember lalu, akhirnya Allah jemput arwah dalam keadaan cukup tenang dengan mendapat keredaan ibu dan suami disisinya.
Sementara itu, menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut memaklumkan pemergian arwah Norwahidah.
Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham Norwahidah Abd Raup merupakan seorang kakitangan yang berwibawa dan banyak menyumbang bakti di fasiliti kesihatan
“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP,” tulis posting tersebut.
Difahamkan, arwah meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.
Menerusi Facebook suami arwah, Mohd Nurilfahmi Hasan Basri, sebelum koma semuanya seperti biasa dan baik-baik saja. Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.
Namun Allah uji di saat anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan semuanya sudah ditentukan ilahi. Walaupun agak berat namun demi anak-anak, hidup perlu diteruskan.
Tiap kali lihat anak-anak yang masih kecil, memang sedih tapi apabila melihat anak perempuan tunggal dari empat beradik yang seiras dengan arwah isteri, semangat untuk membesarkan amanah isteri akan dijaga sebaik mungkin.
Harap suami dan empat anak arwah terus tabah dan kuat meneruskan hidup walaupun bukan senang nak menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh Norwahidah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak rasa gembira bila dapat belikan mainan kesukaan anak-anak. Lagi-lagi bila mainan yang sudah diimpikan lama oleh anak-anak kita. Pun begitu, bukan semuanya dapat kita belikan. Kosnya yang agak mahal buat kita berfikir untuk membeli.
Tak perlu berbelanja besar sebaliknya contohi cara ibu ini, Puan Syaheerah Othman yang menghasilkan sendiri dapur mainan buat anaknya, Ayra Adreena yang kini berusia 2 tahun 1 bulan. Paling jimat kerana modalnya tak sampai RM50. Jom ikut langkah demi langkah yang dikongsikan beliau. Serius cantik!
Jimat dan senang je nak buat. Main je kat rumah? Barang kitorang beli kat kedai Eco Rm2.10 tu. Macam-macam ada dalam tu. Ni barang yang Syera beli.
1. Wallpaper 8
2. Kertas color pink 3
3. Periuk kecik
4. Bekas plastik color pink letak sudu
5. Mangkuk stainless steel untuk sinki
6. Paip plastik
7. Pelekat dinding
8. Selotep, doubletape, gam
9. Hiasan dinding (pelangi, pelekat gambar bunga n lebah)
*Lain-lain barang memang ada dah kat rumah.
*Kotak pakai kotak barang letrik, pampers, bantal yang ada kat rumah. Kalau korang takde kotak boleh p mintak kat kedai 99speedmart. Rasanya free je kot dorang bagi. Apa-apa kotak pun boleh.
*Mainan masak-masak, barang-barang dapur tu semua dok kumpul balik mainan Adreena yang dok sepah satu rumah tu. Mostly barang mainan Adreena, syera beli kat shopee je.
Disebabkan Adreena suka sangat jual aiskrim, tunggu abi Ashraf Affendi siapkan stall aiskrim adreena pakai kotak mesin basuh tokma. Nanti Syera share gambar if dah siap.
Weekend ni boleh la korang p cari barang dan buat kalau ada free time.
Susun kotak ikut design macam mana korang nak. Boleh la google gambar ke kalau takde idea. Dah design kotak, lakar n potong kotak tu ikut korang punya kreativiti. Ni kotak nak buat kitchen cabinet.
Ni gambar dalam fridge. Suka hati la awak nak letak apa. Asalkan barang tak sepah.
Dapur mainan kecik atas tu Syera beli kat shopee tapi kecik pulak. Tak puas dia nak main. Jadi la ummi buatkan dapur awak yang besar sikit.
Sinki dapur tu abi yang design. Tiang paip tu pakai kotak yang gulung tisu tu. Balut n tebuk lubang letak paip tu. Pastu buatkan tapak dia untuk bagi stabil. Lekatkan mangkuk stainless steel tu. Syera plan nak buat oven tp husband tak bagi tebuk kotak dia, katanya nanti nak guna lagi. So, syera buatla oven tipu. Stove tu pakai barang mainan adreena je. Nanti la ummi buatkan yang lain.
Dah siap. Tinggal nak touch up sikit-sikit. Syera banyak pakai color pink sebab adreena suka color pink. Kalau ikut dia semua kena pink.
Dah siap! Sejak dah siap bilik mainan dia ni memang kerap la ke bilik ni. Buat sepah semua dalam ni. Senang sikit ummi nak kemas. Kalau tak sepah barang dia satu rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini, bagi yang terpaksa keluar bekerja atau perlu keluar membeli barangan keperluan harian dan uruskan hal-hal tertentu, hati pasti akan berdebar. Risau dengan keadaan virus ini yang masih tiada ubat.
Namun orang kata kehidupan harian itu perlu dilalui seperti biasa cuma cara kita ikhtiar pun penting juga. Selain menggunakan mask, sarung tangan dan sentiasa kerap membasuh tangan, cara kita ikhtiar dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai pendinding diri juga boleh dijadikan amalan.
Perkongsian di FB Tazkirah Ustaz Ebit Lew mengenai amalan yang dilakukan salah seorang individu yang dikuarantinkan dan dengan izin Allah kekal sihat walaupun selepas mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh itu mungkin boleh diamalkan bersama.
Alhamdulillah…14 hari saya menjalani proses kuarantinkaan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh (Sukarela saya ke hospital untuk check dan sukarela saya kuarantinkn diri even saya tak ada simptom covid19). Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Allah SWT. Dalam masa 14 hari apa yang saya lakukan untuk pastikan saya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..
Dalam usaha 20% apa yang saya lakukan? Saya berkongsi bukan kerana apa.. Tapi saya doakan moga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah SWT..Mudah-mudahan kita semua terus diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah..
Set dalam hati dan minda kita sihat. Jangan beri sedikit pun ruang untuk rasa takut masuk dalam diri kita. Jalani kehidupan macam biasa. Pegang pada hati, Allah SWT ada untuk melindungi. Elakkan juga stres tentang apa-apa sekalipun. Kalau tak stres imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dengan karenah anak-anak sekalipun.
Jaga solat+Solat sunat
Sentiasa berwuduk- tak kisah masa bila kita rasa nak berwuduk. Kalau 10x kita berwuduk maknanya 10x kita dah sucikan diri kita.
Baca yassin setiap malam, sampai ayat “Salamun Khaulam mirrabbirrahim…” ulang 21x, niatkan dalam hati untuk Allah SWT lindung dari segala musibah.
Selepas solat baca alfatihah sekali, ayat kursi 3x, surah alfill 3x.(Amalkan juga sebelum tidur dan kalau ada anak kecil, hembuskan pada anak dari kepala hingga kaki)-Bila-bila masa baca lebih baik.
Baca bismillah 5 kali tak kira masa, baca juga 11x selepas solat
Keluar rumah bila perlu sahaja, sebelum keluar baca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca alfatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah SWT lindung dari segala bahaya.
Bila keluar beli barang disupermarket elak belek-belek barang, saya hanya tuju tempat barang yang saya nak ambil, ambil barang, bayar dan terus balik-Kalau terpaksa sangat-sangat je baru saya keluar. Ini bukan masa untuk kita berseronok.
Balik kena trus mandi. Jangan pegang anak-anak, jangan pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dari baju stokin semuanya, saya akan basuh. Saya basuh juga semua barang yang saya beli. Plastik bag tak simpan. Terus buang.
Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah
Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask
Cuci tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan diri
Minum air garam sebelum tidur. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dlm hzti diberi kesihatan yang baik (Saya guna garam yg warna perang, beli seketul, blik pecahkan jadi bjik kecil-kecil, ambil 3biji masukkan dalam air bersih separuh gelas dan minum)-Garam biasa pun boleh.
Bacalah berulang kali DOA ini, “Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha”… Moga Allah SWT menggantikan segala musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik.
Apa pun, apa sahaja yang kita buat niatkan kerana Allah SWT. Niatkan nak sihat untuk kekal beribadat kepada Allah SWT. Nak sihat untuk jaga anak-anak. Nak sihat untuk mudah keluar cari rezeki yang halal. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT kita selamat semuanya. InsyaAllah.
#Saya hanya berkongsi.. Hak Allah SWT untuk memberi kita sakit dan hak Allah SWT juga nak bagi kita sihat. Apa pun, berbalik pada Allah SWT adalah sebaik-baik jalan yang kita ada.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.